+ADS+

Friday 11 March 2016

Pengurusan Jenazah

Assalamualaikum.

Entry ni terpanggil untuk share pasal pengurusan jenazah, memandangkan dah melalui nya iaitu berdepan pengurusan jenazah ayah sendiri..ia pertama kali dalam hidup ni. memanglah kami semua minta ayah sihat seperti biasa. tapi kita sebagai orang Islam wajib percaya Qada' dan Qadar yang telah ditentukan oleh Allah Swt. MATI ITU PASTI. SETIAP YANG HIDUP AKAN MATI.  Jangan anggap persiapan mati itu tidak penting. 

Baiklah, straight forward lah... 

Barang-barang penting yang perlu ada ialah : 


1. KAIN KAPAN & KAPUR BARUS 

Mcm kampung-kampung biasa nya ada khairat kematian kepada orang kampung yang menjadi ahli. Jadi, kalau kita guna untuk beli kain kapan, mereka akan tolak dari jumlah khairat tu. Ia juga termasuk putik kapas, tisu, dan tuala kecil untuk proses pembersihan nanti. 

2. KAIN BATIK LEPAS

Untuk tutup jenazah sebelum proses pengebumian dan mandi jenazah. 

3. KAIN PENUTUP MUKA
Haritu kami guna tudung putih untuk ikat di kepala. Rasanya serban juga boleh untuk yang mmg pakai serban. 

4. TIKAR & BANTAL KECIL 
Tak kisah tikar mengkuang/ tikar yang lipat2 tu.. digunakan untuk meletakkan jenazah sebelum dan selepas mandi. Biasanya orang akan angkat sekali jenazah dengan tikar tersebut. 

5. PERALATAN MANDI

Tuala - Untuk lap selepas mandi jenazah

Sabun - Macam haritu, guna sabun buku.. tak kisah sebenarnya sabun apa pun. yang cecair pun boleh

Gaharu/ air mawar/cendana/ minyak attar/ apron/ sarung tangan getah

6. BESEN DAN GAYUNG
Sediakan lah  beberapa gayung dan besen untuk urusan mandi jenazah

7. KAIN LANGSIR/ KAIN BESAR DAN TALI 
Dijadikan tirai untuk tutup tempat mandi. Perlu di lindungi aurat jenazah. 

8. BUKU SURAH YASIN
Kalau boleh sediakan buku-buku yasin 1 tempat berhampiran jenazah. Bolehla yang datang menziarah tu sedekahkan bacaan yasin untuk si  mati.  


Beberapa perkara lain yang perlu diambil berat ialah : 

Tempat mandi khas
Pastikan tempat mandi yang bersesuaian untuk beberapa waris dan untuk bilal yang akan menguruskannya. Selain tetap menjaga aurat si mati.

Orang yang boleh memandikan jenazah 

Lelaki : 
Kesemua lelaki
Isteri
Orang yang haram nikah dengannya

Perempuan : 
Kesemua perempuan
Suami
Orang yang haram nikah dengannya
          

Tempahan Keranda
Perlu jumpa bilal/imam masjid awal-awal untuk mereka ukur, beli dan buat sekali.

Van jenazah - adakah perlu sewa van jenazah atau ahli keluarga ada kenderaan yang sesuai. Jika tidak, perlu diberitahu awal kepada masjid yang menyediakan perkhidmatan van jenazah tersebut. 

Waktu pengkebumian - Penting!! Ini kerana, tukang gali kubur akan bersiap sedia seperti waktu yang telah ditetapkan. Biasanya tuan rumah akan beritahu supaya tiada kelewatan penggalian dsb. 



---Semoga entri ni akan memberi manfaat kepada semua---



No comments: