+ADS+

Tuesday 8 March 2016

Pengalaman : Ayah Sakit Kanser (Part 3)

24 Januari 2016 (Ahad) tarikh ayah keluar wad dan  pulang ke rumah...Namun , kami semua terpaksa pulang untuk kembali ke rumah masing-masing. tinggallah ibu ku dan abg oku ku di rumah untuk menguruskan ayah. Alhamdulillah, mak diberi kekuatan tenaga dan mental untuk menguruskan kedua-duanya. Namun, pada hari Rabu, saya telah decide untuk pulang dan mohon cuti menjaga ayah bersama-sama mak. Sekurang-kurangnya, dapat la meringankan beban dan tugas mak. Saya menguruskan abang, dan mak boleh tumpu sepenuhnya pada ayah


Lagipun, ayah kalau tak nampak bayang mak mesti dia akan tanya mak mana..lagi2 kalau saya takde, mak takde..mmg akan ting3..bunyi loceng yg kami belikan sbb suara ayah dah tak kuat nak panggil dan boleh boleh semput. mmg mencicit kami lari kalau berbunyi loceng tu..kuat masalahnya..huhu..bila sampai ty kenapa.dia ckp jangan la tinggal dia.alaa ayah2.. maka mak pun terpaksa sambil suap makan kat dia, mak kena makan sekali. klu tak mmg tak makan la jawabnya. 

Begitu lah rutin kami, segala apa yang diminta kami turutkan seada upaya semampunya. Seriusly, ayah mmg takde ckp merepek2. percakapannya biasa sahaja. Cuma kalau die minta nak makan apa tu..die ckp die teringin nak makan ayam goreng dan mee sup walaupn dah masakkan bubur nasi. anak die ni, bagi la ayam goreng yang dah aku racikkan. Kononnnya biar senang nak makan. Tapi bila bagi, die ckp taknak mcm ni..dia nak seketul..huhu..masuk dapur balik, tukar.mujur la beli lebih.kalau tak, bercinta nak gorengkan ayam goreng tepung macam pasar malam tu..sebabnya kalau die nak, dia nak sekarang jugak..hehehe.. takpe la mak dan daku cuba je tunaikan.

sampai la hari ahad.. semua anak2 dah takde, dah balik rumah sendiri. cuma daku sorang yang tinggal ngan anak yg kecik tuk bantu-bantu mak. ayah ada ngadu2 sakit dada..tp boleh lagi la sembang sikit2. makan minum pun sikit2. dia mintak pisang goreng.daku pun gorenglah mcm biasa. apa yang die mintak nak makan, biasanya die akan makan.tp kalau kita masakkan tanpa die mintak.mmg takde die makan.+__+ 

start malam tu, die cakap sakit dada dan makin kerap. Dia ada cakap, dia nak balik. aku ty, nak ke mana? die cakap nak balik.nak balik.. mak dan aku ckp, eh nak balik ke mana..ni kan rumah kita..pastu die diam. Aku pun sedapkan hati, ckp kat mak agaknya ayah ni ingat die kat hspital kot sebab kan ayah makan ubat MORPHINE(ubat paling kuat). 

Sepanjang malam tu, die tak dapat tidur. bangun duduk , bangun duduk entah berapa kali.... die kata dada die ketat. tak boleh bernafas sangat dah. kami pun cuba tinggikan bantal supaya dapat bernafas. tp tetap tak dapat tidur lena. aku ambikkan air smyg, supaya ayah tenang nak tidur.. Dapatla tidur dalam 15 minit. lps tu terbangun dan susah nak tidur balik.. die bnyk duduk tengok keadaan sekeliling. 

Kami ajar ayah istighfar, baca2 apa yang patut. dia turuti je semua. masa ni la, dia cakap kt aku dan mak macam2 .. antaranya: 

ayah        : esok , bolehla panggilkan org kampung bacakan yasin.

mak/ aku : boleh..esok kami panggilkan. apak jgn risau ye. niat kurangkan sakit apak ye. inshaAllah boleh. tp kalau malam ni tak bolehla..sbb takut nak keluar malam2 ni (ayah angguk2)

ayah        : pah, apak dah tak tahan. sakit sangat. (sambil tercungap2, tapi pertuturannya tetap jelas bunyinya). skrg ni pukul brp?

mak/ aku  : apak kena kuat semangat. tolongla lawan sakitnya. skrg baru pukul 3 pagi. kenapa? apak ada nak apa? nak tengok hafis ke(abg Oku)? 

ayah         : tolong tengok2 kan apis, tolong jaga die elok-elok. minta maaf semua. (sambil pegang tangan ngan kepala mak) aku tengok di sisi. 

mak/aku   :ya Allah, selama ni pun kita semua jaga die elok.die sihat ke sakit tetap jaga, makan minum semua. jangan risau.. 

ayah         :pah, tolong teleponkan semua yang lain. mintak tolong balik. tel zai(kakak sulung)suruh balik. semua balik!

mak/aku   :ye, nnti arpah tel. tp ni pukul 3 lebih semua dah tidur ni.esk diorng nak kerja, anak nak sekolah.

ayah         :dah tak tahan ni. apak nak balik..

mak/ aku  :gulp..masing-masing kami berpandangan 


macam2 dia mintak kami buat, nak minum..nak buang air besar, nak baring. nak mintak kami ke hall tv tengok abg oku(kami angkat bersama-sama) ke sofa dan tinggikan bantal. Beri tempat yang selesa supaya die dapat tidur walaupun atas sofa..tetap die tak dapat tidur.byk kali die tengok jam. last sekali die mintak pindah kan die ke atas katil. tak buang masa terus telefon adik brdk masa tu dah pukul 5 pagi..takde siapa aku tel, melainkan anak-anak je. lain-lain mmg tak fikir dah.

Baring je atas katil..ayah makin lain. dada makin laju, pernafasan makin susah. gelisah betul hati kami masa ni. ku bacakan yasin bergilir2 ngan mak. kami ajar ayah mengucap dan ingat Allah. mak duduk di kerusi sebelah kiri, aku atas katil ngan ayah sebelah kanan. sambil gosok2 tangan dan kaki. ku cium2 ayah mintak maaf segalanya. die pun sama. tiada apa yang nak dimaafkan ayah. cuma anakmu ni tidak dapat rasanya membalas segala jasa2mu yang terlalu banyak. 

Dari pukul 5 lebih tu sampai la ke pukul 6 kami ajar ayah untuk ingat Allah. die ikut semua apa yang kami ajar. siap tunjukkan pada kami adakah die baca dengan betul.. Masa ni la, mak dan aku pelik dada ayah bunyi sangat lain. tak pernah terjangkau dek fikiran kami. suara ayah mcm pecah di dalam. semua apa yang ayah baca kami dapat dengar. Allah, mmg tak sangka... 

Daku memikirkan apa yang akan jadi ni. kenapa ayah mcm ni?? adakah ini yg aku baca selama ni, penyakit kanser akan muntah darah.. Allah jangan lah getus ku dalam hati..daku tidak kuat untuk melihat ini semua..

Suara ayah makin perlahan.. azan subuh berkumandang. mak minta aku sembahyang subuh dulu. dia tunggu ayah.. habis sembahyang, aku terus sembahyang hajat berdoa semoga jika benar la ini masanya ayah ku akan pergi, Allah tariklah nyawa ayahku dengan senang dan aman. Andai, belum lagi masanya Allah...tolongla buangkan penyakit ayahku terus. sesungguhnya kami meminta pertolongan dari Mu sahaja.. selesai solat, tanpa buka telekong giliran mak plk solat subuh. mak pesan jgn tinggal ayah. ajar ayah.. ajar ayah...ajar ayah. jgn bagi ayah lupa dari ingat Allah.. 

Masa ni, ayah tanya mak pergi mana. Aku ckp mak pergi solat subuh sekejap.die angguk.. die pusingkn badan menghadap kiblat dan bertanya pukul berapa. aku ckp pukul 6.30 pagi.  usai mak abis smyg, tanganku menaip mesej pada group keluarga sedara mara utk doakan ayah dah nazak. tp fahamlah line internet tak berapa nak ada. cuba aku ckp, Allah permudahkan lah urusan kami dunia akhirat.. mesej tu delivered!! 

Tetiba, ayah kaku tidak menyahut apa yang kami panggil..kami goyang2kan badan ayah. tiada effect apa2. ayah kaku...tpi mata terbuka...panggil2 lagi, ayah tidak lagi menyahut....Allah..Allah..luluhnya hati mak dan aku ketika itu...aku berlari ke rumah jiran yang lebih kurang kejauhan 500M dari rumah dengan masih bertelekong. Terus patah balik ke rumah. ayah tetap sama, ketika itu ku bangunkan abg OKU tu tuk cium dan peluk ayah. nampaknya dada ayah tidak lagi berombak atau beralun lagi... aku melangkah lemah OFF KAN SUIZ MESIN OKSIGEN AYAH.. JIRAN KU KATA, AYAH DAH TAKDE...INNALILLAHWAINNAILAIHIROJIUN.. ALLAHUAKBAR.. TIDAK KUSANGKA SEMUA BERLAKU DI DEPAN MATA MATA KEPALA KU SENDIRI...DARI SAKITNYA KE AKHIR NAFASNYA.. ALLAH...TERIMA KASIH KERANA DIBERI PELUANG MENGHADAPI SAAT INI DI DEPAN MATA. WALAUPUN BERAT DUGAAN YANG KAU BERI, TAPI AKU SYUKUR DIBERI PELUANG INI. 

Segala urusan jiran dan tok sidang kampung yang lama (rapat ngan ayah) banyak tolong kami masa tu. mereka yang ke hulu ke hilir panggilkan jiran, bunyikan kentong sebagai tanda orang meninggal. urusan pengebumian dan temankan abgku untuk ke Balai Polis dan Klinik untuk urusan permit pengebumian dan buat laporan kematian di pejabat pendaftar. 

Masa ni, buntu juga apa yang perlu dibuat..alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Pengebumian juga dipercepatkan kerana pernah dengar jika dikebumikan cepat adalah lebih baik. kami akur sahaja ketika itu. 


Tatkala van jenazah ini berlalu pergi..air mata bagai air terjun berjurai2 tak ingat org2 keliling.kaki terlalu lemah untuk berdiri. inilah terakhir ayah di rumah..ayah pergi dan tidak kembali lagi...Berakhir perjalananmu di dunia yang fana ini.(sambil taip , sambil lap air mata) Allahuakbar.... :'-(    

Selamat bersemadi ayah ..mg ayah tenang dan dicucuri rahmat.  Semoga Allah ampunkan semua dosa-dosamu, terima semua amalan-amalanmu, ditempatkan di kalangan org-org yang beriman dan menanti kami semua di syurga nanti. Amin ya rba. 

Sebagai anak, hanya tinggal doa yang mampu kami titipkan buat mu ayah. 
maka, terputuslah belaian dan nasihat dari mu ayah. tiada lagi tangan ayah yang akan mendoakan anak-anaknya. Tiada lagi ayah yang ingin kami balas jasanya. 

Semoga kami kuat melalui hari- hari mendatang tanpamu. terutamanya ibuku dan abg oku ku yang terlalu rapat dengan mu ayah..

Allah.............sedih yang teramat sangat.tapi redha. ini semuanya tertulis walaupun telah berusaha yang terbaik

AL FATIHAH AYAH.. ABDUL RASHID @DERASID BIN PAIDIN
11.11.1943 - 1.2.2016


No comments: