Secara jujur dan terus terangnya, saya sendiri tidak tahu konsep dan format peperikasaan tapisan tu macamana. Kertas soalan akan meliputi soalan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Jawi, Bahasa Arab dan
Hafazan. Masa anak nak peperiksaan haritu, saya memang bergantung
sepenuhnya dengan apa yang die belajar di sekolah tadika. Peperiksaan akan dijalankan seawal 8.00 pagi dan akan habis lebih kurang pukul 11.30 pagi.
kegigihan seorang adik menantikan si abg ambil peperiksaan .. hehe
Saya cuba bagitahu la pengalaman sendiri. tapi tak pasti lah its consider tips ke tak. harap ianya mampu membantu ibu bapa yang tengah cari
tips nak ambil peperiksaan SRAI.
Pertama - ibu bapa wajib alert tarikh peperiksaan tapisan tu
ye. Pihak sekolah tidak sama sekali mengingatkan ye. Kalau terlepas memang
tiada ertinya sebuah penyesalan.
Sila bawa juga alat tulis secukupnya terutamanya pensel, pemadam
dan pembaris. Pensel tu bawak lebih pun takpe. kalau tumpul, jgn bagi anak2
buang masa tuk sharp. soalan dia bukan sikit tau.hihi. Bawa juga pensel warna. (pensel warna pun beli malam
sebelum peperiksaan..hadoi, makbapak dengan anak 2x5 buat selamba). Format
soalan nya ada bentuk yang memerlukan berwarna. ini contoh la. mungkin
soalan die macam ni:
Sila warnakan benda hidup
dengan warna hijau dan benda bukan hidup dengan warna merah.
Kedua- Kalau boleh pastikan anak anda boleh membaca dan cuba latih
mereka faham soalan-soalan. kenapa saya cakap camtu?? ok, masa anak-anak sedang
menduduki peperiksaan haritu, ibubapa diberi taklimat ringkas mengenai
peperiksaan. Guru besar beritahu yang anak-anak kita akan jawab sepenuhnya
melalui pemikiran anak sendiri. Guru-guru tidak sama sekali membantu mereka
walaupun tanya soalan. Mestilah kena tegas, telus dan adil untuk semua orang. Dah namapun
peperiksaan tapisan sekolah agama.
Ketiga - Ada soalan hafazan/ lisan. ibu bapa cubalah ajar anak
tuk hafal surah-surah dan doa-doa ringkas/ lazim.Yang penting anak-anak kena
berani menjawab bila ditanya oleh cikgu. pengalaman masa tunggu haritu, ada
pengumuman "kepada ibubapa bernama si a bin si b sila ambil anak anda di
kelas c? " . Lepas tu kami tengok parent tu bawak anak dia yang
menangis..huhu. hati mak ngan bapak nih dup dap dup dap tak tau nak kata lah.
Balik dari peperiksaan tu, saya tanya anak hafazan kena surah apa.
dia jawab ayat kursi..ok, lega. sebab anak mmg kami ajar baca ayat kursi
sebelum tidur dan keluar rumah.
Ni last ni tips tuk anak saya sendiri lah..terpulanglah nak ikut ke tak.anak sendiri mesti kenal kan. macam anak saya, saya sangat faham dia seorang yang susah untuk hadap & membaca buku dan study sungguh2. Dapat ulangkaji sikit2 pun dah beruntung sangat..hihi.kalau ditanya pun apa die belajar di sekolah, ssh nak korek.jadi terpaksalah mak menggunakan kuasa bebelan dan pesan pada anak saya masa dalam perjalanan tu.
++++tolong jawab semua soalan dan jangan sama sekali tinggal. walaupun tak tahu buat jangan biarkan kosong. Jawab jer, senang cakap hentam je la nakkk.. Lepas tu buat yang rasa senang dulu, yang rasa2 susah tu hentam cepat2 pastu beralih ke soalan yang lain.hihi. Jangan buang masa tergaru-garu untuk fikir 1 soalan je.
last sekali, saya provok anak saya.. jawab soalan elok-elok. kalau tak buat elok2 nanti tak dapat sekolah SRAI yang kemas bersih ni. kena sekolah kerajaan yang ramai murid bercampur2 ngan semua bangsa. pastu pulak kena naik turun bas ke sekolah yang takde aircond, berpanas-panas berbau.bawak pulak beg berat2..hahah..semua citer yang buat die pikir sendiri... nasib la nakkkkk..mak die membebel2, si anak terbebil2.. ;-P
Masa beratur ikut kelas nak ke peperiksaan tu, saya sempat cium dan suruh dia baca doa terang hati dengan harapan anak boleh jawab dan faham mak bapak menaruh harapan yang tinggi untuk masukkan dia ke sekolah agama.
muka ada sinyum selesai peperiksaan. Orang lain masuk peperiksaan gigih bawak beg, anak bujangku selambe die je just bawak pensel case.
selesai peperiksaan, anak-anak akan dikumpulkan di tempat perhimpunan. so parent bolehla ambil anak mereka di situ.
**Gud luck semua anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan SRAI dan ibu-bapa banyak2kan lah berdoa tuk anak-anak kita. Usaha , tawakal dan doa. InshaAllah.
No comments:
Post a Comment