+ADS+

Friday 25 December 2015

Picnic: Tanjung Biru, Port Dickson

Hai..buat ape cuti???

Asal cuti je tapak kaki semedangnye gatal nak berjalan. kalini kami cuba nak ajar macamana zaman kami masa kecik2 dulu..makbapak kami tak ajar ke taman tema, tidur hotel, jalan jauh-jauh. apatah lagi naik flight...kalau dapat keluar pun ikut rombongan sekolah. tu pun jenuh menabung dari sehari ke sehari... . dapat picnic bawah pokok sambil main air pun dah cukup bersyukur.. 

so kalini, KITA PIKNIK...YEAYYY!

Pagi2 lepas sembahyang subuh kami bertolak dr klang trs ke tanjung biru, port dickson..
tak sampai 2 jam, dah sampai..

Lokasi tanjung biru ni lebih kurang 5km dr teluk kemang..direction paling senang nak masuk ikut ilham resort (dah mcm nama anak2aku je ilham). tanjung biru ni takla sehappening teluk kemang. air pun cetek..tapi sesuai lah dengan kami yang ada anak-anak kecik ni. bukan target kami untuk kami yang berseronok.. bebudak dapat main air adalah segala-galanya dalam dunia mereka. 



masa kami sampai, dalam pukul 8 pagi tu ...ada lagi parking yang berhampiran dengan kawasan kedai-kedai tu. so senang la kami nak drop semua barang-barang piknik.boleh tahan gak la ulang alik..hehe. budak2 2 org ni pun kami kerah tenaga bawak barang masing-masing. port nak pasang khemah pun byk lagi. so kami pacak lah tempat yang tinggi sikit..air baru nak pasang, angin pun kuat..kemain susah nak pasang khemah..hahah..barang pun terbang sana sini..

  masa ni air baru nak pasang.. nak mandi pun kena g ke tengah nun... 
so awal2 ni harusla snap gambor dulu sebelum semua nya bertukar kaler ..tinted! 
(si kecik dah mcm gaya mummy return jerk):-P


kasik can main pasir..no kinetic sand kt sini..oriiii dik!! 
mmg dah plan nak bawak lori pasir dia ni ke sini..isi tuang isi tuang.. sorong..ulang (20x kali)



mmg tak kuasa die nak melayan gambar2 ni...seperti di dunia nya sendiri..
buat gunung pasir..pastu sorong dengan dari 1 gunung ke 1 gunung.. 
mmg menguji kekuatan fizikal.baru la anak jantan...sikit lagi keluar muscle..sado ye dik! 

air dah pasang dalam pukul 10 lbh camtu..maka lori pasir ini tidak lagi diperlukan.. huhu.. 
layan air sampai lebam lah jawabnyer..

lepas pukul 11 ke atas camtu, orang makin ramai.. keliling2 kami pun ramai org berkhemah, siap pacak buaian. sana sini pakai t shirt sama tuk family day dan bau2an enak di merata2.

yang diorang ni tak reti2 nak naik. 
papa ni, angkat abg je..angkat la adik pulak...getus ku dari kejauhan



oh nampaknya papa diorang tak pernah lebih kan kasih sayang..kalau angkat sorang, sorang lagi pun wajib.. 
tu baru 2 anak ..susah kan nak berlaku adil??? 
so jangan berangan nak berbini 2 ye..

main air sampai puas, kecut, tinted.. balik rumah, jangan ada yg main dlm bilik air lagi yer. rotan yang bakal menanti.
(si abg, mmg tak naik2 la..dah mcm memerang dalam air)

kat sini, mcm privacy sikit..so nak main bola pun mcm luas jer..





Ni antara tips untuk datang ke sini : 

1. Datang awal : sbb parking agak terhad.kalau tak, mmg jauh la nak menapak 

2. Sila bawa makanan sesiap : tak byk kedai yang jual makanan. 

3. Bawa air sendiri : kami guna botol mineral 5 liter dalam 3 botol. 
untuk bilas budak2 bila habis mandi pantai tu.


Kemudahan yang ada : 

Tandas (bersih la juga..rate average)
Surau 
Sewa pelampung
Sewa tempat BBQ
Tapak Khemah Yang Agak Luas
Sewa Khemah 
Kedai-kedai biasa 
Ada juga banana bot 


Checklist Persiapan untuk Piknik

Khemah
Tikar
Alat Mainan Pasir/ Bola
Air Mineral Secukupnya
Arang
Pemanggang Ajaib (so, tak perlu sewa)
Gas (api)
pinggan/ sudu/ cawan
Baju berenang 
Baju untuk Salin
SUNBLOCK
plastik sampah (isi sampah dan baju basah)



>>>>tempat piknik yang selesa...mak suka...anak apatah lagi..
namanya blue lagoon/ tanjung biru, maka nampak biru2 je kan.. 

 bye...ada masa kami datang lagi..




No comments: