+ADS+

Wednesday 2 March 2016

Pengalaman: Ayah sakit kanser (Part 2)

Follow up ke 2 akhir bulan November 2015. Lagi sekali buat imbasan x-ray. Namun, sedihnya sel kanser ayah tidak berkurang dan tidak bertambah. tp kami tetap minta semua berfikiran positif dan kekal berikhtiar supaya motivation ayah tidak down.

Makanan dan suppliment tetap diikuti macam biasa sehinggalah follow up ke 3 di klinik kesihatan pada bulan Januari 2016. Masa jumpa doktor tu, sebelum balik ayah ada ckp kat doktor tu.. Insya Allah doktor bulan dpn kalau panjang umur kita berjumpa lagi ye. doktor tu cuma senyum dan angguk2. tidak bergurau, tidak jugak ber kata-kata. Mungkin die pun tercengang dengan sapaan ayah tu.

awal Januari ayah nampak macam seakan kuat. boleh berjalan keliling rumah. sangkaan kami, alhamdulillah, ayah dah beransur sihat. yang paling sy tak sangka ayah boleh dial no telefon dan bercakap ngan cucu dia yang paling rapat iaitu anak bujangku yang paling besar tu, Aqil. Mana taknya, kami dok sekali dari aqil baby sampailah umur 2 tahun. Tidur pun dengannya .. ke mana-mana diusungnya budak tu. boleh kata, bila blk kampung, atok la yang dikepitnya. Boleh paw mainan. Die cakap, die rindu kat Aqil. Allah, sedih betul. . tak buang masa, weekend kami balik kg tuk jenguk ayah. Sampai ke rumah. di peluk2nya dan dicium2nya cucu kesayangan nya tu.Allah, sayu sangat. 

Tapi pertengahan bulan Januari, tahap kesihatan ayah makin merosot. ayah tidak dapat baring lama dan tidak dapat tidur lena mcm biasa. nampak ayah tercungap2. Kami balik dan bawa ke Hospital Teluk Intan. Tengah malam telefon ambulans dan terus kena tahan wad. Ayah diberi bantuan oksigen dan bermalam di hospital 2 malam. Masa nk discaj tu , doktor tanya kami, ayah akan bergantung pada bantuan oksigen. kalau tidak mampu menyewa mesin oksigen, di galakkan ditahan di wad. Tiada halangan dari pihak hospital. 



(gambar ni masa nak dibawa ke hospital)

Kami bersetuju untuk menyewa alat bantuan oksigen tersebut  dengan bayaran deposit dan bayaran bulanan RM1000.00. Namun, caj bulanan adalah RM370.00. Pulang dari hospital kami terpaksa sewa ambulan St John dengan bayaran RM300.00 kerana ayah tidak mampu untuk bergerak banyak. 

Bila ayah bergantung dengan mesin oksigen, ayah tidak dapat lagi bergerak seperti biasa kerana ia menggunakan tenaga elektrik. bermaksud tidak boleh offkan lama jika dia mintak untuk berpindah tempat. 







Ni la rupa mesin bantuan oksigen yang digunakan. agak besar dan berat la untuk org perempuan nak angkat..tp mujur ada roda..so sorong jer le.. bekas mcm bekas air tu, tempat untuk letak air dan mesti refill.  sentiasa kena ada air hingga garisan hitam tu.  Refill pulak guna air mineral. Wayar yang jernih tu la yang akan diletakkan di hidung. Mesin ni berbunyi-bunyi mcm tup..tup ..tup..sepanjang masa...mgkn ikut nafas ayah..


sambung part 3.......menjaga ayah sakit dan meninggal......

(sambil taip, sambil lap air mata....ya Allah, kuatkan aku tuk sambung part 3)

No comments: