+ADS+

Monday 14 March 2016

Petua : Hilangkan Eczema/ Gatal-gatal Kulit Secara Semulajadi

Dek kerana anak yang kecik tu mmg eczema dari kecik, maka macam-mcam kekdah kami ikhtiar. Mencuba beberapa klinik kulit yg org suggestkan. Antaranya Klinik Nathan, Klinik Nagoke Tanjung Tualang Perak, Klinik Yap. Memang bab klinik2 kulit ni die punya modal usah cakap le..boleh tahan gak berhuhuhu nyer..Susah nak cakap la kalau ditanya berkesan ke tak, ada yang ok, ada yang sekejap je baik. ada yang makin worse. buat penat je makan antibiotik. sampai die cakap "ubat lagi".mama mampu berhuhu je dikk. sabar la nakkk. Tu belum bab produk kulit lagi. Try and Error je kitorang ni. Asal org kata elok, kami cuba mencube. Mana sanggup tengok anak keadaan camtu. Terpaksa menghadkan aktivitinya. Sedangkan kami ni semua jenis aktif. 

Bila musim panas macam ni, start la die tergaru-garu, rimas mintak bukak baju. Asal kami tak nampak jer, mesti die menggaru dengan nikmatnya sampai berdarah-darah. Senyap je die godek-godek kudis tu. 


camni la rupenye kalau datang gatal2 eczema dia

Okeh2,  ni nak sharing is caringnya ngan readers2 ku sekalian. Antara byk2 cara berubat kulit, kekdah ni paling efektif,  paling jimat dan semulajadi... Yang penting tak payah susah-susah korang nak ingat time nak makan ubat-ubat bagai.  



Maka dengan itu, mama dan papa akan dengan gigih nya merempit ke Jalan Tengku Kelana, Klang tuk cari barang-barang tu. Tempat ni lebih kurang Briekfields KL. Barang- barang nak guna pakai ni byk kat kedai-kedai India. Dengan muka pasrah nya, papa tahan hidung. muka merah padam la teman. hahah..daku takpe, dah biasa..nama pun tempat kerja kat area Tengku Kelana. Cuma tak berani nak g sendiri jer....dah ada bapak kan. kena la usaha tuk anak sendiri.

ni la benda yang kami cari dan guna tuk aniq bila gatal-gatal : 

SIREH  RM4.00 1 PLASTIK TU
DAUN SEMAMBU RM4.00  
BEDAK SEJUK RM2.50

TOTAL = RM10.50

Gilerrrr tak jimat. 
cube bandingkan kalau g klinik kulit. sekali pergi tak RM150 tak sah..
tu belum dengan follow up lagi.

Close Up sikit daun semambu. sila cam baik2..
sbb kitorang pernah hampir  terbeli daun kari. kikiki

ni bedak sejuk yang saya pakai. apa-apa bedak sejuk pun boleh.


ADA 2 CARA YANG KAMI BUAT : 

1. Rebus daun sireh + daun semambu.
 air rebusan tu campur la ngan air paip sebagai mandian dia. Tapi kalau jirus kat kepala tu, jaga2 sikit. kalau termasuk mulut pahittt woo. Mau fobia anak nak mandi lagi. 

2. Blend/ tumbuk daun Semambu + bedak sejuk 
daun semambu tu buang la urat2 die... ala tarik-tarik mcm daun inai, pastu tumbuk le ngan lesung batu/ blender pun boleh. Last, campurkan ngan bedak sejuk ngan air sikit..agak2 la blend, sebab nak tepek2 kat badan anak nnti. 

ni la contoh yang dah diblend. boleh la start tepek kat tempat gatal

dah macam hantu bungkus ikat tepi.
si anak redho lagi pasrah je ape mak die buat. gud boy!

 nak kasik diam, maka kasikla gadjet sementara die kering.(ini cara saya).tp kalau korang sejenis tak galakkan anak ngan gadjet. jgnla tiru.cuba cara lain k.. 


setelah 3 4 hari guna kekdah ni..luka dah semakin kering.. alhamdulillah .. 

cuma ada 1 je lah keburukan die, 

Ia memang menuntut kerajinan dan kerjasama dari suami isteri. Nak anak baik kan..bila dah kering tu nanti, daun2 tu akan berguguran dan bertaburan ke lantai. so kena la vacum hari2. huhuhu..Nak kena menumbuk, kena rebus, mandikan, nak sapu lagi (nama pun semulajadi)..bukan mcm ubat2 kt farmasi..terus sapu jer..


Selain itu:

1. Aniq ni saya masih amalkan tidur lapik ngan kain batik cotton supaya boleh ganti hari2

2. Kami tetap rendam ngan air panas baju-baju harian yang dipakai tu sebelum masuk dlm mesin basuh. termasuk masih pakai sabun basuh baby. 

3. TIADA karpet, TIADA Sofa (pakai yang leather) kat rumah dan kereta, 

4. TIADA haiwan peliharaan.

5. Masih pakaikan losyen/ sabun jenama CETAPHYL 



Ok la, tu je nak share...

Sebab tu la aniq ni kata die baby. sbb kena jaga macam baby walaupun dah 3 tahun..ngade lebih!! dan bile tanya, nak adik x?? laju je die cakap taknak.aniq la baby ..fuhh selamat..haha

k bai...selamat mencobeeee!!!

nota kaki :
petua tu bukan tuk budak2 je. sesiapa pun boleh amalkan termasukla makbapak budak. tak percaya cubalah!!



No comments: