+ADS+

Showing posts with label port dickson. Show all posts
Showing posts with label port dickson. Show all posts

Saturday, 13 August 2016

Bercuti di Lexis Hibiscus, Port Dickson

Assalamualaikum semua..

Terima kasih sebab masih sudi singgah di blog yang sedu sedan ni. Kalini kakak nak review pasal hotel yang kami stay sempena anniversary weols. 

Sebenawnyer booking last minit jer yakni call direct reservation dengan Ms Doris Simon.Memang tak berani nak booking awal2 sbb shuben sejenis giler kerja. Cancel plan tu perkara biasa bagi kami. tapi kalau dah bayar2 nak cancel2 mau bergado juga kang..hehehe..Plan asal nak g tempat lain. tapi semua full.duh3, serius dah down dah time tu. Masa makin suntuk pulak daaa hari jumaat daaaa. Sampai prestasi kerja hari tersebut merudum kerana dok call sana sini. Pikir2 balik sebab tarikh aniversary kami 080808 tu tarikh ramai org kawin makin kot... ngadu ngan en. suami die kata cer tel LEXIS HIBISCUS. google le ape lagi.kakak igtkan kan GRAND LEXIS.. sbb lebih kurang sama jer. rupanya bukan, tempat yang berlainan rupa2nyer.  *__* 

Maka, sepantas kilat jejari gebu melayari web rasmi http://www.lexishibiscuspd.com/ tuk decide bilik mana yang nak booking. So decide py decide pilih blk sky pool villa. 

bangunan belakang tu la main place/lobby/ coffee house/ gym.  tingkat atas2 tulah sky pool villa +__+

gambaran dalam bilik (with 2 king bed)

 wadrobe besar2 buat ape tah. setakat apa keperluan yang kta perlukan sepanjang stay semua ada dalam bilik tu.

sinki je disnap..tak sempat nak snap gambawww jakuzi dan blk air sebab sampai2 jer dah dinodai dengan budak2 tu. 

Kami decide untuk stay sky pool villa atas beberapa sebab antaranya: 

1. Nak Nampak View Keseluruhan 
 Kalau dah suami suka tangkap gambar, maka perkara penting baginya adalah untuk dapatkan gambar yang menarik terutamanya view siang dan malam keseluruhan lexis hibiscus tu,  Sky Pool Villa ni semua menghadap ke laut.  Jadi dari atas kami boleh nampak semua termasuklah orang2 yang mandi kat swimming pool kat bawah tu.  Kalau stay atas laut, mereka tak boleh access ke atas. tapi kita boleh ke bawah dengan bahagianya lalu lalang bilik diorang..hehehe..

view siang

view malam

2. Lebih Privacy
Lebih senyap. kata honeymoon..kekeke..lagi 1 bila bilik ni kat atas, tak perlu la kita nak pakai proper yakni menutup aurat . sbb tak kan nampak pun kalau berenang dlm pool tu. dah tinggi kan. bilik ke bilik pun die ttp dinding terus.kalau bilik atas laut dinding transparent  panel glass dan berhadapan bilik ke bilik..o else kena request bilik yang hujung2 tu ha..takkan berhadapan dengan blk lain. tp kalau gigih atau tak kisah nak tutup aurat tak pe jer.. wink3.  Jadi kakak  senang sikit. tak payah la nak pakai tudung dan lengan panjang kalau berenang. 

3. Dekat ngan 'main area'
sky pool villa ni atas lobby & coffee house. Dekat ngan parking, hibiscus walk, gym, open pool, playground. so jimat masa nak ke mana-mana. tak perlu nak tunggu2 buggy..hehe.. lagi-lagi ada anak2 ni, ada aje la yang tertinggal barang dalam kereta..bila pagi2 tengok org  g breakfast beramai2 berjalan ke coffee house..kami just turun lift jer..weeeee..

Buggy Service Route : 7 am to 12 am daily
 (every 10-20 minit subject to request and traffic flow)

4. Bilik lebih besar 
Sky Pool Villa ni bilik lebih besar daripada yang atas laut iaitu 96sqm. Anak-anakku kemain heaven berlarian dalam tu mcm kat playground..

Executive Pool Villa : 71sqm (bahagian daun) , Premium Pool Villa(kelopak2 bunga) : 81sqm, Panorama Pool Villa 86sqm (putik) - boleh tgk master layout kat website.

Layout bilik sky pool villa


5. Redup
Kalau dah dalam bangunan harusla redup mcm gambar kat bawah..anytime boleh berendam atau minum2 kopi kat balkony sambil menikmati view yang indah dan dibuai angin sepoi2 bahasa.

Ni gambaran bilik atas laut lebih kurang mcm gambar kat bawah ni. sesuai untuk yang nak sunburnkan kulit sebab panas. tengok gambar atas tu pun boleh. blh nampak air pool dipancar matahari. mcm kami ada anak2 yang sedang membesar, tak nak mereka main panas2 sambil berendam. risau demam.
Sumber gambar : Website Official Lexis Hibiscus 
Sumber gambar : Website Official Lexis Hibiscus 

okey tu je review pasal bilik yang kami stay . Pandangan dan keinginan berbeza2, so ikutla kata hati masing-masing.. ;-P
==============

Secara overalnye seronok dan happening la stay kat situ. macam-macam aktiviti kekeluargaan boleh dibuat. sesuai tuk relaxing dan merehatkan minda. Antaranya berbasikal, hover, ada playground, main bubble, gym. jom layan gambar yang we all snap. cakap byk tak guna.. :-P

terserlah kehappian 2 beranak ni.si mak happy selfie.
ohh ye, kedalaman semua in house swimming pool 1.2Meter. perlukan pengawasan orang dewasa ye

Adik, hayun kaki camni!!bukan menggelupur jer lebih (si abg memberi tutorial swimming kepada si adik yang penakot air)

kalau die ni sorang2 pun jadik.


dah kecut2 swimming..ketiga2 abdul ni bersauna..dok senyap2 derang bertapa rupanya

bosan2 dok kat sky pool villa ni boleh naik turun ke mana2.. round2 hotel. tak kira masa kau nak posing..haaaa hambekk.. bergambor sampai kepam.

budak pantang nampak kamera..kuat posing.tah ikut sapa





 kat bawah ada disediakan sewa basikal tuk korang pusing2 hotel.dengan  caj RM20 untuk 1/2 jam. 




kami gigih bercycling 1 lexis hibiscus tuk dapatkan route ni. kemain 4.9km, 83 kalories jer yg burn..phewwww!!! kemain byk makan tanpa memikirkan brp byk kalori masa raya lepas. byk tu je yg burn. #pengsan. 

dah bosan dalam bilik, mereka ni ajak main kat playground. ikutkan jerlah..kata hari2 tanpa gadjet. biarkan mereka gembira di dunia mereka

tah anak sapa yang jakun tgk air kaler2 camni..berhuhu jelah

malam-malam pun happening kat sana. g la jalan2 tepi pantai menikmati lampu2 neon berwarna warni. layannnn wooo. kat situ ada arena makan dan pantai private di hibiscus walk. 


ha ni lah private pantai dan arena makan2..kekalau lah uols taknak makan kat coffee house. kat sini pun boleh makan..lagi layan sbb boleh tgk anak main pasir pantai.

korek2 pasir mcm la nak cari harta karun


 
ni posing wajib. family ajisen tak sah lah kalau tak pos lompat2 si katak lompat.
setiap kali lompat, si kecik akan jerit "OH YEAHHH"

babai lexis hibiscus with love..thank u for ur excellent hospitality.. moga jumpa lagi..eh!!! 
moga en. suami bekerja kuat lagi tuk kami merasa datang lagi..try bilik atas laut pulak acaner..kat leaf pun jadila..nak lagi best dok tgh2 'panorama' tu takde berhadapan ngan org lain , x pun kt suite (putik) tu. kekeke.. :-P

***photo booth sekali***


         i wish perkahwinan kami sentiasa diberi kebahagian dunia dan akhirat.
mg kami kekal bersabar mengharungi semua ujian tidak kira susah mahupun senang. amin. 



bai semua...salam 

Friday, 25 December 2015

Picnic: Tanjung Biru, Port Dickson

Hai..buat ape cuti???

Asal cuti je tapak kaki semedangnye gatal nak berjalan. kalini kami cuba nak ajar macamana zaman kami masa kecik2 dulu..makbapak kami tak ajar ke taman tema, tidur hotel, jalan jauh-jauh. apatah lagi naik flight...kalau dapat keluar pun ikut rombongan sekolah. tu pun jenuh menabung dari sehari ke sehari... . dapat picnic bawah pokok sambil main air pun dah cukup bersyukur.. 

so kalini, KITA PIKNIK...YEAYYY!

Pagi2 lepas sembahyang subuh kami bertolak dr klang trs ke tanjung biru, port dickson..
tak sampai 2 jam, dah sampai..

Lokasi tanjung biru ni lebih kurang 5km dr teluk kemang..direction paling senang nak masuk ikut ilham resort (dah mcm nama anak2aku je ilham). tanjung biru ni takla sehappening teluk kemang. air pun cetek..tapi sesuai lah dengan kami yang ada anak-anak kecik ni. bukan target kami untuk kami yang berseronok.. bebudak dapat main air adalah segala-galanya dalam dunia mereka. 



masa kami sampai, dalam pukul 8 pagi tu ...ada lagi parking yang berhampiran dengan kawasan kedai-kedai tu. so senang la kami nak drop semua barang-barang piknik.boleh tahan gak la ulang alik..hehe. budak2 2 org ni pun kami kerah tenaga bawak barang masing-masing. port nak pasang khemah pun byk lagi. so kami pacak lah tempat yang tinggi sikit..air baru nak pasang, angin pun kuat..kemain susah nak pasang khemah..hahah..barang pun terbang sana sini..

  masa ni air baru nak pasang.. nak mandi pun kena g ke tengah nun... 
so awal2 ni harusla snap gambor dulu sebelum semua nya bertukar kaler ..tinted! 
(si kecik dah mcm gaya mummy return jerk):-P


kasik can main pasir..no kinetic sand kt sini..oriiii dik!! 
mmg dah plan nak bawak lori pasir dia ni ke sini..isi tuang isi tuang.. sorong..ulang (20x kali)



mmg tak kuasa die nak melayan gambar2 ni...seperti di dunia nya sendiri..
buat gunung pasir..pastu sorong dengan dari 1 gunung ke 1 gunung.. 
mmg menguji kekuatan fizikal.baru la anak jantan...sikit lagi keluar muscle..sado ye dik! 

air dah pasang dalam pukul 10 lbh camtu..maka lori pasir ini tidak lagi diperlukan.. huhu.. 
layan air sampai lebam lah jawabnyer..

lepas pukul 11 ke atas camtu, orang makin ramai.. keliling2 kami pun ramai org berkhemah, siap pacak buaian. sana sini pakai t shirt sama tuk family day dan bau2an enak di merata2.

yang diorang ni tak reti2 nak naik. 
papa ni, angkat abg je..angkat la adik pulak...getus ku dari kejauhan



oh nampaknya papa diorang tak pernah lebih kan kasih sayang..kalau angkat sorang, sorang lagi pun wajib.. 
tu baru 2 anak ..susah kan nak berlaku adil??? 
so jangan berangan nak berbini 2 ye..

main air sampai puas, kecut, tinted.. balik rumah, jangan ada yg main dlm bilik air lagi yer. rotan yang bakal menanti.
(si abg, mmg tak naik2 la..dah mcm memerang dalam air)

kat sini, mcm privacy sikit..so nak main bola pun mcm luas jer..





Ni antara tips untuk datang ke sini : 

1. Datang awal : sbb parking agak terhad.kalau tak, mmg jauh la nak menapak 

2. Sila bawa makanan sesiap : tak byk kedai yang jual makanan. 

3. Bawa air sendiri : kami guna botol mineral 5 liter dalam 3 botol. 
untuk bilas budak2 bila habis mandi pantai tu.


Kemudahan yang ada : 

Tandas (bersih la juga..rate average)
Surau 
Sewa pelampung
Sewa tempat BBQ
Tapak Khemah Yang Agak Luas
Sewa Khemah 
Kedai-kedai biasa 
Ada juga banana bot 


Checklist Persiapan untuk Piknik

Khemah
Tikar
Alat Mainan Pasir/ Bola
Air Mineral Secukupnya
Arang
Pemanggang Ajaib (so, tak perlu sewa)
Gas (api)
pinggan/ sudu/ cawan
Baju berenang 
Baju untuk Salin
SUNBLOCK
plastik sampah (isi sampah dan baju basah)



>>>>tempat piknik yang selesa...mak suka...anak apatah lagi..
namanya blue lagoon/ tanjung biru, maka nampak biru2 je kan.. 

 bye...ada masa kami datang lagi..