Salam. Disebabkan ramai kawan2 yang tanya pasal rawatan yg ayah pergi dulu, rasanya elok share kat blog terus lah. Ok,actully kami tahu rawatan tradisional kanser Pak Andak ni daripada seorang kawan di kampung yang dah pernah dan masih menjalani perubatan di sana. So, ayah sangat excited untuk cuba berikhtiar ke sana sbb tgk mak kawan tu dah sihat. Kami bawak ke sana 3 hari berturut-turut dari Jumaat hingga hari Ahad.
Ni alamat nya :
NO 5, TAMAN HJ ALI, GRIK, PERAK.
Hp 013-4092378
Cuma kalau google maps / waze mmg susah gak ah nak cari tempat ni..tapi jangan risau..inshaAllah boleh cari. Masuk highway utara selatan, exit kuala kangsar kemudian terus menghala ke gerik..kiri kanan korang akan dihidangkan dengan pemandangan kampung2 ..nyaman je rasa udara.
Dalam 5KM sebelum sampai bandar Grik, ada 1 traffik light dan signboard kampung air panas. Ambik susur kiri dan simpang 3 kat situ.sebelah kanan ada deretan kedai kampung kecik2 la..sila belok ke kiri..terus tu jumpa sekolah dan ada masjid. Terus lagi, sampai jumpa lorong haji ali.
(ini lah gambaran lorong nak ke rumah pak andak)
Korang jgn risau, kalau tanya je org2 gerik apatah lg org2 kg air panas tu dijamin semua tahu..femes gile kot..sampaikan kedai makan/ kedai jual kuih tepi jalan pn boleh jual menu pantang sakit kanser...siap ckp camni, oo kalau berubat bole makan yg ni..x blh mkn yg tu..
cara pak andak buat rawatan senang je, cuma pakai ayam yang boleh dibeli dari mereka sendiri.tak payah nak susah2 bawak sendiri. Selain itu, ada juga beli air bukit yang mereka jual. air tu akan dibacakan oleh pak andak sendiri...sebotol utk 5 liter RM7 atau 1.5 liter RM3. Air x kisah ikut pelanggan nak beli brp botol pun..kalau jauh tu bolehla beli byk sikit.
Ayam buat apa??? Ha, ayam tu la akan scan bahagian mana kanser pesakit..mcm ayah haritu, dia letakkan ayam di bahagian dada ayah wlupn die xbgth pn sakit kt dada sbb ayah kanser paru2. 1st time buat, ayh kata ayam tu ggit puxxxg..huhu..tp 2nd day dan 3rd day dh xde. Ibaratnya macamni lah. Sakit tu akan pindah ke ayam tersebut..
Bayarannya ikut semampu kita..pak andak x tetapkan berapa harga yg kena bayar utk sekali berubat tu.cuma harga ayam tu mereka dah tentukan. So kita akan bayar duit (sumbangan ikhlas kita) + harga ayam yang mereka tetapkan + berapa botol air bukit yang kita ambil. Tu je!!!
Masa rawatan adalah 3 petang ke malam dari rabu ke ahad.
isnin dan selasa mereka tidak beroperasi.. Masa kami ke sana pagi2 lagi igtkn boleh la blk awal..cpt pg cpt balik le kononnya..
Diorng pn guna sistem nombor. Kat dpn pintu rumah pak andak ada letak kertas tuk tulis nombor giliran..so korang dtg awal ke tghr ke sambung je la tulis nama korang kt bawah tu ye..
Rawatan ni bukanlah sorang2...masa memula igtkan sesorang..haihhh, dah terdetik gak..betapa ramai ni nak sorang2, pukul brp nak balik..rupanya, ada 2 bilik.. 1 bilik merawat perempuan..1 bilik lg tuk lelaki..pak andak akan bt rawatan secara berkumpulan..x lama sangat pun..
Tapiiiiiiiii..pas rawatan ayam tu ada lagi benda mencabar yang kena lalui iaitu pantang makan..ni lah pantang2 makanan yang tidak boleh dimakan.. Mohon bertabah lah.
'1 Malaysia' yg datang berubat ngan pak andak ni
Sementara tunggu giliran tu kan, kami ni rajin bertanya dengan org2 yg menunggu tu. Ada yg dah berkali2 pergi kira mcm follow up la. ada yg br 1st time..rata2 feedback yang kami terima semuanya positif. ada yg x perlu bt kimo, ada yg dah bebas kanser, ada yg kata doktor x dpt kesan dah kanser tu.. Ya Allah, macam2 jenis kanser rupanya ek...paling takot dengar kanser darah dan org tu br je kawin.Allahu..moga mereka semua diberi kekuatan tuk melawan sel2 kanser dan dberi kesihatan yang baik semula.
Datang sana mmg muhasabah diri.. Kita perlu bersyukur di beri kesihatan yang baik..gunakanlah kesihatan yg baik itu untuk perkara2 yang baik juga. Wallahualam.
Nota kaki:
maafla takde gambar2 yang dapat dikongsi..seriusly, masa ke sana x teringat lgsg nak tangkap gambar..maafkan sy. *__*
---apa2pun hrp entri ni dapat membantu---
No comments:
Post a Comment