+ADS+

Saturday, 9 April 2016

Bermain Pasir Untuk Kanak-Kanak (Kinetic Sand)

Anda mencari permainan anak-anak yang berfaedah??

 Ingin melupakan anak-anak kita dengan gadjet dan menonton tv?? 

Kinetic sand ini salah satu permainan yang menyeronokkan untuk anak-anak kita, malah memang memberi faedah kepada mereka. Pasti anak anda tidak lagi ketagih dengan gadjet malah menonton tv juga berkurangan.

Apa itu Kinetik Sand?


- produk yang hot di USA dan Sweeden untuk pendidikan anak

- campuran 98% pasir + 2% polimer organik

- mudah melekat antara satu sama lain dan senang dileraikan

-bebas kotoran dan bebas habuk/ alergi

- tidak melekat  dan tidak mengeras di tangan

- sesuai untuk kanak-kanak berumur 3 TAHUN dan ke atas



Apa Kebaikan bermain pasir untuk kanak-kanak?


1. Meransang motor halus

Menggengam, menghancurkan, menggumpal dan menyelerakkan pasir  membantu membina otot kasar dan otot halus. Anak- anak boleh berlari, melompat, berguling, menggali. Dan jika di pantai pula anak-anak boleh belajar berjalan di pasir yang kering ataupun basah.



2. Menjadikan deria lebih peka

Pasir adalah bahan deria yang sempurna untuk kanak-kanak yang suka kepada sentuhan. Kanak-kanak mahu menyentuh segala-galanya dan sentiasa mencari input sentuhan.  Dengan pasir anak- anak akan menyentuh, memerah, dan bermain dengan gembiranya.



3. Menulis dan melukis

Sebelum kanak-kanak cukup bersedia menggunakan pensil untuk belajar menulis, mereka perlu diberi peluang untuk mengamalkan kemahiran melukis dan pra-penulisan mereka dalam bahan pelbagai deria. Bermain pasir adalah jawapannya.
Kanak-kanak boleh menggunakan jari atau alat-alat kecil untuk menulis dan melukis. Ini boleh memberikan mereka beberapa input deria tambahan dan membantu mereka mengamalkan genggaman pensil mereka tanpa menggunakan pensil.

4. Pemikiran kreatif

Pasir boleh dimain dengan pelbagai cara dan gaya. Apabila bermain pasir, anak terdedah dengan cara bermain yang tidak terhad dan disini penjanaan idea kreatif itu berlaku. Setelah adanya idea, ada pula perlaksanaan bagaimana nak jadikan idea itu berlaku.
Dengan memberikan kanak-kanak itu sebesen pasir bersama-sama dengan beberapa alat, bahan-bahan untuk acuan atau bangunan, anda memberikan anak bahawa peluang untuk menjana idea kreatif.




5. Aktiviti ceria

Bermain pasir adalah aktiviti yang amat menceriakan anak. Boleh main macam-macam permainan dengan pasir ni. Acuan yang ada boleh bina kreativiti anak seperti bina istana, bangunan, lebuhraya, binatang, dan sebagainya. 
Kesan : anak2 dapat mengenali/merasai ciri-ciri pasir, bina konsep fahami isipadu dan dapat belajar untuk handle alatan yg digunkan (fine motor)



6.  Dari segi perkembangan bahasa dan juga sosial

Tanam mainan dalam pasir dapat bina kefahaman walaupun kita tak nampak objek tersebut, namun sebenarnya objek itu ada di situ. Ia juga membantu dalam memisahkan anak- anak dengan ibu bapa dalam tempoh tertentu dengan rasa selamat masih ada dalam diri anak2.


================================
Takde masa nak ke pantai mencari pasir!! jangan susah hati ye ibu2.
Jangan tak tahu ye sekarang kita boleh main pasir di rumah.Terdapat pasir yang selamat untuk anak-anak kita di rumah. Anak-anak anda pasti ceria dan bahagia di dunianya bila dapat pasir ini. 

Tak tahu cari di mana? Saya sedia membantu anda
Saya menjual kinetik sand ini  dengan harga : 


Sekotak 1 kilo pasir kinetik RM39
+ POS RM10

option tambahan: + RM 8 untuk mould pasir (6pcs)



--atau--



1kg pasir kinetic + mould + box >>>
 RM60 SAHAJA + RM10 POSTAGE 

whatsapp saya 019-2294212 




**BANYAK BERMAIN, BANYAK BELAJAR**
SEKIAN

No comments: