+ADS+

Wednesday 16 March 2016

Resepi : Jus Avocado

Citer pasal resepi la pulak. dah 2x post pasal tips/petua. 
musim panas-panas ni nyaman nya tekak dapat jus avocado. wahhh bebajet siti nurhaliza/ keknis minum avocado jus. buah mahal :-P. avocado ni rasanya sedap buat jus je.hihi.sbb kalau makan macam tu je, rasa payau2..(tak berapa lalu dek tekak jawa ni)  tapi bila buat jus, baru la layan..sejuk dek tekak weh

BAHAN-BAHAN : 

Avocado
Susu Full Cream
Susu Sejat
Susu Pekat Manis
Coklat Hersey 
Ais 


kalau beli avocado, seelok-eloknya beli yang kulitnya dah hitam. maknanya avocado tu dah cukup masak untuk dijadikan jus.. engkorang jangan pegi picit pulak avocado yg kat kedai tu sebab nak tahu dah masak ke belum. salah tuh.. cuba genggam dengan tapak tangan. then boleh tahu kekenyalan buah tu .:-p

CARA-CARA NAK BUAT : 

1. potong kepada 2 bahagian avocado tu. pastu keruk (bahasa jawa) dengan sudu tuk asingkan isi ngan kulit dia. buat mcam korang makan buah kiwi tu. biji die jangan ambik pulak

2. potong-potong buah avocado tu kecik-kecik , campakkan dlm blender / shake and take.

3. masukkan ais secukupnya, susu pekat sikit + susu sejat + susu full cream ikut keselesaan dan kemanisan yang korang suka. adjust2 ikut tekak masing-masing ye. 


lebih kurang gini la sukatan susu cair dan susu sejat yang saya buat untuk sebiji avocado


4. Blend la sampai hancur dan jadi macam smoothie....

5. Akhir sekali, korang boleh la letak coklat cair hersey (tak kisah any brand) .. tuk menambah kelazatan.


So, gini la rupanya.. comot sikit   tangan tak berapa berseni bab2 menghias ni. asalkan rasanyer sedap lagi nyaman. kan?? rupa tak penting. dijamin minum sampai ada tanda putih2 kt tepi2 bibir atas..bentuk smileyy. :-)

jangan tak tahu, avocado ni ada khasiat die tersendiri. 


pergh, rugi la kalau korang-korang semua tengok aje. cuba lahhhh!

bye...slurpppp...

*___* nyaman!!


Tuesday 15 March 2016

Tips : Cara Mudah Hilangkan Kesan Degil Periuk/ Kuali

okeh, kalini tips hilangkan kesan degil periuk/ kuali kat rumah anda..hahaha.. tajuk kenkonon rajin sangat masak sampai hitam periuk kuali tu kan. Tapi kalau dah hitam-hitam mana best nak masak..rasa nak beli baru je kan..sekarang ni zaman berjimat cermat. mana yang boleh jimat, kita jimatkan ye..jgn membazir. lagipun kos dia alahaiiii murah sesangat. 

kami kat rumah, guna sabun cap buruh macam gambar kat bawah ni.
berapa harga die?? RM4.50 jer ada 10 ketul..jatuh 45 kupang je seketoiii woii..tak ke jimat.
kat mana beli?? ni pun saya cari kat Jalan Tengku Kelana, Klang..
Sebab apa cari kat sana? sbb, periuk2 kuali kat sana semua kilat2.boleh jadi cermin muke hoiii.tahu petua ni pun dari kedai-kedai india yang jual periuk kuali tu lah.. den ni pun tanya.macamana nak bagi kilat balik bila dah hitam2. dia kata pakai sabun ni la..ok fine..meh kita try!!! ujikaji di buat dengan bantuan incik gagah perkasa suami(kena puji kalau nak mintak tolong..haha)

 close up sikitt sabun cap buruh ni.. bkn kedai india je ada.. kedai-kedai biasa pun mungkin ada. zaman-zaman dulu senang je jumpa sabun ni. setakat ni kami  ada nampak ada dijual di mydin.


sental dengan span kasar tuk periuk/kuali. ni bahagian dalam kuali. 
gosok2 la sabun tu ngan penyental kuali tu.
yg kuning2 tu sebelum kena sental..yg ni baru siap separuh. nampak x die py perbezaan?? habis kuar die hitam2/ karat2 memasak tu uols..

dah selesai sental bahagian dalam kuali, kita cuba belakang kuali pulak.
jangan la kecam kuali rumah saya.. mmg la berkarat2 begitu ..orang rajin masak kan. (cover) +__+

perbezaan sebelum dan selepas.. 
yang kuning2 tu sebelum kena sental
yang kilat tu dah sental dengan sabun tu lah..berkilat bukan???

 rileks ahhh..kata nak kuruskan badan. so, habiskanlah misi menyental periuk/kuali tu ye hencik suami. i support u dari belakang. agagaga


muka terpaksa ke muka gembira tu.. :-P
ala dulu pas kenduri kawin kita, elok je abg boleh sental periuk kuali besor2.
takkan kuali beso tu tak boleh sental. jangan buat alasan bang...
kang isterimu kuarkan gambar sental periuk masa kawin kang...





habes semua kuali dia sental yang ada kat dapur tu..exsaited punya pasal..berpeluh2 jantan ko..plus x luak pun 10 ketul sabun buku tu.. cuma guna sebijik je..

JIMAT + MURAH + EXERCISE 
KUALI PERIUK PUN KILAT..yeaaaa!!!

ok bai...selamat menyental...


nota kaki : 
sabun ini juga digunakan untuk menyental daki di baju sekolah anak.. 
terutamanya bahagian kolar, lengan ngan kaki baju melayu.

tapi kalau sejenis yang jaga kuku tu..tips ini tidak berkesan sama sekali. :-P


Terjah Shopping : KAISON

Selain ikea, tempat paling best untuk cuci mata barang hiasan rumah ialah KAISON....wahhhhh...sebut je kaison, dah terbayang2 kedai yang korang akan dok lama bertapa dalam tu..rasa tak nak keluar2 sebab terlebih berangan nak beli itu ini nak letak kat ruang mana dalam rumah/ office kita..sedar2 diri ko dah 2 jam dalam kedai tu..ngeh..korang tak percaya??? nahh tengok kat bawah ni...boleh juling biji mata engkorang..


Frame2 kanvas alahai, mmg akan membuatkan ko berdiri kat situ sambil baca 1-1. 



  style lah bantal ni kalau letak kat sofa 

mug2 ni pun cecomellllllnyeeee..rasa mcam nak beli semua letak kat rumah. 

den beli jar tu tuk letak kaler2/ krayon2 anak. terang biji mata anak.jgn nk ty2 mak lg

pastu beli tuk bebijirin/ kekacang/ spies kt dapur
 (cecantik tu perlu.konon2 naikkan semangat nak masak walaupun jarang-jarang)

ni lawa sangat..tapi apakan daya..konsep putih2 mmg dilarang sama sekali bertapa di rumah den

bekas laundry ni den beli tuk asing2kan baju2 anak..(maklumla sibuk naw kan) hari minggu baru melipat kain. so kena asing2kan dulu supaya senang nak cari..hihihi

karpet ni sesuai letak kat bilik/ bilik sembahyang..ringan jer.senang nak alih2. teringin tapi si kecik eczema. so lupakan je la niat ku.huhu.. so cuma dapat beli lapik kaki jer..jadi la gesel2 gebu bila kuar bilik air..

 wallpaper tanpa gam ni saiz 53cm x 10 meter
ala kekdahnye mcm sticker tu. tak la mahal sangat pun
ada yg RM19.90, RM39.90, RM59.90 (yg ni corak timbul)

 bilik anak bujang, den tepek kaler hitam putih. barulah anak jantan..takkan bunge2 pulak kan. tu pun die pilih sendiri. 



comel2 hoi..rasa macam nak beli semua. sapa-sapa yang nak rumah berkonsep moden feeling2 rumah omputih boleh cuba tengok sendiri dan beli kat kaison. HOME SWEET HOME SANGAT..harga die pun berpatutan sangat. nom nom nom...

seriusly, saya suke dok dalam kedai ni walaupun takde beli apa-apa..jadilah terapi minda dan cari idea nak hias rumah camna..bukan tuk hiasan rumah je. kalau korang blank nak belikan gift untuk hari guru dan perpisahan anak sekolah ke boleh la beli kat kedai kaison ni. pembalut ngan kotak hadiah cecomel pun ada kt situ..settle masalah!!! 




pilih2 jgn tak pilih.tu kawan baik tu die nak cari bekas hadiah tuk boyfren die kot..ngehhh

nahhhhh yang bawah untuk sesiapa yang rumah berkonsep bunga2an.. kat kaison ni ada banyak..mix and match jer.





kalau kat SETIA CITY MALL, nak senang parking kat level P5. kuar pintu terus nampak kedai kaison ni ha. ..tu yang ada bantal tembikai tu lah kedainya..

agaknya kalau daku jadi personal shopper untuk barang kaison ni pun boleh kot..dah selalu sangat terjah ke sana.. RM2 untuk 1 item..hahahah...

oklah, selamat bershopping dan juling mata di kaison.


 babai...terima kasih sudi baca.. i love u all!!! 
(frame kanvas ni pun ada kat kaison) 





Monday 14 March 2016

Petua : Hilangkan Eczema/ Gatal-gatal Kulit Secara Semulajadi

Dek kerana anak yang kecik tu mmg eczema dari kecik, maka macam-mcam kekdah kami ikhtiar. Mencuba beberapa klinik kulit yg org suggestkan. Antaranya Klinik Nathan, Klinik Nagoke Tanjung Tualang Perak, Klinik Yap. Memang bab klinik2 kulit ni die punya modal usah cakap le..boleh tahan gak berhuhuhu nyer..Susah nak cakap la kalau ditanya berkesan ke tak, ada yang ok, ada yang sekejap je baik. ada yang makin worse. buat penat je makan antibiotik. sampai die cakap "ubat lagi".mama mampu berhuhu je dikk. sabar la nakkk. Tu belum bab produk kulit lagi. Try and Error je kitorang ni. Asal org kata elok, kami cuba mencube. Mana sanggup tengok anak keadaan camtu. Terpaksa menghadkan aktivitinya. Sedangkan kami ni semua jenis aktif. 

Bila musim panas macam ni, start la die tergaru-garu, rimas mintak bukak baju. Asal kami tak nampak jer, mesti die menggaru dengan nikmatnya sampai berdarah-darah. Senyap je die godek-godek kudis tu. 


camni la rupenye kalau datang gatal2 eczema dia

Okeh2,  ni nak sharing is caringnya ngan readers2 ku sekalian. Antara byk2 cara berubat kulit, kekdah ni paling efektif,  paling jimat dan semulajadi... Yang penting tak payah susah-susah korang nak ingat time nak makan ubat-ubat bagai.  



Maka dengan itu, mama dan papa akan dengan gigih nya merempit ke Jalan Tengku Kelana, Klang tuk cari barang-barang tu. Tempat ni lebih kurang Briekfields KL. Barang- barang nak guna pakai ni byk kat kedai-kedai India. Dengan muka pasrah nya, papa tahan hidung. muka merah padam la teman. hahah..daku takpe, dah biasa..nama pun tempat kerja kat area Tengku Kelana. Cuma tak berani nak g sendiri jer....dah ada bapak kan. kena la usaha tuk anak sendiri.

ni la benda yang kami cari dan guna tuk aniq bila gatal-gatal : 

SIREH  RM4.00 1 PLASTIK TU
DAUN SEMAMBU RM4.00  
BEDAK SEJUK RM2.50

TOTAL = RM10.50

Gilerrrr tak jimat. 
cube bandingkan kalau g klinik kulit. sekali pergi tak RM150 tak sah..
tu belum dengan follow up lagi.

Close Up sikit daun semambu. sila cam baik2..
sbb kitorang pernah hampir  terbeli daun kari. kikiki

ni bedak sejuk yang saya pakai. apa-apa bedak sejuk pun boleh.


ADA 2 CARA YANG KAMI BUAT : 

1. Rebus daun sireh + daun semambu.
 air rebusan tu campur la ngan air paip sebagai mandian dia. Tapi kalau jirus kat kepala tu, jaga2 sikit. kalau termasuk mulut pahittt woo. Mau fobia anak nak mandi lagi. 

2. Blend/ tumbuk daun Semambu + bedak sejuk 
daun semambu tu buang la urat2 die... ala tarik-tarik mcm daun inai, pastu tumbuk le ngan lesung batu/ blender pun boleh. Last, campurkan ngan bedak sejuk ngan air sikit..agak2 la blend, sebab nak tepek2 kat badan anak nnti. 

ni la contoh yang dah diblend. boleh la start tepek kat tempat gatal

dah macam hantu bungkus ikat tepi.
si anak redho lagi pasrah je ape mak die buat. gud boy!

 nak kasik diam, maka kasikla gadjet sementara die kering.(ini cara saya).tp kalau korang sejenis tak galakkan anak ngan gadjet. jgnla tiru.cuba cara lain k.. 


setelah 3 4 hari guna kekdah ni..luka dah semakin kering.. alhamdulillah .. 

cuma ada 1 je lah keburukan die, 

Ia memang menuntut kerajinan dan kerjasama dari suami isteri. Nak anak baik kan..bila dah kering tu nanti, daun2 tu akan berguguran dan bertaburan ke lantai. so kena la vacum hari2. huhuhu..Nak kena menumbuk, kena rebus, mandikan, nak sapu lagi (nama pun semulajadi)..bukan mcm ubat2 kt farmasi..terus sapu jer..


Selain itu:

1. Aniq ni saya masih amalkan tidur lapik ngan kain batik cotton supaya boleh ganti hari2

2. Kami tetap rendam ngan air panas baju-baju harian yang dipakai tu sebelum masuk dlm mesin basuh. termasuk masih pakai sabun basuh baby. 

3. TIADA karpet, TIADA Sofa (pakai yang leather) kat rumah dan kereta, 

4. TIADA haiwan peliharaan.

5. Masih pakaikan losyen/ sabun jenama CETAPHYL 



Ok la, tu je nak share...

Sebab tu la aniq ni kata die baby. sbb kena jaga macam baby walaupun dah 3 tahun..ngade lebih!! dan bile tanya, nak adik x?? laju je die cakap taknak.aniq la baby ..fuhh selamat..haha

k bai...selamat mencobeeee!!!

nota kaki :
petua tu bukan tuk budak2 je. sesiapa pun boleh amalkan termasukla makbapak budak. tak percaya cubalah!!



Rawatan Tradisional Kanser : Pak Andak Grik.

Salam. Disebabkan ramai kawan2 yang tanya pasal rawatan yg ayah pergi dulu, rasanya elok share kat blog terus lah. Ok,actully kami tahu rawatan tradisional kanser Pak Andak ni daripada seorang kawan di kampung yang dah pernah dan masih menjalani perubatan di sana. So, ayah sangat excited untuk cuba berikhtiar ke sana sbb tgk mak kawan tu dah sihat. Kami bawak ke sana 3 hari berturut-turut dari Jumaat hingga hari Ahad. 

Ni alamat nya : 

NO 5, TAMAN HJ ALI, GRIK, PERAK. 

Hp 013-4092378

Cuma kalau google maps / waze mmg susah gak ah nak cari tempat ni..tapi jangan risau..inshaAllah boleh cari. Masuk highway utara selatan, exit kuala kangsar kemudian terus menghala ke gerik..kiri kanan korang akan dihidangkan dengan pemandangan kampung2 ..nyaman je rasa udara.



Dalam 5KM sebelum sampai bandar Grik,  ada 1 traffik light dan signboard kampung air panas. Ambik susur kiri dan simpang 3 kat situ.sebelah kanan ada deretan kedai kampung kecik2 la..sila belok ke kiri..terus tu jumpa sekolah dan ada masjid. Terus lagi, sampai jumpa lorong haji ali.


(ini lah gambaran lorong nak ke rumah pak andak)

Korang jgn risau, kalau tanya je org2 gerik apatah lg org2 kg air panas tu dijamin semua tahu..femes gile kot..sampaikan kedai makan/ kedai jual kuih tepi jalan pn boleh jual menu pantang sakit kanser...siap ckp camni, oo kalau berubat bole makan yg ni..x blh mkn yg tu..

cara pak andak buat rawatan senang je, cuma pakai ayam yang boleh dibeli dari mereka sendiri.tak payah nak susah2 bawak sendiri. Selain itu, ada juga beli air bukit yang mereka jual. air tu akan dibacakan oleh pak andak sendiri...sebotol utk 5 liter RM7 atau 1.5 liter RM3. Air x kisah ikut pelanggan nak beli brp botol pun..kalau jauh tu bolehla beli byk sikit.

Ayam buat apa??? Ha, ayam tu la akan scan bahagian mana kanser pesakit..mcm ayah haritu, dia letakkan ayam di bahagian dada ayah wlupn die xbgth pn sakit kt dada sbb ayah kanser paru2. 1st time buat, ayh kata ayam tu ggit puxxxg..huhu..tp 2nd day dan 3rd day dh xde. Ibaratnya macamni lah. Sakit tu akan pindah ke ayam tersebut..

Bayarannya ikut semampu kita..pak andak x tetapkan berapa harga yg kena bayar utk sekali berubat tu.cuma harga ayam tu mereka dah tentukan. So kita akan bayar duit (sumbangan ikhlas kita) + harga ayam yang mereka tetapkan + berapa botol air bukit yang kita ambil. Tu je!!!


Masa rawatan adalah 3 petang ke malam dari rabu ke ahad. 
isnin dan selasa mereka tidak beroperasi.. Masa kami ke sana pagi2 lagi igtkn boleh la blk awal..cpt pg cpt balik le kononnya..

Diorng pn guna sistem nombor. Kat dpn pintu rumah pak andak ada letak kertas tuk tulis nombor giliran..so korang dtg awal ke tghr ke sambung je la tulis nama korang kt bawah tu ye..

Rawatan ni bukanlah sorang2...masa memula igtkan sesorang..haihhh, dah terdetik gak..betapa ramai ni nak sorang2, pukul brp nak balik..rupanya, ada 2 bilik.. 1 bilik merawat perempuan..1 bilik lg tuk lelaki..pak andak akan bt rawatan secara berkumpulan..x lama sangat pun..

Tapiiiiiiiii..pas rawatan ayam tu ada lagi benda mencabar yang kena lalui iaitu pantang makan..ni lah pantang2 makanan yang tidak boleh dimakan.. Mohon bertabah lah.


'1 Malaysia' yg datang berubat ngan pak andak ni

Sementara tunggu giliran tu kan, kami ni rajin bertanya dengan org2 yg menunggu tu. Ada yg dah berkali2 pergi kira mcm follow up la. ada yg br 1st time..rata2 feedback yang kami terima semuanya positif. ada yg x perlu bt kimo, ada yg dah bebas kanser, ada yg kata doktor x dpt kesan dah kanser tu.. Ya Allah, macam2 jenis kanser rupanya ek...paling takot dengar kanser darah dan org tu br je kawin.Allahu..moga mereka semua diberi kekuatan tuk melawan sel2 kanser dan dberi kesihatan yang baik semula. 

Datang sana mmg muhasabah diri.. Kita perlu bersyukur di beri kesihatan yang baik..gunakanlah kesihatan yg baik itu untuk perkara2 yang baik juga. Wallahualam. 

Nota kaki: 
maafla takde gambar2 yang dapat dikongsi..seriusly, masa ke sana x teringat lgsg nak tangkap gambar..maafkan sy. *__* 

---apa2pun hrp entri ni dapat membantu---


















Friday 11 March 2016

Pengurusan Jenazah

Assalamualaikum.

Entry ni terpanggil untuk share pasal pengurusan jenazah, memandangkan dah melalui nya iaitu berdepan pengurusan jenazah ayah sendiri..ia pertama kali dalam hidup ni. memanglah kami semua minta ayah sihat seperti biasa. tapi kita sebagai orang Islam wajib percaya Qada' dan Qadar yang telah ditentukan oleh Allah Swt. MATI ITU PASTI. SETIAP YANG HIDUP AKAN MATI.  Jangan anggap persiapan mati itu tidak penting. 

Baiklah, straight forward lah... 

Barang-barang penting yang perlu ada ialah : 


1. KAIN KAPAN & KAPUR BARUS 

Mcm kampung-kampung biasa nya ada khairat kematian kepada orang kampung yang menjadi ahli. Jadi, kalau kita guna untuk beli kain kapan, mereka akan tolak dari jumlah khairat tu. Ia juga termasuk putik kapas, tisu, dan tuala kecil untuk proses pembersihan nanti. 

2. KAIN BATIK LEPAS

Untuk tutup jenazah sebelum proses pengebumian dan mandi jenazah. 

3. KAIN PENUTUP MUKA
Haritu kami guna tudung putih untuk ikat di kepala. Rasanya serban juga boleh untuk yang mmg pakai serban. 

4. TIKAR & BANTAL KECIL 
Tak kisah tikar mengkuang/ tikar yang lipat2 tu.. digunakan untuk meletakkan jenazah sebelum dan selepas mandi. Biasanya orang akan angkat sekali jenazah dengan tikar tersebut. 

5. PERALATAN MANDI

Tuala - Untuk lap selepas mandi jenazah

Sabun - Macam haritu, guna sabun buku.. tak kisah sebenarnya sabun apa pun. yang cecair pun boleh

Gaharu/ air mawar/cendana/ minyak attar/ apron/ sarung tangan getah

6. BESEN DAN GAYUNG
Sediakan lah  beberapa gayung dan besen untuk urusan mandi jenazah

7. KAIN LANGSIR/ KAIN BESAR DAN TALI 
Dijadikan tirai untuk tutup tempat mandi. Perlu di lindungi aurat jenazah. 

8. BUKU SURAH YASIN
Kalau boleh sediakan buku-buku yasin 1 tempat berhampiran jenazah. Bolehla yang datang menziarah tu sedekahkan bacaan yasin untuk si  mati.  


Beberapa perkara lain yang perlu diambil berat ialah : 

Tempat mandi khas
Pastikan tempat mandi yang bersesuaian untuk beberapa waris dan untuk bilal yang akan menguruskannya. Selain tetap menjaga aurat si mati.

Orang yang boleh memandikan jenazah 

Lelaki : 
Kesemua lelaki
Isteri
Orang yang haram nikah dengannya

Perempuan : 
Kesemua perempuan
Suami
Orang yang haram nikah dengannya
          

Tempahan Keranda
Perlu jumpa bilal/imam masjid awal-awal untuk mereka ukur, beli dan buat sekali.

Van jenazah - adakah perlu sewa van jenazah atau ahli keluarga ada kenderaan yang sesuai. Jika tidak, perlu diberitahu awal kepada masjid yang menyediakan perkhidmatan van jenazah tersebut. 

Waktu pengkebumian - Penting!! Ini kerana, tukang gali kubur akan bersiap sedia seperti waktu yang telah ditetapkan. Biasanya tuan rumah akan beritahu supaya tiada kelewatan penggalian dsb. 



---Semoga entri ni akan memberi manfaat kepada semua---



Tuesday 8 March 2016

Pengalaman : Ayah Sakit Kanser (Part 3)

24 Januari 2016 (Ahad) tarikh ayah keluar wad dan  pulang ke rumah...Namun , kami semua terpaksa pulang untuk kembali ke rumah masing-masing. tinggallah ibu ku dan abg oku ku di rumah untuk menguruskan ayah. Alhamdulillah, mak diberi kekuatan tenaga dan mental untuk menguruskan kedua-duanya. Namun, pada hari Rabu, saya telah decide untuk pulang dan mohon cuti menjaga ayah bersama-sama mak. Sekurang-kurangnya, dapat la meringankan beban dan tugas mak. Saya menguruskan abang, dan mak boleh tumpu sepenuhnya pada ayah


Lagipun, ayah kalau tak nampak bayang mak mesti dia akan tanya mak mana..lagi2 kalau saya takde, mak takde..mmg akan ting3..bunyi loceng yg kami belikan sbb suara ayah dah tak kuat nak panggil dan boleh boleh semput. mmg mencicit kami lari kalau berbunyi loceng tu..kuat masalahnya..huhu..bila sampai ty kenapa.dia ckp jangan la tinggal dia.alaa ayah2.. maka mak pun terpaksa sambil suap makan kat dia, mak kena makan sekali. klu tak mmg tak makan la jawabnya. 

Begitu lah rutin kami, segala apa yang diminta kami turutkan seada upaya semampunya. Seriusly, ayah mmg takde ckp merepek2. percakapannya biasa sahaja. Cuma kalau die minta nak makan apa tu..die ckp die teringin nak makan ayam goreng dan mee sup walaupn dah masakkan bubur nasi. anak die ni, bagi la ayam goreng yang dah aku racikkan. Kononnnya biar senang nak makan. Tapi bila bagi, die ckp taknak mcm ni..dia nak seketul..huhu..masuk dapur balik, tukar.mujur la beli lebih.kalau tak, bercinta nak gorengkan ayam goreng tepung macam pasar malam tu..sebabnya kalau die nak, dia nak sekarang jugak..hehehe.. takpe la mak dan daku cuba je tunaikan.

sampai la hari ahad.. semua anak2 dah takde, dah balik rumah sendiri. cuma daku sorang yang tinggal ngan anak yg kecik tuk bantu-bantu mak. ayah ada ngadu2 sakit dada..tp boleh lagi la sembang sikit2. makan minum pun sikit2. dia mintak pisang goreng.daku pun gorenglah mcm biasa. apa yang die mintak nak makan, biasanya die akan makan.tp kalau kita masakkan tanpa die mintak.mmg takde die makan.+__+ 

start malam tu, die cakap sakit dada dan makin kerap. Dia ada cakap, dia nak balik. aku ty, nak ke mana? die cakap nak balik.nak balik.. mak dan aku ckp, eh nak balik ke mana..ni kan rumah kita..pastu die diam. Aku pun sedapkan hati, ckp kat mak agaknya ayah ni ingat die kat hspital kot sebab kan ayah makan ubat MORPHINE(ubat paling kuat). 

Sepanjang malam tu, die tak dapat tidur. bangun duduk , bangun duduk entah berapa kali.... die kata dada die ketat. tak boleh bernafas sangat dah. kami pun cuba tinggikan bantal supaya dapat bernafas. tp tetap tak dapat tidur lena. aku ambikkan air smyg, supaya ayah tenang nak tidur.. Dapatla tidur dalam 15 minit. lps tu terbangun dan susah nak tidur balik.. die bnyk duduk tengok keadaan sekeliling. 

Kami ajar ayah istighfar, baca2 apa yang patut. dia turuti je semua. masa ni la, dia cakap kt aku dan mak macam2 .. antaranya: 

ayah        : esok , bolehla panggilkan org kampung bacakan yasin.

mak/ aku : boleh..esok kami panggilkan. apak jgn risau ye. niat kurangkan sakit apak ye. inshaAllah boleh. tp kalau malam ni tak bolehla..sbb takut nak keluar malam2 ni (ayah angguk2)

ayah        : pah, apak dah tak tahan. sakit sangat. (sambil tercungap2, tapi pertuturannya tetap jelas bunyinya). skrg ni pukul brp?

mak/ aku  : apak kena kuat semangat. tolongla lawan sakitnya. skrg baru pukul 3 pagi. kenapa? apak ada nak apa? nak tengok hafis ke(abg Oku)? 

ayah         : tolong tengok2 kan apis, tolong jaga die elok-elok. minta maaf semua. (sambil pegang tangan ngan kepala mak) aku tengok di sisi. 

mak/aku   :ya Allah, selama ni pun kita semua jaga die elok.die sihat ke sakit tetap jaga, makan minum semua. jangan risau.. 

ayah         :pah, tolong teleponkan semua yang lain. mintak tolong balik. tel zai(kakak sulung)suruh balik. semua balik!

mak/aku   :ye, nnti arpah tel. tp ni pukul 3 lebih semua dah tidur ni.esk diorng nak kerja, anak nak sekolah.

ayah         :dah tak tahan ni. apak nak balik..

mak/ aku  :gulp..masing-masing kami berpandangan 


macam2 dia mintak kami buat, nak minum..nak buang air besar, nak baring. nak mintak kami ke hall tv tengok abg oku(kami angkat bersama-sama) ke sofa dan tinggikan bantal. Beri tempat yang selesa supaya die dapat tidur walaupun atas sofa..tetap die tak dapat tidur.byk kali die tengok jam. last sekali die mintak pindah kan die ke atas katil. tak buang masa terus telefon adik brdk masa tu dah pukul 5 pagi..takde siapa aku tel, melainkan anak-anak je. lain-lain mmg tak fikir dah.

Baring je atas katil..ayah makin lain. dada makin laju, pernafasan makin susah. gelisah betul hati kami masa ni. ku bacakan yasin bergilir2 ngan mak. kami ajar ayah mengucap dan ingat Allah. mak duduk di kerusi sebelah kiri, aku atas katil ngan ayah sebelah kanan. sambil gosok2 tangan dan kaki. ku cium2 ayah mintak maaf segalanya. die pun sama. tiada apa yang nak dimaafkan ayah. cuma anakmu ni tidak dapat rasanya membalas segala jasa2mu yang terlalu banyak. 

Dari pukul 5 lebih tu sampai la ke pukul 6 kami ajar ayah untuk ingat Allah. die ikut semua apa yang kami ajar. siap tunjukkan pada kami adakah die baca dengan betul.. Masa ni la, mak dan aku pelik dada ayah bunyi sangat lain. tak pernah terjangkau dek fikiran kami. suara ayah mcm pecah di dalam. semua apa yang ayah baca kami dapat dengar. Allah, mmg tak sangka... 

Daku memikirkan apa yang akan jadi ni. kenapa ayah mcm ni?? adakah ini yg aku baca selama ni, penyakit kanser akan muntah darah.. Allah jangan lah getus ku dalam hati..daku tidak kuat untuk melihat ini semua..

Suara ayah makin perlahan.. azan subuh berkumandang. mak minta aku sembahyang subuh dulu. dia tunggu ayah.. habis sembahyang, aku terus sembahyang hajat berdoa semoga jika benar la ini masanya ayah ku akan pergi, Allah tariklah nyawa ayahku dengan senang dan aman. Andai, belum lagi masanya Allah...tolongla buangkan penyakit ayahku terus. sesungguhnya kami meminta pertolongan dari Mu sahaja.. selesai solat, tanpa buka telekong giliran mak plk solat subuh. mak pesan jgn tinggal ayah. ajar ayah.. ajar ayah...ajar ayah. jgn bagi ayah lupa dari ingat Allah.. 

Masa ni, ayah tanya mak pergi mana. Aku ckp mak pergi solat subuh sekejap.die angguk.. die pusingkn badan menghadap kiblat dan bertanya pukul berapa. aku ckp pukul 6.30 pagi.  usai mak abis smyg, tanganku menaip mesej pada group keluarga sedara mara utk doakan ayah dah nazak. tp fahamlah line internet tak berapa nak ada. cuba aku ckp, Allah permudahkan lah urusan kami dunia akhirat.. mesej tu delivered!! 

Tetiba, ayah kaku tidak menyahut apa yang kami panggil..kami goyang2kan badan ayah. tiada effect apa2. ayah kaku...tpi mata terbuka...panggil2 lagi, ayah tidak lagi menyahut....Allah..Allah..luluhnya hati mak dan aku ketika itu...aku berlari ke rumah jiran yang lebih kurang kejauhan 500M dari rumah dengan masih bertelekong. Terus patah balik ke rumah. ayah tetap sama, ketika itu ku bangunkan abg OKU tu tuk cium dan peluk ayah. nampaknya dada ayah tidak lagi berombak atau beralun lagi... aku melangkah lemah OFF KAN SUIZ MESIN OKSIGEN AYAH.. JIRAN KU KATA, AYAH DAH TAKDE...INNALILLAHWAINNAILAIHIROJIUN.. ALLAHUAKBAR.. TIDAK KUSANGKA SEMUA BERLAKU DI DEPAN MATA MATA KEPALA KU SENDIRI...DARI SAKITNYA KE AKHIR NAFASNYA.. ALLAH...TERIMA KASIH KERANA DIBERI PELUANG MENGHADAPI SAAT INI DI DEPAN MATA. WALAUPUN BERAT DUGAAN YANG KAU BERI, TAPI AKU SYUKUR DIBERI PELUANG INI. 

Segala urusan jiran dan tok sidang kampung yang lama (rapat ngan ayah) banyak tolong kami masa tu. mereka yang ke hulu ke hilir panggilkan jiran, bunyikan kentong sebagai tanda orang meninggal. urusan pengebumian dan temankan abgku untuk ke Balai Polis dan Klinik untuk urusan permit pengebumian dan buat laporan kematian di pejabat pendaftar. 

Masa ni, buntu juga apa yang perlu dibuat..alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Pengebumian juga dipercepatkan kerana pernah dengar jika dikebumikan cepat adalah lebih baik. kami akur sahaja ketika itu. 


Tatkala van jenazah ini berlalu pergi..air mata bagai air terjun berjurai2 tak ingat org2 keliling.kaki terlalu lemah untuk berdiri. inilah terakhir ayah di rumah..ayah pergi dan tidak kembali lagi...Berakhir perjalananmu di dunia yang fana ini.(sambil taip , sambil lap air mata) Allahuakbar.... :'-(    

Selamat bersemadi ayah ..mg ayah tenang dan dicucuri rahmat.  Semoga Allah ampunkan semua dosa-dosamu, terima semua amalan-amalanmu, ditempatkan di kalangan org-org yang beriman dan menanti kami semua di syurga nanti. Amin ya rba. 

Sebagai anak, hanya tinggal doa yang mampu kami titipkan buat mu ayah. 
maka, terputuslah belaian dan nasihat dari mu ayah. tiada lagi tangan ayah yang akan mendoakan anak-anaknya. Tiada lagi ayah yang ingin kami balas jasanya. 

Semoga kami kuat melalui hari- hari mendatang tanpamu. terutamanya ibuku dan abg oku ku yang terlalu rapat dengan mu ayah..

Allah.............sedih yang teramat sangat.tapi redha. ini semuanya tertulis walaupun telah berusaha yang terbaik

AL FATIHAH AYAH.. ABDUL RASHID @DERASID BIN PAIDIN
11.11.1943 - 1.2.2016


Wednesday 2 March 2016

Pengalaman: Ayah sakit kanser (Part 2)

Follow up ke 2 akhir bulan November 2015. Lagi sekali buat imbasan x-ray. Namun, sedihnya sel kanser ayah tidak berkurang dan tidak bertambah. tp kami tetap minta semua berfikiran positif dan kekal berikhtiar supaya motivation ayah tidak down.

Makanan dan suppliment tetap diikuti macam biasa sehinggalah follow up ke 3 di klinik kesihatan pada bulan Januari 2016. Masa jumpa doktor tu, sebelum balik ayah ada ckp kat doktor tu.. Insya Allah doktor bulan dpn kalau panjang umur kita berjumpa lagi ye. doktor tu cuma senyum dan angguk2. tidak bergurau, tidak jugak ber kata-kata. Mungkin die pun tercengang dengan sapaan ayah tu.

awal Januari ayah nampak macam seakan kuat. boleh berjalan keliling rumah. sangkaan kami, alhamdulillah, ayah dah beransur sihat. yang paling sy tak sangka ayah boleh dial no telefon dan bercakap ngan cucu dia yang paling rapat iaitu anak bujangku yang paling besar tu, Aqil. Mana taknya, kami dok sekali dari aqil baby sampailah umur 2 tahun. Tidur pun dengannya .. ke mana-mana diusungnya budak tu. boleh kata, bila blk kampung, atok la yang dikepitnya. Boleh paw mainan. Die cakap, die rindu kat Aqil. Allah, sedih betul. . tak buang masa, weekend kami balik kg tuk jenguk ayah. Sampai ke rumah. di peluk2nya dan dicium2nya cucu kesayangan nya tu.Allah, sayu sangat. 

Tapi pertengahan bulan Januari, tahap kesihatan ayah makin merosot. ayah tidak dapat baring lama dan tidak dapat tidur lena mcm biasa. nampak ayah tercungap2. Kami balik dan bawa ke Hospital Teluk Intan. Tengah malam telefon ambulans dan terus kena tahan wad. Ayah diberi bantuan oksigen dan bermalam di hospital 2 malam. Masa nk discaj tu , doktor tanya kami, ayah akan bergantung pada bantuan oksigen. kalau tidak mampu menyewa mesin oksigen, di galakkan ditahan di wad. Tiada halangan dari pihak hospital. 



(gambar ni masa nak dibawa ke hospital)

Kami bersetuju untuk menyewa alat bantuan oksigen tersebut  dengan bayaran deposit dan bayaran bulanan RM1000.00. Namun, caj bulanan adalah RM370.00. Pulang dari hospital kami terpaksa sewa ambulan St John dengan bayaran RM300.00 kerana ayah tidak mampu untuk bergerak banyak. 

Bila ayah bergantung dengan mesin oksigen, ayah tidak dapat lagi bergerak seperti biasa kerana ia menggunakan tenaga elektrik. bermaksud tidak boleh offkan lama jika dia mintak untuk berpindah tempat. 







Ni la rupa mesin bantuan oksigen yang digunakan. agak besar dan berat la untuk org perempuan nak angkat..tp mujur ada roda..so sorong jer le.. bekas mcm bekas air tu, tempat untuk letak air dan mesti refill.  sentiasa kena ada air hingga garisan hitam tu.  Refill pulak guna air mineral. Wayar yang jernih tu la yang akan diletakkan di hidung. Mesin ni berbunyi-bunyi mcm tup..tup ..tup..sepanjang masa...mgkn ikut nafas ayah..


sambung part 3.......menjaga ayah sakit dan meninggal......

(sambil taip, sambil lap air mata....ya Allah, kuatkan aku tuk sambung part 3)

Pengalaman: Ayah sakit kanser (Part 1)

Salam, hai readers.. tah ada lagi tah tak readers blog aku ni.. sekian lamanya tak hapdate. byk sangat yang terpaksa lalui detik2 sukar yang takkan dilupakan sama sekali. 

Akhir bulan 10 2015, kami sekeluarga dikejutkan dengan 1 berita paling sedih dalam hidup. Setelah buat imbasan MRI di hospital, ayah kesygn disahkan menghidap kanser paru-paru tahap 4. Memang kalau ikutkan, mmg tak nampak langsung tanda-tanda penyakit cancer. senang cakap, tak boleh detect langsung. masalahnya, ayah tak pernah sekali pun ayh mengadu sakit di bahagian dada. cuma yang paling ketara tak  boleh terlalu penat, seakan macam asma. Batuk-batuk pun mcm biasa jer la.. cuma selalu kena je batuk. ingatkan sebab dah tua, dah tak boleh kena asap, tak boleh makan sejuk2, tak boleh mandi air sejuk.


Doktor klinik pun cuma buat imbasan xray biasa pun masih tak boleh kesan lagi. Cuma bagi inhaler ventolin asma jer. Sampaila 1 masa, kami minta untuk buat imbasan MRI di hospital teluk intan. Nak pujuk ayah buat MRI pun bercinta jugak. Biasalah dah namanya lelaki. Asal sebut je hospital, die punya allergik oo makaihh..dari sorang anak ke sorang anak pujuk. sudahnya kami semua kena marah.hahah..tapi kami tak dulik, kami hangkot jugak. 

Bila dah buat MRI, baru lah semua nya terjawab. Doktor panggil waris. Haih, masatu berderau2 darah semua. kenapa doktor nak panggil waris ni. 


Doktor sahkan ayah dah tahap 4. kanser dah merebak ke bahagian limpa. Ya Allah, bagai batu besar menghempap di atas kepala, terasa berat dugaan yang Allah bagi pada kami sekeluarga. Doktor juga pesan, supaya cuba beritahu ayah tentang keadaan sakitnya. cuba beri sokongan moral. Sebab salah 1 penawar kanser ialah kekuatan mental. Dengan faktor usia, ayah tak boleh buat kimoterapi, dan paling lama jangka hayat ayah mampu bertahan cuma 6 bulan...Ya Allah, tak mampu menahan sebak dan hancur luluhnya hati ni. Airmata turun bak air terjun dari pipi..

Kami sekeluarga sepakat untuk beritahu ayah dalam masa sebelum appoitment ke 2...tapi tak sangka bila kami semua adik beradik beritahu, ayah kelihatan ok dan redha dengan keadaan sakitnya. ayah nampak kuat..betul2 hero kami.. kami semua cuba tenangkan ayah yang kami adik beradik takkan pernah putus harap, berusaha dan berdoa.kami semua beritahu ramalan doktor hanyalah berdasarkan teori..kami yakin semua penyakit ada penawarnya.


Masa tu kami sekeluarga cuma kenangkan abg OKU yang terlalu la rapat dengan ayah. dah mcm kembar..di mana ada ayah, di situ ada abg ku..tp sejak dari berita itu, abg kami terpaksa belajar untuk berdikari untuk menguruskan diri .. dan adik beradik ipar duai terpaksa sama2 bekerjasama ambil alih untuk uruskan abg.  Bergilir-gilir dengan appointment hospital dan klinik.


Tapi di klinik/ hospital pun takde ubat spesifik yang mereka beri. doktor cuma monitor keadaan ayah stabil ke tak je dan buat lagi x-ray..kami ikhtiar cara tradisional pula..yang penting bagi kami usaha dan selebihnya tawakkal..


Pernah kami bawa ayah berubat kampung di 1 tempat yang agak terkenal juga lah untuk penyakit kanser selama 3 hari berturut-turut. Rasanya ramai yang tahu kot tempat berubat tradional ni. 



PAK ANDAK, NO 5, TAMAN HJ ALI, GRIK, PERAK. 


Next entry sy akan buat review pasal tempat berubat ni. Selain tu, macam2 juga kami beri ayah makan sebagai suppliment dan merawat kanser. antaranya air kangen ikut PH2 tu sebagai minuman hariannya. ada lagi suppliment yang kami mmg konsisten beri iaitu Cellmaxx. ni la rupanya Cellmaxx tu. 





Cellmax ni dalam bentuk sachet ni dan perlu bancuh dengan air..ayah kata bila makan ni, macam lega dada mcm lapang sikit...sekotak ni lebih kurang RM140 harga dia. 

boleh rujuk kebaikan Cellmaxx di sini >> http://www.cellmaxxmalaysia.com/
tapi salah 1 kebaikannya untuk menggantikan tisu-tisu yang mati dengan tisu-tisu yang baru sesuai untuk penyakit kanser.... 

selain tu, ada juga kami cuba beri daun belalai gajah ngan epal hijau yang diblender (viral dalam fb) .. 
Lemon pun sama.kami tak pernah terputus bekalan2 ni semua. 
penyakit kanser tak digalakkan makanan/minuman manis kerana boleh mengaktifkan sel-sel kanser. maka, semua ni rasa masam2. +__+ ..sian ayah seorang yang mmg suke minum manis..sobsss.. kalau ajak ayah g kedai makan, die mesti cakap, ala buat apa minum kedai. bkn boleh order air manis2...
padahal ayah ni, mmg hari2 la mnm kat kedai..tiba dah sakit mcmni tak dapat makan kedai, rasa sedih tau... 



--------------sambung Part 2--------------------