Assalamualaikum wbt.
Dek kerana ramai yang bertanya pasal sekolah rendah agama integrasi ni melalui pm/whatsapp. Kawan-kawan dok tanya pandangan dan nak tahu pasal sekolah agama integrasi ni..rasa nyer macam terpanggil untuk buat 1 entry pasal SRAI ni. elok rasanya saya jawab di sini la yer, supaya ramai lagi yang blh dapat jawapan nya..saya boleh jawab secara general jela. maafla kalau tidak sempurna atau ada kekurangan. Maklumlah anak saya pun baru tahun ni masuk sekolah tu.
SRAI ni sekolah di bawah Jabatan Agama Islam Selangor. Bukan macam sekolah harian bantuan kerajaan. Bermaksud, Akaun sekolah hanya 1 iaitu akaun sekolah SUWA (sumbangan wang awam). Peruntukan daripada JAIS sendiri dan sumbangan-sumbangan orang awam. Dengan erti kata lain, ibu bapa bersedia untuk berkorban membayar yuran-yuran untuk program-program sekolah. Kalau ikut kata guru besar masa taklimat peperiksaan tahun lepas, SRAI adalah sekolah swasta. cuma yuran SRAI masih berpatutan kalau dibandingkan sekolah swasta yang lain. Terdapat 17 buah sekolah SRAI yang didaftarkan di Selangor.
2. Yuran SRAI mahal tak?
hmmm.. jawapannya terpulang pada anda. memanglah kalau dibandingkan dengan sekolah bantuan kerajan sangatla berbeza. mungkin yuran sekolah harian biasa adalah RM50-RM200, Tetapi sekolah SRAI yuran plus minus RM1K untuk setahun. Yuran ini termasuk bayaran tambahan persekolahan, buku-buku latihan/ buku kerja, yuran PIBG, majalah sekolah, makan tengahari dan sewa loker. Oh ya, setiap murid diberi 1 loker untuk penyimpanan buku-buku teks dan buku kerja. Jadi, anak-anak tidaklah terbeban dengan berat buku-buku teks.
3. Waktu pembelajaran sama ke ngan sekolah biasa?
Waktu persekolahannya daripada 7.20 pagi- 3.30 petang.
Tetapi selepas waktu 3.30 ptg tu, sekolah ada menyediakan kelas2 tambahan lain sehingga 5.30 petang. terpulang pada ibu bapa nak hantar ke tak dan semestinya ada bayaran. Bayaran ini tidak termasuk dengan yuran yang kita bayar masa mula-mula daftar dulu.
Antara kelas tambahan ialah kelas iqra, kelas hafazan, kelas akademik pun ada. Ada ibu bapa ambik kelas tambahan ni untuk anak supaya sama dengan waktu bekerja mereka. Kalau tanya saya, saya belum ambil kelas tambahan buat masa ni. Saya transitkan anak di Little Caliph tempat anak belajar sebelum ni (termasuk transport untuk ke LC) dan kami minta cikgu di sana untuk ajar mengaji dan selangseli ngan hafazan sementara tunggu kami balik kerja.
Ini bermakna anak-anak SRAI tidak sama dengan anak-anak yang bersekolah harian biasa dan sekolah kafa yang memerlukan mereka ke sekolah 2 kali pagi dan petang. Sebab tu la mereka akan sembahyang zohor die sekolah.
4. Balik pukul 3.30, habistu pelajar makan macamana? takkan waktu pagi je makan?
Typical soalan mak-mak. Sangat risau bab makan anak. Di SRAI, ada 2x waktu rehat. yang pertama waktu rehat macam biasa di sekolah harian. Biasanya akan didulukan yang keciklah..darjah 1 dan 2. Barulah waktu rehat untuk yang dah besar-besar ni. Pahamlah budak kan. Baru-baru nak belajar membeli. Silap haribulan duit pun tak kenal lagi.
Waktu kedua ialah pukul 12.30 tengahari. Ok, waktu makan tengahari ini telah disediakan untuk setiap pelajar dan telah dibungkuskan sesiap. Memang tiada acara berebut-berebut. Murid darjah 1 dan 2 makan di kantin. yang selebihnya petender makanan tersebut akan hantar ke setiap kelas anak-anak.
Curi-curi snap masa orientasi. Dia sendiri tak tahu mama & papa dok perhati die. Die bajet kami dah balik masa hantar kat kelas tu. Begini lah rupa makan tengahari yang disedikan untuk mereka. InshaAllah berkhasiat.
5. Format kurikulum SRAI sama tak dengan sekolah harian biasa?
Ibu2 sekelian, mestilah sama dengan kurikulum sekolah harian biasa iaitu KSSR. cuma bezanya SRAI ada 1 lagi format iaitu KSRA. Waktu pagi akan belajar format KSSR dan KSRA pada sebelah petang. Di bawah adalah matapelajaran di SRAI.
selain matapelajaran di atas, diselitkan 1 masa untuk solat dhuha dan 1 masa untuk solat zuhur dalam jadual mereka.
6. Macamana kemasukan anak kat SRAI?
Jawapannya kena ambik peperiksaan terlebih dulu. Sebelum daftar exam, ibu-ibu kenalah prihatin dengan pembukaan pengambilan peperiksaan tu. Rasanya pembukaan ni 1-30 April setiap tahun dan peperiksaan dalam bulan Jun. Borang akan dikeluarkan di sekolah yang kita nak mohon tu. Diingatkan!! di pejabat sekolah tersebut bukan di JAIS ye. Peperiksaan ni akan dijalankan serentak di semua sekolah SRAI. contohnya Shah Alam ada 2 SRAI di Seksyen 7 dan Seksyen 19. So tak perlu tamak nak isi 2-2 borang.hihi
Nanti pejabat akan keluarkan surat dan beri tarikh peperiksaan tapisan tu.
Perkara paling penting ialah semak nama dan no my kid/surat beranak anak. Pastikan betul.Pernah terjadi, kawan kembar tapi tertukar no my kid/surat beranak. memang la boleh ambik exam. tetapi keputusannya 2-2 gagal. sedangkan anak kawan tu pelajar terbaik kat little caliph anak tu. modul pre tahfiz pulak tu. bila minta semak kembali di JAIS, mereka tak dapat nak cari semula.
7. Perlu ke mohon kemasukan darjah 1 sekolah harian biasa bila dah mohon untuk masuk SRAI?
Ya. wajib mohon online pendaftaran darjah 1. sila lakukan prosedur yang ditetapkan oleh sekolah harian kerajaan biasa. Biasanya pendaftaran sekolah harian kerajaan ni sekitar MAC. Isi online dan buat pengesahan kat sekolah tersebut terlebih dahulu. Sebab kita pun tak tahu anak kita ni berjaya/ tak dapat masuk SRAI. incase tak lulus, jenuhla nak cari sekolah yang kosong sebab kat Selangor ni pendaftaran sekolah dibuat 2 tahun awal.
Lagipun sekolah SRAI ni cuba ambil pelajar seramai 216 orang jer untuk darjah 1 di SRAI Seksyen 19. Masa taklimat peperiksaan haritu, guru besar bagitahu yang menduduki peperiksaan tu 6++ orang. ni di SRAI Seksyen 19 lah. Kalau kat tempat lain tak sure pulak. Guru besar tu kata ckp lagi, saya pun tak tahu kenapalah ibu bapa kat Shah Alam nak sangat hantar anak ke SRAI. sedangkan sekolah ni sekolah swasta..hihihi. Pastu dia cakap lagi, kalau kat Sabak Bernam dijamin 100% dapat masuk asalkan berjaya menduduki peperiksaan.
bila dah lulus peperiksaan SRAI, boleh batalkan pendaftaran darjah 1 di sekolah kerajaan yang anda mohon tu.
boleh semak keputusan peperiksaan SRAI di : http://semaksrai.jais.gov.my/index.php
Keputusan juga akan dipamerkan di papan kenyataan sekolah yang dipohon. Kita cuma boleh semak samada berjaya / tidak. Tidak akan dipamerkan berapa markah sebenar yang diperolehi.
8. Peperiksaan tapisan kemasukan SRAI tu macamana? Takkan takde tips +__+
sila klik di sini saya dah kongsikan pengalaman anak sendiri peperiksaan tapisan kemasukan SRAI.
Ujian Kemasukan Darjah 1 SRAI
9. Hala tuju sekolah SRAI?
soalan ni paling mencabar pernah ditanya. pandangan orang lain-lain. kalau saya, memang berazam nak sekolah kan anak dengan aliran agama. memandangkan macam-macam la benda negatif kat luar sana. sekurang-kurangnya sebagai ibu bapa kami dah cuba untuk beri didikan agama sebagai bekalan di masa depan. Masa taklimat tu, ada beritahu yang SRAI menguruskan untuk kemasukan ke SMA Hisamuddin Sungai Bertik, SAMTAJ, SAMBES malah anak-anak boleh masuk ke Maahad Tahfiz Alam Impian.
Tetapi, saya pernah diberitahu sekolah SRAI ni susah nak dapat sekolah berasrama penuh kerajaan atau MRSM. tak pela, saya lebih prefer anak berada di aliran agama. Semoga bijak di dunia dan akhirat. boleh mendoakan kami di dunia dan apabila kami sudah pejam mata nanti. InshaAllah.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

Kat bawah ni di antara soalan2 yang selalu di tanya:
1. Sekolah Rendah Integrasi (SRAI) ni macamana?

No comments:
Post a Comment