+ADS+

Monday 18 April 2016

Ujian Kelayakan Tahun 1 SRAI (Peperiksaan Kemasukan Sekolah Rendah Integrasi )

Secara jujur dan terus terangnya, saya sendiri tidak tahu konsep dan format peperikasaan tapisan tu macamana. Kertas soalan akan meliputi soalan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Jawi, Bahasa Arab dan Hafazan. Masa anak nak peperiksaan haritu, saya memang bergantung sepenuhnya dengan apa yang die belajar di sekolah tadika. Peperiksaan akan dijalankan seawal 8.00 pagi dan akan habis lebih kurang pukul 11.30 pagi. 


kegigihan seorang adik menantikan si abg ambil peperiksaan .. hehe

Saya cuba bagitahu la pengalaman sendiri. tapi tak pasti lah its consider tips ke tak. harap ianya mampu membantu ibu bapa yang tengah cari tips nak ambil peperiksaan SRAI. 

Pertama - ibu bapa wajib alert tarikh peperiksaan tapisan tu ye. Pihak sekolah tidak sama sekali mengingatkan ye. Kalau terlepas memang tiada ertinya sebuah penyesalan. 
Apa nak bawak masa peperiksaan? jangan lupa ye bawak slip peperiksaan yang dah dapat masa hantar borang sebelum ni. Masa peperiksaan nanti, mereka akan di tempatkan di kelas-kelas. boleh semak ikut slip tu anak anda akan ditempatkan di kelas mana. murid-murid kena beratur ikut angka giliran. Kita hantar mereka beratur kemudian semua serah pada cikgu dah. cekap cikgu2 di situ. 



Sila bawa juga alat tulis secukupnya terutamanya pensel, pemadam dan pembaris. Pensel tu bawak lebih pun takpe. kalau tumpul, jgn bagi anak2 buang masa tuk sharp. soalan dia bukan sikit tau.hihi. Bawa juga pensel warna.  (pensel warna pun beli malam sebelum peperiksaan..hadoi, makbapak dengan anak 2x5 buat selamba). Format soalan nya ada bentuk yang memerlukan berwarna. ini contoh la. mungkin soalan die macam ni:

Sila warnakan benda hidup dengan warna hijau dan benda bukan hidup dengan warna merah.

Kedua- Kalau boleh pastikan anak anda boleh membaca dan cuba latih mereka faham soalan-soalan. kenapa saya cakap camtu?? ok, masa anak-anak sedang menduduki peperiksaan haritu, ibubapa diberi taklimat ringkas mengenai peperiksaan. Guru besar beritahu yang anak-anak kita akan jawab sepenuhnya melalui pemikiran anak sendiri. Guru-guru tidak sama sekali membantu mereka walaupun tanya soalan. Mestilah kena tegas, telus dan adil untuk semua orang. Dah namapun peperiksaan tapisan sekolah agama. 

Ketiga - Ada soalan hafazan/ lisan. ibu bapa cubalah ajar anak tuk hafal surah-surah dan doa-doa ringkas/ lazim.Yang penting anak-anak kena berani menjawab bila ditanya oleh cikgu. pengalaman masa tunggu haritu, ada pengumuman "kepada ibubapa bernama si a bin si b sila ambil anak anda di kelas c? " . Lepas tu kami tengok parent tu bawak anak dia yang menangis..huhu. hati mak ngan bapak nih dup dap dup dap tak tau nak kata lah.

Balik dari peperiksaan tu, saya tanya anak hafazan kena surah apa. dia jawab ayat kursi..ok, lega. sebab anak mmg kami ajar baca ayat kursi sebelum tidur dan keluar rumah. 

Ni last ni tips tuk anak saya sendiri lah..terpulanglah nak ikut ke tak.anak sendiri mesti kenal kan. macam anak saya, saya sangat faham dia seorang yang susah untuk hadap & membaca buku dan study sungguh2. Dapat ulangkaji sikit2 pun dah beruntung sangat..hihi.kalau ditanya pun apa die belajar di sekolah, ssh nak korek.jadi terpaksalah mak menggunakan kuasa bebelan dan pesan pada anak saya masa dalam perjalanan tu. 

++++tolong jawab semua soalan dan jangan sama sekali tinggal. walaupun tak tahu buat jangan biarkan kosong. Jawab jer, senang cakap hentam je la nakkk.. Lepas tu buat yang rasa senang dulu, yang rasa2 susah tu hentam cepat2 pastu beralih ke soalan yang lain.hihi. Jangan buang masa tergaru-garu untuk fikir 1 soalan je. 

last sekali, saya provok anak saya.. jawab soalan elok-elok. kalau tak buat elok2 nanti tak dapat sekolah SRAI yang kemas bersih ni. kena sekolah kerajaan yang ramai murid bercampur2 ngan semua bangsa. pastu pulak kena naik turun bas ke sekolah yang takde aircond, berpanas-panas berbau.bawak pulak beg berat2..hahah..semua citer yang buat die pikir sendiri... nasib la nakkkkk..mak die membebel2, si anak terbebil2.. ;-P

Masa beratur ikut kelas nak ke peperiksaan tu, saya sempat cium dan suruh dia baca doa terang hati dengan harapan anak boleh jawab dan faham mak bapak menaruh harapan yang tinggi untuk masukkan dia ke sekolah agama. 

muka ada sinyum selesai peperiksaan. Orang lain masuk peperiksaan gigih bawak beg, anak bujangku selambe die je just bawak pensel case. 

selesai peperiksaan, anak-anak akan dikumpulkan di tempat perhimpunan. so parent bolehla ambil anak mereka di situ. 

p/s : bila anak dah masuk darjah 1 ni barulah tahu ada jual buku panduan ujian kemasukan SRAI. boleh didapati di pejabat sekolah. Dijual dengan harga RM10. So bolehla beli dan praktis make perfect. hihi.. 


**Gud luck semua anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan SRAI dan ibu-bapa banyak2kan lah berdoa tuk anak-anak kita. Usaha , tawakal dan doa. InshaAllah.

No comments: