+ADS+

Monday 30 November 2015

Grand Ihtifal Little Caliphs



YEAY...HABIS SEKOLAH TADIKA!
Habis sekolah 6 thn mmg tak sahla xde konvo kan..zaman kita tadika kemas lg dh ada tradisi ni.so, little caliphs pn x terkecuali.sabtu lepas kami hadir untuk grand ihtifal anak sulong kami.ku lalui hr ini yang penuh emosi.feling mak2 sangat.byk sgt hati tersentuh.

Program start pkl 8, tp pkl 7.40 dah ada kt sana.. Register awal2 senang.sbb fikir nak tangkap gambar studio lagi kan. Tu pn makcik dpt no ke 19 tuk bergambor. Meja untuk guest semua dh ditetapkan berdasarkan brp kerusi yang kita dah tempah. tak ingat berapa kena byr hrtu untuk 3 seat & bayaran konvo aqil tu. (sbb mstu blm ada blog).

nah sesiap label begini..tinggal dudok je..
ha ko, straight je ngan stage..jelas dan nyata pemandangan
Opkosla ada persembahan.mcm2 karenah bebudak..sambil tgk sambil terdetik dlm hati, bertabahnye teacher2 mngajar diorang..ke sana ke sini sambil memujuk, bkejar2an demi kelancaran program.  Semua nya berjalan lancar haritu (skema nya ayat) ngeh.  Mmg respect semua kaki dan tangan lc.. Mmg cekap. thumbs up!

pada hari tu, anak buat show choral speaking. walaupun aqil jauh dan tersepit di belakang. tak pela, tak kisah.asalkan berani dan hafal. nampak la kegigihannya menghafal kat rumah sambil search youtube step awak kat mana .ala si taufik batishah tu..we3.(spttnya pada pandangan sy, kena ada kerusi di belakang untuk mereka bertenggek di belakang, tp mgkn bebudakkan. takot jatoh kot).


Back to Program. Ohh, program selangseli antara persembahan, penyampaian sijil, ngan cabotan bertuah.Ehhhhh, nombor daku naikla..hahahah.

bukti.. :-P
si kecik behave je haritu..alhamdulillah.boleh bertenang sampai turn abg die ambil sijil.


masa ni, daku rasa lain sangat. rasa semacam tak percaya yang anak aku dah nak masuk alam persekolahan yang sebenar tahun dpn. kena belajar berdikari, kena usaha sendiri. takde lagi pujukan dari cikgu macam fasa di tadika. aqil tak dapat best student or top three pun.(tak malu pun nak cakap)..ohh tidak mengapa. mama tak marah pun. pada mama dan papa, aqil dah banyak berubah dari memula hantar ke sana dah cukup menyenangkan hati kami, lebih matang, lebih menjaga hati kami, dan paling utama tahu erti dosa pahala, kekuasaan Allah, cintakan nabi dan blh kuasai ilmu dunia dan akhirat. walaupun tak banyak..takpe, dari kecik la nak lentur buluh kan. kami tetap bangga. banyak jugak surah yang dia dah boleh hafal. yang paling surprise boleh ikut baca surah al waqiah bila papa die baca depan dia. dan yang paling terkesan, bersyukur sebab aqil dapat lepas kemasukan sekolah rendah integrasi seksyen 19, shah alam. alhamdulillah
Selesai semua dah sampaikan sijil tu..tetibe tcher mior(CEO lc alam impian) kata ada surprise.Dia srh kami semua ttp mata.pastu die bt throwback sejak anak tu lahir.sampaila ke sekolah.cerita suasana hari pertama di sekolah.sampaila anak boleh membaca, belajar mcm2 dengan penuh kasih sayang dr cikgu2 di sekolah.(sbnrnya pnjg jln citer tu.sampai la part menyentuh emosi).lepas tu, kami disuruh buka mata dan kami lihat anak2 kami sudah berada di atas pentas dengan bunga dan fail konvo tu.dlm tu ada sijil berhenti sekolah. Ms tu hati dah mcm2 rs..dah bergenang airmata.tp cover sbb ada ramai parent lelaki..sekali en mior panggil semua ibu2 tuk berdiri di karpet merah laluan turun pentas tu tuk ambil anak masing2.. 1 simbolik d mana penyerahan anak nya semula kpd ibubapa tuk terus ajar anak masing2 berlandaskan agama.Tugas mereka telah bhenti setakat itu sahaja.. Sebelum d berikan kpd kami ibu2, anak2 menyanyi kan lagu bt kali terakhir tuk teacher2 yg selama ni telah mengajar mereka.Allah, berderai2 air mata ni.(wlupn hakikatnya daku seorang yg ssh mengalirkan airmata). Sobsss3.

mereka menyanyikan lagu ni tuk guru mereka tuk kali terakhir..hayati: 


GURUKU TERSAYANG

pagiku cerahku , matahari bersinar
ku gendong tas merahku di pundak

selamat pagi semua, ku nantikan dirimu
di depan kelasku menantikan kami

guruku tersayang, guru tercinta
tanpamu apa jadinya aku

tak bisa baca tulis 
mengerti banyak hal

guruku terima kasihku
nakalnya diriku kadang buatmu marah
namun segala maaf kau berikan

guruku tersayang
guruku tercinta tanpamu apa jadinya aku
tak bisa baca tulis
mengerti banyak hal

guruku terima kasihku......


masa ni la air mata tak boleh bertakong lagi..tertewas jua...mmg syahdu sangat.lagi2 bila semua ibu2 je kat situ..mmg sahla semuanyer tak boleh kontrol nak menitis2kan airmata.
(mujur en. ajisen tu tak membahan daku..mmg aku tumbuk sedas kalau bahan)


Ni la teacher2 little caliphs alam impian.terima kasih teacher.masa ni bjurai2 airmata sambil berpelukan ngan mereka..rs mcm x terbalas jasa bersabar dengan karenah anakku yg boleh tahan perangai kerasnye.(macam mak kot!..teeettt!!!)


akhirnya, dapat juga bergambar dengan pengasas Little Caliphs, Puan Hajah Sabariah Faridah Binti Jalaluddin (tengah) dan CEO Little Caliphs Alam Impian, Puan Norlida Binti Darus. 
Ni la teacher mior yg dimaksudkan (husband kpd Pn. Norlida tadi)
Habis semua selesai..ape lagi, aqil dah kengkawan layan bergambar ngan papa aqil..semua sporting..siap offer diri nak bergambor..

diorang buat dewan macam dunia diorang yang punya.tengok! belakang kumpulan nasyid buat show, diorang buat show sendiri kat depan..(ini namanyer berani dan yakin.xpe biarkan. jangan dihalang) ngeh..

uncle2, peaceeee!!!!
Semua pakat nak melompat.suka hati korang la..namapun hari korang.tapi andai korang tahu, ni la hari2 terakhir bersama..
mesti korang tak lompat bergembira camni kan.sobs



BYE2 FRENS (3 sekawan yang sentiasa ada di mana2)
ada masa kita jumpa lagi. tahu tak, kita dah tak sekolah sama tau tahun dpn. 
KENANG DAKU DALAM HIDUPMU.. :-)

daku sedih bila part anak ty, mama kenapa lepas ni aqil dah tak sekolah sama ngan izzudin, dhani, akif? alahai...sabar la nakkkk. ini namanya lumrah kehidupan.ajal maut semua di tangan Allah. kita manusia biasa, hanya mampu merancang je tau nak..semua nya Allah yang menentukan..

aqil diam..dan tido dalam kereta..tak tahu die paham ke tak.
~mak sayu~ 
#kesatairmata



thanks sudi baca...
ada masa nak cube update pasal kenangan 2 tahun di LC

bye.. sayonara


***arfah yang menulis***

Saturday 14 November 2015

Resepi Ringkas : PANCAKE



Bahan- bahan:


1 cwn tepung gandum

1 cwn susu segar/ susu full cream/ susu cair
1 1/2 sudu gula
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur


2 sudu besar minyak masak/ mentega(cairkan dulu)


Cara-cara : 


1.masukkan semua sekali dalam mixer.mcm saya pakai blender.weee.. sampai la takde yang berketul-ketul.keluarkan, dan tunggu lebih kurang 10 minit untuk dia kembang sedikit. 




2.ambil senduk dan bentuk 1 pancake kat atas kuali pan tanpa minyak. (saya guna pemanggang ajaib..hihi) 



3.tunggu seketika..dia akan timbul lubang-lubang macam kat gambar kat bawah ni. terbalikkan.



4. tunggu seminit..SIAP..SIMPLE KAN!


1 aduan atas tu dapat 8 biji. so kami 4 beranak dapat sorang 2 biji.hihihi.. tu decoration dari anak bujang..gini la sambil masak, sambil gotong royong ngan anak bujang.

+ atas letak nutella +
+ bawah letak madu +

boleh pelbagaikan ikut citarasa ye. nak letak aiskrim pun boleh, jem pun boleh, syrup coklat pun boleh.takde masalah. Ikut apa yang ada kat dapur anda  :-)

SELAMAT MENCUBA


***arfah yang menulis***





Riadah : Taman Botani Shah Alam

+ Mari Mengenal Alam + 
RIADAH TAMAN BOTANI / TAMAN PRTANIAN / BUKIT CERAKAH 

Mari kita beriadah pula ye anak-anak. hari minggu takde istilah bertidur2an kat rumah.semua kena keep fit. ok. this time kita beriadah pulak ke taman botani shah alam. nak tengok stamina korang byk mana.... ok lets go!lagipun jerebu pun dah habis..oh nikmatnya udara segar.Jom2 kita bersama-sama ukur kebesaran taman ni. Biasanye awal2 pagi kitorang sampai ke sana..parking kat sana dun wori, memang senang & luas. Waze atau google maps je, mesti sampai punyalah. 

BAYARAN PARKING : 
KERETA         RM3
MOTOSIKAL RM1

BAYARAN MASUK : 
KANAK- KANAK (6-11 THN)   RM1.00
DEWASA                (12-54THN) RM3.00
55 KE ATAS                                 RM1.00
OKU, 6 THN KE BWH               PERCUMA
         
ni gambaran gate nak masuk taman botani. pondok putih tepi kiri tu kaunter byrn masuk.


kat tepi kaunter tu, ada information board. so sementara asben beli tiket, kitorng belek2 dlu ... segala bayaran, peta lokasi semua ada kat dpn tu..rajin2 jengok k. 


APA YANG BEST KT TAMAN BOTANI NI??

1. DAPAT NAIK BAS FREE..PUSING LA BERAPA BYK KALI KORANG LARAT. 
memandangkan ada anak-anak.so kami decide tuk naik bas yang disediakan kat situ..kalau jalan kaki, mau pitam bebudak ni. boleh tahan gak jauhnyer. 


bebudak seronokle dpt naik bas gini..abis semua di tunjuknyer kang.monyetla, airla, org naik beskal lah..bas ni akan berhenti kt kawasan ni. 

OK JOM KITA TENGOK APE JE ADA DALAM TUH




dalam ni ada 1 menara tinjau..tapi agak jauhla.kalau sejenis yang stamina banyak tu boleh le ke sana. tp memandangkan anak2 ku dah jerit..taknakkkkk...jauhhhhh.nnti penat la katanye..grgrgr..sabo aje lah. (sbnrnye mama pun taknak..selamat!!) tp papa korang tu paksa mama g nak..

papa : yg, pegi la ke sana..nnti abg snap dari sini..cool kot!
mama : byk cantik!! mmg tak la.takde gambo pun takpe bang ooiii.. 
papa : abg bkn taknk pegi, nnti kot ada awek kat sana, abg tk balik2 plk. 

**ni bikin marah ni. x kuasa nak layan.statement mmg mintak kena tumbok 


1. ADA TAMAN IKLIM SEDERHANA 4 MUSIM


 ada taman iklim 4 musim dlm tuhhhh.. ha tu, ikut tangan i tuu. arah sana << 

abis macho le ajisen tu. :-P

boleh refer bayaran dan musim apa kat bawah ni:

  KAUNTER RUMAH IKLIM EMPAT MUSIM

Musim Lain
Musim Salji
Tiket masuk dewasa (12 tahun dan ke atas)
RM 3.00
RM 5.00
Tiket masuk kanak-kanak (4-11 tahun)
RM 1.00
RM 3.00
Pelawat berumur 4 tahun ke bawah, Rumah Anak Yatim dan Orang Kelainan Upaya
Masuk Percuma

Disember - Februari
Mac – Mei
Jun – Ogos
September - November
Salji
Bunga
Panas
Luruh

INI GAMBARAN DALAM TU. 

Selfie 1 !!! Ms ktrng g ni musim luruh..
Anak bujang yg beso tu mmg sejenis x boleh bau busuk..oh nakk, bau daun je kot.bkn bau longkang pun..beria nak tutup hidung.
Dlm ni x la besar sgt pn.tp korang leh masuk kt dalam cermin tu. 
sekejap je ktrng dlm ni..mat bajet pembersih sangat ni dah tarik2 baju ajak kuar. 


3. BERSIAR2 KAT TAMAN HIASAN  

Yela2 ..jom kita kuar hidup udara segar, tengok pokok2 mmg mendamaikan...tenang je rasa... 

hmmm. nyaman ! 

dah start dah derang ni buat peghangai.. keje nk melompat sesaje! mentang2 dalam hutan, engkorang buat hal ek. 



kalau dah nama anak laki..mau ke dok diam.jawapannye mmg tak la..udah memanjat pulak.suka hati ko la nak. syaratnyer nak panjat2, jatuh bangun sendiri. xde makna nak nangis. 

-------------
Kt luar rumah iklim 4 musim ni, ada rumah2 kecik2 camtu. perkampungan org kenit kot.. cecomel jer rumah2 tu. so wajibla selfie welfie 1...


- SEMUA BUAT PEACE PLS -

habis part kat taman ni..kitorang pun tunggu bas kt tmpt bas turunkan awal tadi & try lak bt aktiviti lain.  (anak beranak ni tak reti penat ke hah?) :-P

AKTIVITI APA LAGI EK NAK BUAT KAT SINI? 

1. BERBASIKAL 

kat sini, korang  masuk2 jer dah boleh nampak org beratur nak sewa basikal. tp kalau die py panjang tu, mmg bertabahlah. sekali mcm ular kena patuk daaaa..terbengkok2 ko!

tuhhhh diaaa...

kalau angpa ada anak kecik, boleh sewa basikal yang ada raga tu.  boleh je letak dalam raga tu..suruh die dok diam2.mak yg kejam ni ugut: 

"kalau adik takmo dok dendiam, adik jalan kaki sendiri. abg dah naik ngan papa tu. "
**tu yg die muka paksa rela je tu.. agagaga.. 

pas penat pusing-pusing, we all pun balik. sbb dah tghr rembang. bebudak dah letih. sian lak nak paksa g tempat lain..besar lagi kot kawasan ni. ada lagi part yg tak pegi. 

**tamat part 1***

________________________________
+ PART 2 +



REPEAT!!!!.hahaha..nmpak tak gigih tau! tp kalini kami g ngan sorang member sekepala tapi anak 4org.. giler kentang, bawak anak 4 org sesorang..asben die keje. tabik spring ahh!!!!! 

kalini target gi tempat lain.. so kalini kami redah kat sini : 

1.   TAMAN HAIWAN

Taman haiwan ni tak jauh pun dari gate utama tu. in case kalau betul2 nak riadah/ nak tunggu bas lama plus ramai org..better jalan kaki je sambil2 hirup udara segar...pagi2 memang syiioookk..nak kasik budak-budak ralit, ajak diorang lumba lari.mencicit je kang nak tunjuk terer....hahah




hamboiii.. kemain gembira ye. si abg menunjukkan cara lompatan kepada si adik2 tatkala sampai ke taman haiwan..tmpt plg heaven bg derang 

>>> kt taman haiwan ni ada burung kakak tua, angsa, landak, kura-kura, iguana,monyet2 bersusun atas wayar.haha



masa aku sorang2 tengok burung kakak tua ni, boleh pulak die bersiul : PHEWITTTTTTT!!
ajisen ckp,,,,kongasam, kakak tua pun nak ngorat bini aku..sepak kang.. :-P
 (takkan ngan burung pun nak jeles) 

ada taman rusa kat sini..kat sini paling best!!! dah mcm penjaga zoo bagi makan  kat rusa. rusa kat sini ada byk, dr yg tak bertanduk, tanduk berbulu, tanduk beranting.ha ko!.jenuh la nak explain kat bebudak ni kenapa tanduk die camtu..sel2 tgh berhubung katakan.banyak naw soklannyer.


Diorang dah standby tuk ngap rumput dr guest yg dtg.
Hadoi, tak payah buat muke kesian boleh.bawak bersabo..
 (rumput korang tarik jer kat bawah tu)


budak ni paling suka bagi makan..sampai tak nak bergerak..takde geli langsung pun bile rusa ngap jari die..boleh gelak2 jer.cer suruh abg ko, mmg diela org 1 yg dok belakang.


Bkn budak je suke dtg sini k..tgk mak budak lagi hover gembiranya.haha



2. JAMBATAN GANTUNG


Berhadapan dengan taman haiwan tu ada jambatan gantung ni.wajib cuba.
Takla panjang sgt pn..dan x la tinggi pn.cuma bila beramai2 jalan dan sengaja2 goyangkan jambatan ni boleh bikin cuak jgk.ngehhh



Bdk setahun pn steady je..bebudak lain dh berlarian2 ulangalik menggoyang2kan jambatan ni

Pastu kitorang gerak ke depan blk.sementara tunggu bas ambik.we all posing dlu kt tmpt ni.kata nak cari stamina.plus cari peluh.huhu


eh! tau penat rupanya..kikiki..nasib ko la pa..masing2 dah mintak dokong...

sampai2 kat tempat awal2 masa masuk tadi. masing2  dah mintak aiskrim. ku pikirkan bila dah habis, nak ajak balik. sempat lagi korang main nyorok2 

(no caption)


dah2 jom balik hoiiii..mama dah tinted habis dah hoii... 

sebelum balik, harusla ada gambar terkinja2 ni. dak kecik peghatiii je..:-P


kalau nak info lagi, boleh refer kat sini : 
http://www.tbnsa.gov.my/

nota kaki : teringin nak cuba skytrek taman botani lak..tunggu masa..
jom beramai2..10 org ke atas dapat diskaun tau!

jumpa next entry. thanks sudi baca.bye

***arfah yang menulis***

Friday 13 November 2015

Jemputan Grand Ihtifal - Little Caliphs Alam Impian

alahai kenapa muka ketat ni nak?
mama & papa kemain ajor kalau tangkap gambar, senyum lebor2.. 

~ini cerita semalam~

Ambik anak bujang kt sekolah..masuk2 kereta je, die hulur invitation card yang sangat comel ni..(dlm hati ku berkata2, wahhhhh knp cantik2 sgt kad jemputan ni.nk nangis plk rasa)


Aqil: mama & papa mesti datang tau.
Mama: eh knp pulak kena datang? Xnak lah
Aqil: sbb nnti aqil naik pentas, pastu aqil bt persembahan choral speaking..
Mama: macmn choral speaking? Ele mcm bole je..cuba mama nak tengok.
Aqil: eeehhh mana boleh.. Nnti mama tgk sendiri kt intekma.

Danggggggg.die psycho mama die balik nampaknyer.. kengkonon nak korek rahsia.nak gak tgk boleh ke dia hafal? Berani ke?
Aqil ni sejenis anak yg x kan bgth die bljr apa, die buat ape, die makan apa kalau kita tanya dengan soklan yg direct. Kena pusing sikit atau provok die. Ego meninggi diri sikit.  Maka, mama n papa nye terpaksa psycho sampai kdg2 kami plk tjerat.konon nak bahan die sampai dpt jawapan, tp kami yg terkono..

Tapi kami percaya teacher2 kt LC alam impian x pernah kecewakan kami.kami th sebenarnya aqil boleh dan x pernah la d bawah harapan kami..Di saat tu sangat2 terhutang budi..di Little Caliphs Alam Impian lah, impian kami tcapai. Aqil boleh membaca bahasa melayu, english, hafazan, kenal jawi, blh jadi imam(klu kt rmh pada adik die) dan bilal pada kami bila berjemaah, belajar berenang. Alhamdulillah.sejok perot mak nak.lagi2 kalau blk, die bt lukisan and tulis mcm2. Love my parent, love my brother(padahal ko selalu buli adik).sobs..

Dpt je kad ni, macam2 perasaan ada.. Gembira sbb hasil didikan kt LC ni la berjaya dpt n lulus ujian untuk masuk sek. rendah agama integrasi sek 19 shah alam, Sedih sbb dah nak msk alam sek rendah(bkn budak2 tadika lagi), excited sbb nak tgk ihtifal dia..mama sgt bersyukur nak..

Syndrom mak2.. Selalu bermain ngan emosi..

Xde apa yang boleh menggembirakan hati kami sebagai ibu bapa melainkan anak2 berjaya di dunia dan akhirat.moga2 ini permulaan nya.


Huih panjang sudaaah..Jumpe next entry bila dah g nnti..ngehhh

~excited. Xkisah la dpt no brp pun~


***arfah yang menulis***



Monday 9 November 2015

TIPS : ELAK DARI MENGANTUK DI TEMPAT KERJA


Cara Elak Mengantuk Di Tempat Kerja




>>>> nak kongsi cara saya untuk elak/ saya buat kalau mengantuk

1. Kena make sure tidur cukup (semua org tahu kot) - SO, Bangun dengan segar!
Sy disiplinkan diri kami sekeluarga, tuk tutup lampu hall paling lewat pukul 10.30 malam. mcm kami, sama2 cari duit...so semua kerja buat secara gotong royong.
pastikan balik2 kerja terus buat kerja.bukan layan social media dlu..(atau degil nak layan gak..kuarkan bahan yang nak masak..kalau masak lah..teettt.pusing sesiap kain kotor, masak nasik dulu) sementara tu bolehla ko balas mesej2 tu dlm 15 minit sambil2 tu monitor anak susu ke. Time maghrib sama-sama solat. so takde la tunggu giliran solat kan. konsepnyer solat + dinner berjemaah. ok done part tu sampai isyak. then, terus boleh bt kerja lain..kat sini, molot tak pyh jalan byk sangat..tangan je kerja byk jalan k. klu dah selesai, bru sama2 dok bsembang..feel gitu.takde la terjerit2 mcm kat pasar..

2. Wajib sarapan 
Pagi2, org akan nampak sy la org paling byk makan mcm bela jin..nnti mesti ada org tegur py..makaihh byknyer beli makanan..saya jawab, mestila kerja berat kan..Nak kerja dengan produktif mestila kena cari tenaga dulu..seharian kot kita kat tempat kerja.takde la lemau jerrr dek menahan laporrr...pastu org ckp ngan kita pun, jasad je ada..tp otak dah sampai afghanistan. 

3. Buat Senaman Sikit
Angkat2 kaki, lurus2 tangan..mcm sy, biasanyer akan kemaskan workplace..kasik 5S sikit. barulah otak pun lapang je.. 2 in 1 gitu. ha kau!! workplace tantek, ngantok pun pergi.kan berpekdah

4. kunyah snack/ gula-gula 
Ha yg ni semua org buat kot..kemain bersusun dlm laci makanan ringan/ gula-gula. Lagi2 yang masam..ha, terjegil biji mata ko nyahh...ngantok lagi tak tahu lah. Tapi jangan la amalkan selalu part ni. lagi2 gula2 yg manis. kalau hari2, x sempat pencen ko dah dpt KAD OKU dulu sebelum KAD PENCEN.

5. Minum Kopi
Tak semua org suke minum kopi .. tapi...kalau sy memang hantu kopi..so dalam sehari mmg nak kena ambik kopi at least segelas..biasanye sy akan mnm kopi bila dah makan tghr.. org kata, dah kenyang mata pun automatik kuyu.. sebelum kuyu bancuh kopi lu..1 opis bau kopi..segorrrrrrrr semua yg bau sekaki.. hahahahaha

6. Sembang Dengan Rakan Sekerja 
Biasanye kalau dah botol-botol ngantuk baru sembang ngan rakan sekerja kat tmpt kerja ni. Tp klu dpt sembang tu, cb la jgn selitkan hal2 rmhtgga ke, hal gado suami isteri ke..x vaikkkk!! Dose! 1 lg jgnla sembang hari2 psl pencen.mmg x semangat ko keje nanti..
X semestinye rakan sekerja tu yg dpn mata.kawan2 seangkatan tmpt lain pn blh gak sembang.tp biar bpada ye. Takot bkn 10 mnt ko sembang. Sampai balik..x baik ngular..kta mncari kap ba ro kap alif ta nun.ape dia..keberkatan.

7. Motivasi diri sendiri 
Back to basic, igt tujuan kta bekerja..kerja itu ibadah.. Maka cb tunaikan ibadah dengan sebaik2nya. Selain tu...Mcm sy, ha kau tampal gambar keluarga kt situ.. Cb motivasi diri bahasawanye cr rezeki untuk mereka..


So take a breath  ... 
Enjoy your work!!!!! 
InshaAllah hilang rasa mengantok 



P/s: ini pengalaman sendiri

***arfahani yang menulis*** 

Terima kasih sudi baca..bye..jumpe next entry

Sunday 8 November 2015

Jalan-Jalan : ZOO NEGARA >>> Mari Mengenal Haiwan

Tempat wajib bila ada anak is...ZOO NEGARA. tempat di mana mereka merasakan tempat paling best mcm kita masuk shopping mall..terjerit2 gembira berlarian2 tengok binatang..dah ada 2 org ni tah berapa kalinyer menerjah zoo negara..tp this time teringin lak nak hapdate kat blog.since dah ada blog sendiri kan...hahahah..

Pagi-pagi bute, matahari pun blm muncoi anak dah kata nak g zoo..baeklahhhhh...mama papa terpaksa akur tuk sekian kalinya. sampai sana, ohh goshhh lupe kan minggu ni cuti deevapali + dah akhir tahun. makanyer bederet2 la bas sekolah kt luar zoo.. k xpe, byr tiket masuk dulu..nihh harga die.refer kt bawah..we all byr tuk 2 dewasa (RM64), kanak2 sorang jelah (RM11)..si kecik blm kena byor lagi (jimat).



sungguh bagai d kata, nahhhhh sungguh meriah dlm zoo.

dah mcm aku guru pengiring rombongan sekolah kan..


Demi anak2, mama sggop tau menyelit antara bebudak sek tu.ngehh.. Wlupun keramaian, tp happening wat..ayat papa korang..mmgle,die th terpacak je kt situ.grrr..
hokey, now time to explore the animal world. Time to membebel dan psycho anak.haha..
sapa x nak dengar ckp mama n papa, mama tarik telinga korang sampai besar mcm gajah..haaaa, nak ke?? trs derang kata xnk #apahpsycoanak

dah 20mnt tgk gajah je, tgk le lain pulak..si kecik tu yg excited lebih. sabo je la mak jemah di situ


Anak2 ni la die giraffe.sama kan kt ubat gigi korang.klu engkorang xnak gosok gigi, nanti gigi semua hilang.pastu lidah jadi panjang mcm giraffe 53cm..hah!! Nak2?? Trs derang jerit kuat2.. XNAKKKK!!! Agagaga. #kenapsycholagi


tang ni , bebudak suke sbb dpt tengok burung bebas kt dalam tu. lgpun dlm tu redup sikit.sbb byk pokok..hihihi..

tahu la panas berdengung, x payah la nak tayang ketiak ko yg putih melepak tu weh

rusa nani.. tmpt ni busuk byk la..tengokla tanah tu.dah lecak.plus campur ngan najis..semua pakat ttp hidung.


anak aku ni, kalau x pgg mmg die lebih2. semua nak pegang.ko kena patuk kang..abg ko dah prnh kena, tu yg dok jauh2..:-P
cipanzi ni paling hover kat situ..boleh pulak die joget2 sambil buat show kt situ..ajak org melambai2..kelakar sangat..memula die joget2 kat situ..pastu buat break dance dari 1 tempat ke 1 tempat..pakat2 org bersorak..lg sorak, lagi menjadi2 le die..serius plg best..nama die max.no wonder la die ni activ to the max..:-P
cipanzi betul !!!!



tmpt org utan ni btl2 berhadapan ngan cipanzi ni..baca py baca info tu..terbeliak sekejap.. asben boleh bdekah2 gelak.suke ko ek.. try ckp camtu..mmg aku tolak ko dlm tu.


kemain seronok die duduk je.mak sempat selfie2 ha.smpai anak ty, knp camel tak bangun2.mama jwb, die sakit lutut kot..


Unta padang fasir, tp kenapa sikit sangat fasirnya daaa..patutla x bangun2..mcm dah uzur je..nak bangun pun kemain pyh.dpt tgk die berdiri selepas 15 mnt kat situ. 


Sempat pulak bgesel2an kt situ.. 
Kt tmpt ni, besi die agak ternganga besar..mmg kena beware anak2 ye.lagi2 yg super aktip mcm ank kami. bkn kata budak, rasenye haku pn muat klu nak masok..


Mama penat hoii!! Mama tgk dr kerusi je la ek.. Dok tunggu je dpn rimau tu..lama2 mama pn mcm rimau, dok pakat himpit2 pulak.


Ni antara port best gak nak hilangkan lengoh..dpn tu tmpt panda! Plus byk photo booth kt situ trmsk ada maskot panda..blh le posing2.


Port ni pn blh jd tmpt nak rest sementara..kot2 krg nak rs nak tcabot lutut, blh btlkan skrewnye  .. Atap kemain besar.tmpt duduk dlm tu skit..eh!! Byk lak komplen. 

Ok, Bergerak ke show time lak.. 

show time: 11 pg dan 3 ptg
better cop tempat awal2 la kalau cuti2 ni..klu tak dok dari jauhler..
tuk bebudak mmg paling seronok la kot..ngehhhh





 show cipanzi ni yg paling win...betol2 buat hal..hahah

dah abis berhibur kt situ, ktrng cari jalan pulang. tp g dlu kt photo booth kt jln kuar warna oren tu..nak beli gambar yg snap awal2 masa nak masuk. mmg wajib beli 1 wlupun ada kamera sendiri..nnti anak aku letak kt blk die.klu ambik 1 rm30, p kalu korng byk duit blh ambik 7pcs rm110. ktrg ambk 1 je. so asben aku decide ambik yg ni. cett mentang2 muka aku buruk kt situ..abis hati le tu die yg hensem. 




SO FAR, ENJOY LA DPT ZOO NEGARA NI..ADA BEBERAPA KEKURANGAN LAH SIKIT.


1.  MCM MAHAL KOT MKN/MINUM DLM NI. x tahula ape releven nya..nk kata susah nak hantar, kt kl jer kot.. lgpun ni ramai budak2 je yg dtg sini.lagi2 rombongan sekolah.sian derang tau..budak tau mintak & beli je.tp x thu la kalau korang jenis tak kisah.

2. TEMPAT BERTEDUH/ TEMPAT DUDUK TERHAD
Kebetulan masa kami datang tu hujan. jenuh bertempiaran manusia2 mencari tempat teduh..agak jauh dan sedikit

3. ADA GALLERY SEPERTI TIDAK DIJAGA SEBAIK2NYA. 
contohnya galeri lebah. lebah dah usang, sarang madu dalam cermin pun dah berhabuk. 

4. BINATANG-BINATANG PUN ADA YANG AGAK UZUR . Contohnya unta. 


Tips tuk korang.. kalau nak pegi waktu yang terbaik ialah samada waktu pagi betul-betul pukul 10 time  opening tu..atau selepas pukul 2. sbb bila tengahari waktu binatang2 ni menyorok merehat kan diri..lagipun diorng pun tahu panas..hihihi.

Oh ye, lagi 1 jangan lupa bawak payung ngan air mineral..maklumlah cuaca kat malaysia ni panas.. 

Oklah, sebelum balik wajibla bergambor kat depan zoo tu..



Tetibe ada suara dr sebelah, nahhh yang jgn kata abg x payong.. #pengaruhdakIGsangattau


Horeyyyy..akhirnya anak2 ajak balik rumah..habis dah lakonan mama yg tpaksa excited mcm pertama kali jejak zoo negara dan cerita karot mama dlm zoo. Babai zoo negara.jumpe lain kali. tunggu ada anak ke 3 lak kot..teeettttt!! 


Nak lagi info lebih lanjut...boleh refer kat sini

http://www.zoonegaramalaysia.my/


terima kasih sudi baca


***arfah yang menulis***