+ADS+

Wednesday 2 December 2015

Terjah Shopping : Persiapan Kelengkapan Awal Persekolahan

Kedai Canggih, Kedai Bata dan Kedai Swan untuk uniform sekolah 

hai...jumpe lagi..


entry ni nak celoteh pasal bajeting kelengkapan sekolah darjah/ tahun 1.haih, mesti org kata alaaaaaa darjah 1 je kot.. tp no no no!!!!!, di sebabkan daku ni mmg org akaun, maka semuanya perlu ada bajeting dan targeting. gitu! nampaknya duit perlu di agih2kan siap2 dan perlu ada perancangan.. so, we all decide untuk cari kelengkapan sekolah ni gaji November dan gaji Disember nanti untuk bayar yuran sekolah. makanye, minggu dpt gaji november je terus melaksanakan misi membeli kelengkapan sekolah.

kami stay kat klang. ape lagi daku pn google la kat mana kedai yang selesa nak membeli, senang cari parking, tak serabut..hahah. cerewet??sikit la..bukan ape, anak yang kecik tu aktip kemain. so risau kalau tak terperasan die menyelinap ke mana2. maklumlah sekarang ni bahaya.kes culik di mana2. (nauzubillahiminzalik). 

tanya2 org yang dah biasa anak sekolah ni..baju ape yang best pakai, selesa. majoriti kata baju jenama canggih..orang cakap senang nak iron (tuh mak suke) dan jadi tak kuning kusam.

die py trademark bikin daku gelak je.

"FOR BUSY MAMA AND PAPA" .sesssuuuuaaaiii sangat. 

so, ape lagi 1 malam daku survey kedai canggih klang / shah alam kat mana yang terdekat. cari punya cari..jumpa dah..paling senang nak pergi adalahhhhhhh..

GIANT HYPERMARKET BUKIT TINGGI, KLANG..


kedai canggih bersebelahan ngan kfc..sederet tu pulak ada kedai kasut bata.. ha, senang sekali harung...



Boleh kata semua ada. dari atas kepala ke kasut ada.uniform2 pengawas pn ada.so senang la kalau anak jadi pengawas ..dah tak payah susah2 cari tempat lain.





 
Ha kan senang beli awal2, lapang je kedai ni..takde org pun.kami je ada.wewewe

Ni la yang kami beli dalam kedai canggih tu:


3 lai baju, 3 lai seluar..dah ramai sgt yg kata kena beli 3 lai.
risau tak sempat basuh.baekk!!menurut kata

Baju melayu, sampin. Dek kerana anak sek agama integrasi wajib pakai bj melayu setiap hr jumaat je.maka, selai je ckp la rasanya.(jimat, x payah beli 3 pasang).hrga baju melayu ngan seluar lain2 ye.

Singlet beli 3 lai, songkok 1(nk cr lagi 1 sebab kena pakai hari2. Tp haritu x teringat nak beli 2.hihi). Kasut tu beli kat kedai bata.sederet kedai canggih. (beli 1 je dulu.sbb sek tu kena pakai kasut hitam. takde la seminggu pakai 2 kasut).. jimat byk la papa camni..lulz 

Beg x beli kt dalam kedai tu.sbb x byk sgt choice.so we all decide nak g kedai swan.

Kalau beli RM200 ke atas, boleh buat kad member.setahun rm10. Then bole dpt 10% diskaun..kalau beli RM300 dapat less RM30.sapa nak bagi tu. jadile makan KFC kt sebelah.  Misi berjimat tu wajib.


kedai swan ni kalau keluar je dari Giant, menghala ke Petronas tu, belok kiri..then straight je. boleh nampak sebelah kiri. sebelah alliance bank..senang tak payah g panjat soping mall. lagipun kedai swan ni pun best gak..macam2 gak ada.. dari uniform, stationery, accessori pun ada. 


bukak dari 10 pagi - 8 malam


No.28 Lorong Batu Nilam 4B,Bandar Bukit Tinggi, 41200 Klang, Selangor
T: +60333247681

giler tak rambang mata.. op kos la.anak 1st masuk sekolah kot. 

ni dah kenapa si adik pun beria jugak ni


anak bujang daku ni jenis memilih.takde nak kartun2 sgt. mgkn disebabkan dah sunat kot.. adui, terasa anak dah besar la pulak.. so ni beg ni yang die pilih. takde pilih beg besar2 sgt. sebab kat sekolah die nanti ada loker untuk simpan barang- barang. lagipun badan pun secoet je kan.

ok, kat kedai swan ni pun kami buat kad member. RM30 untuk 3 tahun..tak tahu knp buat lagu tuh.sobbsss.. ada kad less 10% gak. 

kami buat kad2 ahli ni bukan tuk kegunaan sendiri. sapa2 nak pinjam boleh le kami pas kad tu. dapat le tolong2 org kekdahnya.


(ini kad daku.xpe,kalau nak pakai no kad tu pakai je.f.o.c )

ok saya nak buat kesimpulan di sini ..antara tips yang boleh dijadikan rujukan.  


TIPS : PERSIAPAN KELENGKAPAN SEKOLAH



1. Beli seawal november

sila pekakkan telinga bila orang kata, hang ni kalut. ala abaikan je org ckp apa,bg kami ia dapat mengelakkan dari bersesak2 dengan orang ramai. Lagi 1 elak dari masalah saiz takde(terutamanya yang nak masuk darjah 1 dan dapat bajet kewangan awal. 


2. Buat kad Ahli 

boleh dapat diskaun. boleh pakai sepanjang tahun. so dapat la jimat sikit. 


3. Beli jenama canggih dan beg swan.

ni berdasarkan pengalaman orang yang saya dah buat survey. katanya baju canggih ni kain tebal tapi selesa, tak kuning2(so tak perlu nak nila/ klorok), tahan lasak (budak2 kan aktif), cotton berkualiti lah senang cerita. 


beg pun sama juga berkualiti walaupun mahal. sebabnya ada warranti lagi.macam tak percaya kan. beg pun warranti walaupun beg pack biasa. kalau beroda dah tentu yang la kena ada warranti.

orang pesan pada saya, biar mahal sikit asalkan berkualiti. 

4. Apa Nak Beli ? 

Baju kemeja putih / baju kurung putih/
 seluar biru/ kain biru/ tudung/ singlet- 3 helai
sempatla basuh lagi-lagi kalau musim hujan. kalau korang bekerja dan takut takde masa, ha bolehla beli 5 lai terus. so weekend jer baru sental semua. ikut bajet masing-masing ye. (kalau di kedai canggih, harga berbeza mengikut saiz)

kasut- 2 pasang
tapi kalau nak beli 1 dulu pun ok kot. sebab nanti dah masuk sekolah boleh le beli lagi.

beg - 2 buah 
kalau anak sekolah kebangsaan dan sekolah agama 
 berasingan.kalau sekolah tu dari pagi sampai petang, 1 pun cukup.

Stokin - 5 pasang
boleh tukar hari-hari. kalau boleh beli yang bawah hitam atas putih. 

5. kelengkapan macam stationery boleh la beli kat mana-mana. tapi pada dari survey yang dijalankan , daku memilih untuk beli di mydin hypermarket. 


Untuk buat belanjawan / perbandingan harga dan maklumat lanjut, refer link kat bawah.






Ni jumlah yg kami habiskan dlm 3 kedai.(so, ini la sebab kenapa perlu beli awal, jawapannye senang nak bajet kewangan) .




SEBENARNYA INI HANYA PANDUAN..PADA SAYA, BELI IKUT KEMAMPUAN, IKUT BAJET MASING-MASING DAN IKUT KEPERLUAN SEKOLAH MASING-MASING. 


 harap dapat membantu. terima kasih sebab sudi baca. 



***arfah yang menulis***


3 comments:

Unknown said...

mak pun belum ada pengalaman beli kelengkapan sekolah rendah.. yang pasti baju sekolah jahit sendiri..canggih tak? hehehe

Unknown said...

mak pun belum ada pengalaman beli kelengkapan sekolah rendah.. yang pasti baju sekolah jahit sendiri..canggih tak? hehehe

Unknown said...

Perghhh..lg best boleh jahit sendiri..mak bekerja mmg xde la masa nak jahit..sobs