+ADS+

Showing posts with label TIPS. Show all posts
Showing posts with label TIPS. Show all posts

Tuesday, 15 March 2016

Tips : Cara Mudah Hilangkan Kesan Degil Periuk/ Kuali

okeh, kalini tips hilangkan kesan degil periuk/ kuali kat rumah anda..hahaha.. tajuk kenkonon rajin sangat masak sampai hitam periuk kuali tu kan. Tapi kalau dah hitam-hitam mana best nak masak..rasa nak beli baru je kan..sekarang ni zaman berjimat cermat. mana yang boleh jimat, kita jimatkan ye..jgn membazir. lagipun kos dia alahaiiii murah sesangat. 

kami kat rumah, guna sabun cap buruh macam gambar kat bawah ni.
berapa harga die?? RM4.50 jer ada 10 ketul..jatuh 45 kupang je seketoiii woii..tak ke jimat.
kat mana beli?? ni pun saya cari kat Jalan Tengku Kelana, Klang..
Sebab apa cari kat sana? sbb, periuk2 kuali kat sana semua kilat2.boleh jadi cermin muke hoiii.tahu petua ni pun dari kedai-kedai india yang jual periuk kuali tu lah.. den ni pun tanya.macamana nak bagi kilat balik bila dah hitam2. dia kata pakai sabun ni la..ok fine..meh kita try!!! ujikaji di buat dengan bantuan incik gagah perkasa suami(kena puji kalau nak mintak tolong..haha)

 close up sikitt sabun cap buruh ni.. bkn kedai india je ada.. kedai-kedai biasa pun mungkin ada. zaman-zaman dulu senang je jumpa sabun ni. setakat ni kami  ada nampak ada dijual di mydin.


sental dengan span kasar tuk periuk/kuali. ni bahagian dalam kuali. 
gosok2 la sabun tu ngan penyental kuali tu.
yg kuning2 tu sebelum kena sental..yg ni baru siap separuh. nampak x die py perbezaan?? habis kuar die hitam2/ karat2 memasak tu uols..

dah selesai sental bahagian dalam kuali, kita cuba belakang kuali pulak.
jangan la kecam kuali rumah saya.. mmg la berkarat2 begitu ..orang rajin masak kan. (cover) +__+

perbezaan sebelum dan selepas.. 
yang kuning2 tu sebelum kena sental
yang kilat tu dah sental dengan sabun tu lah..berkilat bukan???

 rileks ahhh..kata nak kuruskan badan. so, habiskanlah misi menyental periuk/kuali tu ye hencik suami. i support u dari belakang. agagaga


muka terpaksa ke muka gembira tu.. :-P
ala dulu pas kenduri kawin kita, elok je abg boleh sental periuk kuali besor2.
takkan kuali beso tu tak boleh sental. jangan buat alasan bang...
kang isterimu kuarkan gambar sental periuk masa kawin kang...





habes semua kuali dia sental yang ada kat dapur tu..exsaited punya pasal..berpeluh2 jantan ko..plus x luak pun 10 ketul sabun buku tu.. cuma guna sebijik je..

JIMAT + MURAH + EXERCISE 
KUALI PERIUK PUN KILAT..yeaaaa!!!

ok bai...selamat menyental...


nota kaki : 
sabun ini juga digunakan untuk menyental daki di baju sekolah anak.. 
terutamanya bahagian kolar, lengan ngan kaki baju melayu.

tapi kalau sejenis yang jaga kuku tu..tips ini tidak berkesan sama sekali. :-P


Friday, 25 December 2015

Picnic: Tanjung Biru, Port Dickson

Hai..buat ape cuti???

Asal cuti je tapak kaki semedangnye gatal nak berjalan. kalini kami cuba nak ajar macamana zaman kami masa kecik2 dulu..makbapak kami tak ajar ke taman tema, tidur hotel, jalan jauh-jauh. apatah lagi naik flight...kalau dapat keluar pun ikut rombongan sekolah. tu pun jenuh menabung dari sehari ke sehari... . dapat picnic bawah pokok sambil main air pun dah cukup bersyukur.. 

so kalini, KITA PIKNIK...YEAYYY!

Pagi2 lepas sembahyang subuh kami bertolak dr klang trs ke tanjung biru, port dickson..
tak sampai 2 jam, dah sampai..

Lokasi tanjung biru ni lebih kurang 5km dr teluk kemang..direction paling senang nak masuk ikut ilham resort (dah mcm nama anak2aku je ilham). tanjung biru ni takla sehappening teluk kemang. air pun cetek..tapi sesuai lah dengan kami yang ada anak-anak kecik ni. bukan target kami untuk kami yang berseronok.. bebudak dapat main air adalah segala-galanya dalam dunia mereka. 



masa kami sampai, dalam pukul 8 pagi tu ...ada lagi parking yang berhampiran dengan kawasan kedai-kedai tu. so senang la kami nak drop semua barang-barang piknik.boleh tahan gak la ulang alik..hehe. budak2 2 org ni pun kami kerah tenaga bawak barang masing-masing. port nak pasang khemah pun byk lagi. so kami pacak lah tempat yang tinggi sikit..air baru nak pasang, angin pun kuat..kemain susah nak pasang khemah..hahah..barang pun terbang sana sini..

  masa ni air baru nak pasang.. nak mandi pun kena g ke tengah nun... 
so awal2 ni harusla snap gambor dulu sebelum semua nya bertukar kaler ..tinted! 
(si kecik dah mcm gaya mummy return jerk):-P


kasik can main pasir..no kinetic sand kt sini..oriiii dik!! 
mmg dah plan nak bawak lori pasir dia ni ke sini..isi tuang isi tuang.. sorong..ulang (20x kali)



mmg tak kuasa die nak melayan gambar2 ni...seperti di dunia nya sendiri..
buat gunung pasir..pastu sorong dengan dari 1 gunung ke 1 gunung.. 
mmg menguji kekuatan fizikal.baru la anak jantan...sikit lagi keluar muscle..sado ye dik! 

air dah pasang dalam pukul 10 lbh camtu..maka lori pasir ini tidak lagi diperlukan.. huhu.. 
layan air sampai lebam lah jawabnyer..

lepas pukul 11 ke atas camtu, orang makin ramai.. keliling2 kami pun ramai org berkhemah, siap pacak buaian. sana sini pakai t shirt sama tuk family day dan bau2an enak di merata2.

yang diorang ni tak reti2 nak naik. 
papa ni, angkat abg je..angkat la adik pulak...getus ku dari kejauhan



oh nampaknya papa diorang tak pernah lebih kan kasih sayang..kalau angkat sorang, sorang lagi pun wajib.. 
tu baru 2 anak ..susah kan nak berlaku adil??? 
so jangan berangan nak berbini 2 ye..

main air sampai puas, kecut, tinted.. balik rumah, jangan ada yg main dlm bilik air lagi yer. rotan yang bakal menanti.
(si abg, mmg tak naik2 la..dah mcm memerang dalam air)

kat sini, mcm privacy sikit..so nak main bola pun mcm luas jer..





Ni antara tips untuk datang ke sini : 

1. Datang awal : sbb parking agak terhad.kalau tak, mmg jauh la nak menapak 

2. Sila bawa makanan sesiap : tak byk kedai yang jual makanan. 

3. Bawa air sendiri : kami guna botol mineral 5 liter dalam 3 botol. 
untuk bilas budak2 bila habis mandi pantai tu.


Kemudahan yang ada : 

Tandas (bersih la juga..rate average)
Surau 
Sewa pelampung
Sewa tempat BBQ
Tapak Khemah Yang Agak Luas
Sewa Khemah 
Kedai-kedai biasa 
Ada juga banana bot 


Checklist Persiapan untuk Piknik

Khemah
Tikar
Alat Mainan Pasir/ Bola
Air Mineral Secukupnya
Arang
Pemanggang Ajaib (so, tak perlu sewa)
Gas (api)
pinggan/ sudu/ cawan
Baju berenang 
Baju untuk Salin
SUNBLOCK
plastik sampah (isi sampah dan baju basah)



>>>>tempat piknik yang selesa...mak suka...anak apatah lagi..
namanya blue lagoon/ tanjung biru, maka nampak biru2 je kan.. 

 bye...ada masa kami datang lagi..




Monday, 9 November 2015

TIPS : ELAK DARI MENGANTUK DI TEMPAT KERJA


Cara Elak Mengantuk Di Tempat Kerja




>>>> nak kongsi cara saya untuk elak/ saya buat kalau mengantuk

1. Kena make sure tidur cukup (semua org tahu kot) - SO, Bangun dengan segar!
Sy disiplinkan diri kami sekeluarga, tuk tutup lampu hall paling lewat pukul 10.30 malam. mcm kami, sama2 cari duit...so semua kerja buat secara gotong royong.
pastikan balik2 kerja terus buat kerja.bukan layan social media dlu..(atau degil nak layan gak..kuarkan bahan yang nak masak..kalau masak lah..teettt.pusing sesiap kain kotor, masak nasik dulu) sementara tu bolehla ko balas mesej2 tu dlm 15 minit sambil2 tu monitor anak susu ke. Time maghrib sama-sama solat. so takde la tunggu giliran solat kan. konsepnyer solat + dinner berjemaah. ok done part tu sampai isyak. then, terus boleh bt kerja lain..kat sini, molot tak pyh jalan byk sangat..tangan je kerja byk jalan k. klu dah selesai, bru sama2 dok bsembang..feel gitu.takde la terjerit2 mcm kat pasar..

2. Wajib sarapan 
Pagi2, org akan nampak sy la org paling byk makan mcm bela jin..nnti mesti ada org tegur py..makaihh byknyer beli makanan..saya jawab, mestila kerja berat kan..Nak kerja dengan produktif mestila kena cari tenaga dulu..seharian kot kita kat tempat kerja.takde la lemau jerrr dek menahan laporrr...pastu org ckp ngan kita pun, jasad je ada..tp otak dah sampai afghanistan. 

3. Buat Senaman Sikit
Angkat2 kaki, lurus2 tangan..mcm sy, biasanyer akan kemaskan workplace..kasik 5S sikit. barulah otak pun lapang je.. 2 in 1 gitu. ha kau!! workplace tantek, ngantok pun pergi.kan berpekdah

4. kunyah snack/ gula-gula 
Ha yg ni semua org buat kot..kemain bersusun dlm laci makanan ringan/ gula-gula. Lagi2 yang masam..ha, terjegil biji mata ko nyahh...ngantok lagi tak tahu lah. Tapi jangan la amalkan selalu part ni. lagi2 gula2 yg manis. kalau hari2, x sempat pencen ko dah dpt KAD OKU dulu sebelum KAD PENCEN.

5. Minum Kopi
Tak semua org suke minum kopi .. tapi...kalau sy memang hantu kopi..so dalam sehari mmg nak kena ambik kopi at least segelas..biasanye sy akan mnm kopi bila dah makan tghr.. org kata, dah kenyang mata pun automatik kuyu.. sebelum kuyu bancuh kopi lu..1 opis bau kopi..segorrrrrrrr semua yg bau sekaki.. hahahahaha

6. Sembang Dengan Rakan Sekerja 
Biasanye kalau dah botol-botol ngantuk baru sembang ngan rakan sekerja kat tmpt kerja ni. Tp klu dpt sembang tu, cb la jgn selitkan hal2 rmhtgga ke, hal gado suami isteri ke..x vaikkkk!! Dose! 1 lg jgnla sembang hari2 psl pencen.mmg x semangat ko keje nanti..
X semestinye rakan sekerja tu yg dpn mata.kawan2 seangkatan tmpt lain pn blh gak sembang.tp biar bpada ye. Takot bkn 10 mnt ko sembang. Sampai balik..x baik ngular..kta mncari kap ba ro kap alif ta nun.ape dia..keberkatan.

7. Motivasi diri sendiri 
Back to basic, igt tujuan kta bekerja..kerja itu ibadah.. Maka cb tunaikan ibadah dengan sebaik2nya. Selain tu...Mcm sy, ha kau tampal gambar keluarga kt situ.. Cb motivasi diri bahasawanye cr rezeki untuk mereka..


So take a breath  ... 
Enjoy your work!!!!! 
InshaAllah hilang rasa mengantok 



P/s: ini pengalaman sendiri

***arfahani yang menulis*** 

Terima kasih sudi baca..bye..jumpe next entry