+ADS+

Wednesday 19 April 2017

Bercuti Ke Singapura :Part 1 (Universal Studios Singapore)

Hai...perghh lama giler tak menjengah dan coret2 kat blog sendiri..apehal yg bz sgt tak tahu lah.sejak2 dah niaga kecil2an tak sempat nak memblog.asyik update customer jer. Setelah sekian lamanya tak berjalan2..kami 1 family decide nak bercuti bawa anak2. kasik can have fun sbb sentiasa faham yang makbapak bz cari duit.

Ala, singapore jer..ada la suara2 tak enak cakap camni, buat ape g singapore?dahla mahal, pastu dekat jer pun, bukan ada apa pun kat singapore tu...elloooooo, suke hati ler...hahahah..weols cuti mengenangkan anak..bukan tuk syiokkkkk makpak jer okey.. byk jer  tempat boleh pergi..

OK stop membebel. now, here we go our ilternary day 1

Ilternary Day 1 :  Arrival At Singapore 

Daripada KLIA2 kul 7.05 pagi. .sampai +- 8.30 pg.. breakfast sesiap kat airport changi ..
Baru le gerak ke USS dan kami decided untuk naik teksi je memandangkan nak simpan tenaga anak2 & nak sampai sana awal. Turun je lepas imigresen dah boleh nampak pintu untuk teksi. Teksi bermeter dan  hantar terus sampai sentosa. ha kauu!!! mmg menikmati pemandangan kiri kanan jalan yang lengang macam suasana KL di kala musim hari raya..surprised weh!!! Fare RM29usd per taxi. 

Teksi hantar kat jalan bawah jer..maksudnya korang kena naik atas by escalator, jalan sikit dah nampak globe keramat USS yang sentiasa dikerumi ibarat semut hurung gula. Benda pertama yang cari ialah loker untuk simpan beg2 kitorang memandangkan kami tak checkin hotel lagi. so just bawak beg susu anak, beg telekong ngan beg kamera jer ke dalam.

Rental rate loker saiz besar : lebih kurang 2 beg 45L 30USD/ day
Lokasi : luar USS (sebelah pintu masuk)
                **tapi banyak je locker kat situ. luar dan dalam ada. (tak perlu risau)

Cara guna cuba klik sini (ihsan dari Youtube) : .Locker

snap dlu ..tahu balik kang kompom penuh keliling globe.ni pun jenuh la nak kasik clear org.mmg takde can punyer nak kosong..hahah


Tips and tricks :

1) Kalau boleh , sampai awal di sana. Buka seawal 10 pagi.
 Jangan lupa ambil jadual dan maps USS supaya tak terlepas show2 yang menarik di sana.

2) Terus pegi tempat-tempat yang ramai org akan pergi game2 kritikal macam transformers/ mummy/ lost world/ sci- fy city). Kalau tak mmg bercinta lah nak beratur ramai2 org, lagi2 kalau bawak budak2. So, tak perlu ambil gambar banyak2 dulu.dah abis korang buat tu, masa balik pun boleh gambar puas2.. +__+
**tips ini tidak terpakai kalau korang beli express pass.

3) game yg kritikal.slalu bratur panjang.
KORANG KENA MAIN GAME NI DULU

i) TRANSFORMERS


mmg ramai kat tempat ni. tapi penantian nya sangat berbaloi..si kecik tu pun ingatkan tak berani ride.mak dia mmg cuak lebih la nak bagi die masuk dalam ni. takut terpengsan ke apa anak aku nanti tengok 3d terjun bangunan, tengok robot gaduh2 nk selamatkan kita. sbb mak dah tahu macamana keadaannya kat dalam tu. rupanya bila dah keluar , dia boleh cerita 1-1 transformers tu selamatkan kita..hahaha.(thats my boy!! thumbs up)


tempat wajib posing lps ride transformers

elok masa kami sampai tu area ni, bumblebee ni tengah buat show. 
tu sebenarnya die tengah joget2 tu belakang kitorang. mujur budak2 ni tak lari.hihi
hakikatnya ramai beratur nak ambik gambar.  

ii) THE MUMMY
tapi kami tak masuk kat sini. tak sesuai for kids.
kat sini kami tumpang rehat. kesian pulak budak2 letih.

 terserlah kepenatannya tu..kikiki.. time to makbapak bercintan. boleh pulak suami aku ty camni:


sayang, sayang letih ker??

mestilah letih. tgk budak2 tu dah tido sana sini..

tiba2 dia jawab , tapi abang tak pernah letih mencintai sayang..

halamakkkkkkkkk..terus ilang letih aku weh!! chia3 sangat!!


iii) GALACTICO AND HUMAN
 (biru n merah)

iv) MADAGASCAR
budak2 sangat suka area ni. berani jamin korang akan stuck kat sini berejam2. dari 1 tempat ke 1 tempat kat sini menyeronokkan untuk diorang. Tapi kadang2 aku pun heran jugak bapak budak pun excited lebih kat sini.kikikiki

 melebih2 ko kan papa.. mengalahkan budak2 kenapa?? cucuk langit nampak!!!

melingkar2 org beratur tunggu ride nak masuk ke dalam gua madagascar tu

kat area ni gak ada cafe makanan halal dan yang paling penting ada nasik (wajib weh). mana tak berejam2..hahahaha..main lapar makan.main lapar makan. repeat!!!

4) kalau nak jimat, bawak makanan yang boleh mengenyangkan.. atau any snacks.
kat sana takde orang yang nak cek beg korang pun..
**tips ni jugak tak terpakai kalau korang jenis malas nak bawak atau rasa leceh. macam kitorang ritu mmg tak bawak apa2 sebab direct dari Malaysia dan tak checkin hotel lagi.tak kuasa nak bawak berat2..kikiki

5) Surau ada di belakang (acient egypt) . sila bawa telekung sendiri, tempat ni kecik je tau.

6) Makanan Halal :


 Madagascar (Marty's Casa Del Wild Food Court)
-nasi lemak, nasi beriyani, roasted chicken
kami makan di sini..nasi beriyani kat sini sedap. 15 usd kalau tak silap.
4 beranak cam kami beli 2 jer dah cukup..

Far-far away zone  (goldilocks - burgers, fries, sandwich)

Ancient Egypt (Oasis Spice Cafe- Nasi beriyani)

Hollyword (Mel's Drive In- Burgers, fries) 

Okeh tu jer.. tapi kalau di tanya apa yang paling best atau wajib pergi ialah TRANSFORMERS DAN SHOW UNDERWATER. Underwater ni ibarat berlakon real depan mata kita. dengan api marak, air terpercik2, bot lalu lalang, bergaduh sana sini...hahah.. melopong woo..kalau budak pulak yang best show sesame street ngan madagascar ..berjoget2 la jawabnya.

Macam ni lah gambaran show di underwater world. kalau tak silap show ni pukul 3.30 mcmtu. better korang jangan lepaskan peluang ni. lokasinya di belakang tempat dinosaur/ jurassic.



 ha nampak!!! kena tawan sampai tergantung macamtu. 

bajet2 nak jadi heroin selamatkan boifren die. kikiki. tapi kena kejar ngan lanun.
splash air ni akan terkena pada orang2 yang dok barisan hadapan tau..haha..get ready to get wet

dah ku cakap weh, mesti melopong punya korang tengok. 

Lagi tempat yang anak kami suka kat minion ni. melompat2 anak weols dpt jumpa karektor kartun feveret diorang.


eh sorry, mama pun terjebak sama tengok engkorang melompat..kikiki

+++ kami tak ambik gambar sangat.. byk ambik video jer memandang ni kali ke 3 diriku dah sampai ke USS. (baru ni merasa nak bawak si kecik tu). meh la layan beberapa gambar yg ada ni ha.

comel sangat marilyn monroe.putih mulus gebu abis. makan qu puteh barangkali.
awal2 dah ckp kat somi, awk jgn nak gatal2 dok sebelah dia yang pegang payung tu ek. 
takot2 kang awk kena cocok ngan payung kang.  :-P







apapun gambar ni paling win..(ampun aqil, mama tersnap  & terpost pulak) 
ni kenangan bila aqil dah besar nanti.hihihi.


Pukul 7 malam kami keluar dari sentosa by MRT dan checkin hotel yang kami dah booked.

Sambung ke part 2. (ROUTE MRT DAN HOTEL BOSS) 


~arfah yang menulis~




No comments: