+ADS+

Saturday 9 April 2016

Jalan- Jalan : Taman Burung Kuala Lumpur


Salah 1 tempat menarik untuk anak-anak kita ialah Taman Burung Kuala Lumpur. Tempat di mana mendekatkan diri dan mengenali alam, back to nature gitu berkeluasan 20.9 ekar. Namapun taman  burung terbuka terbesar di dunia..huh! Memang bukan anak je teruja, dijamin makbapak pun teruja sama. Manakan tidak, burung- burung kat situ dilepaskan dan akan melintasi anda berjalan-jalan. 

Ni sedikit info bayaran masuk dan waktu operasi: 



credit to : http://www.klbirdpark.com/

Kat taman burung ni, ada burung yang dalam sangkar. ada yang dilepaskan macam tu je. Tak mustahil ada yang akan mengejar korang masa berjalan tu..lagi-lagi bila nampak korang pegang makanan. baekk punyee die tenang ok .

antara burung yang sempat kami snap : 

 takkan tak kenal..spesis paling garang lagi menyeramkan. burung hantu. 
dulu zaman sekolah, sapa garang je akan dapat gelaran si pulan burung hantu..



hmm, macam tu je diorang letak makanan..hehe..senang je kan. 


ada macam-macam spesis burung korang akan jumpa, dari yang berkaki panjang macam ni, kaki ketot badan besar..yang renek2, leher panjang, leher pendek. huhu..



bebudak kompom ralit punya lah. bersiap sedialah macam-macam soklan yang keluar. standby je jawapan yang munasabah. *__*

korang tengokla puas-puas. mama posing jap..wewewewe. 

ok, burung merak mmg ada byk kat sini..korang akan tengok atas pokok pun die. kat tanah pun dia. siap yang belagak pun ada.asal nak tangkap gambar je die pusing2, x nak kembang lah, die lari la..rasa nak pukul jer. anak yang kecik takut ngan merak ni..huhu.. sbb tetibe die akan kembang kuncup depan dia..amende la ko ni merak takde hala tujuan. 

spesis burung ni paling banyak kat situ. bersepah-sepah.Boleh kata setiap zon ada die ni. kang start la die kembangkan kepak die luas2 macam menayangkan keti++ die yang putih tu. Spesis ni tak reti dok diam.. die standby je makanan kite. agak bahaya.. sebab lebih kurang tinggi anak kita. pastu tengok ah die py paruh tu..huihhh.. baik2 nah. mau patuk tau.

 zon ni zon tengah2. biasanya mmg akan ramai orang kat zon ni. pastu ada 1 kiosk kat sini. 

panas-panas terus bebudak ni aim aiskrim..tak boleh blaaa papa selamba die dok buat2 bagi burung makan..cettt..pastu dah beli die kata, "belanje ek!!..mcm best jer sekerim hijau tu 1- RM3.50 ..haha (sambil gelak)"
gambar ni diala curi2 ambik...

daku pun jawab.. "haah best!! best giler sbb ambik dalam dompet u lah".

krik..krik..krik..

(nak kenakan orang, terkene balik) uwekkkkkkkk.. 
i am finance pipel lah ;-P. wrong person ok! 

 aktiviti kat dalam ni aktiviti bebas. korang boleh bagi burung makan sesuka hati




burung kasuari ni pun korang boleh bagi makan. ambik je daun sawi tu kat situ. laju aje die sambar kat tangan korang nnti. 
**tak pyh la sampai melopong nak oii tengok die sambar. 

kat sini korang akan rasa, burung akan ada jer atas bawah, kiri kanan korang. die takkan lari. jinak2 jer. tengok burung nuri ni. siap bersiul lagi..




start dahhh papa korang tu buat hal. diajak nyer bersembang bukan2. 
yang si aniq sampai ternganga sbb macamana burung boleh bercakap..hahaha..

kan dah cakap, akan ada je burung kat mana2 keliling korang. so cheq dah standby sesiap topi.. kalau die nak melepas pun tak kena kt tudung. kena kat topi jer. dak aniq sekali lagi pelik, apsal merak kembang tadi boleh kat atas pulak. bukan besar ker..

itik juga spesis burung rupenye...hahaha. 

antara landskap lain yang ada.boleh juga bagi ikan2 ni makan. ada jual makanan die kat situ. 

family potrait dulu
anak2 mesti dalam hati kata "hmm, ada aku kesah"

tempat ni menghala ke hornbill zone. kat sini paling tenang.. burung pun tak byk yang dibebaskan kat zone ni. kebanyakannya dalam sangkar. so korang bolehla berehat ke, nak family potrait ke, atau nak makan2 snek tanpa ada gangguan..hihi. tempat ni menghala ke zone 4 amphiteater untuk show burung. 

boleh la redup2kan diri kat sini sambil tengok2 landskap yang ada

Ni la amphiteater untuk pertunjukan show tu. sila pastikan anda tahu waktu pertunjukan burung yang jinak2 tu ye. masa ni kami dah terlepas. tapi sebelum2 ni diorang dah penah tengok pun. cuma masa kalini je tak sempat nak kejar  +__+

info waktu show : 12.30 tengahari & 3.30 petang di zone 4



Okeh, memandangkan tak tengok show..ingatkan diorang ajak balik. hmmm, tak puas lagi rupanya. di hajaknyer pulak ke taman permainan kat situ. betul2 depan amphiteater untuk show tu. pulun main haih sampai tak reti nak balik. hmmm, budak tetap budak. main jugak yang best tuk diorg
(tapi mak n pak dia pn join sekaki.kdg2 best juge jd budak2)

okehla, ni antara yang boleh kami bagi tips & tricks kalau berhajat nak ke sana:


Tip & Tricks : 

1. Jangan sukahati pegang makanan di tangan atau jatuh ke tanah. Mesti ada yang menunggu je..aim je makanan korang tu. Lalai sikit ngapppp.. tapi best juga kalau yang jenis kecik2 dan yang jinak. 

2. Makanan/ Minuman mahal kat dalam tu. Kalau jenis berjimat, elokla makan sesiap dulu.hihi.
Dinasihatkan bawa air mineral secukupnya.

3. Jangan terlalu ghairah nak dekatkan anak kita ngan burung-burung ni.  Ada jenis burung yang berparuh panjang menggigit tangan anak kita ye. Pengalaman sendiri, anak digigit di tangan sebab pegang makanan. Bahaya juga kalau terpatuk mata. Nauzubillah. So, makbapak kena prihatin sikit ye. Bukan semua burung jinak. apapun berhati2 tu penting juga. 

4. Bawa wet tisu atau air secukupnya untuk basuh tangan. Terutama anak-anak bila anak kita nak  makan. Lebih-lebih lagi nak susu tu kan.. Lagi elok bawa sanitizer. Maklumla kat dalam tu, najis burung mmg ada jelah..sampai ada yang berbau kurang enak. *__*

5. Macam biasa bawak payung. Panas ye..jgn ingat byk pokok kat dalam tu semuanya redup..hakikatnya kita akan berjalan berpanas2an.. ada setengah2 tempat je redup. 

6. Pastikan bawa duit syiling secukupnya. Senang nak beli makanan burung-burung tu nanti. Kekdahnya masukkan syiling dalam mesin. **Self service.**

7. Kalau anda masuk bersama anak kecil/ warga tua. Dinasihatkan silalah bawa stroller / kerusi roda sbb kawasan nya memang luas. 


okeh la tuk kalini..apapun pada kami, yang penting kebahagiaan anak-anak.. yang penting mereka gembira. jauh berjalan luas pengetahuan. (ikut bajet masing-masing). hihi.. 

bye...jumpa lagi taman burung.. 
balik jer semua zzzzzzz kepenatan... 


No comments: