+ADS+

Wednesday, 27 April 2016

Testimoni : Kehebatan Caliph Supplement

Entry ni semata-semata nak kongsikan testimoni dan kehebatan Caliph Supplement yang dah dirasai oleh pelangganku.

1. ANAK MAKIN BERSELERA MAKAN



2. ANAK MUDAH BANGUN PAGI




3. BAGUS UNTUK PERKEMBANGAN OTAK



4. MENINGKATKAN ANTIBODI ANAK


Jangan risau dengan rasa jus caliph ni ye. mesti anak2 anda suka. DIJAMIN. Tengok komen dari customer2 saya. 






Dan ini testimoni dari saya sendiri..anak sulung saya berumur 7 tahun. Dengan mengamalkan caliph ni, anak senang bangun pagi seawal 5.45 pagi tanpa menangis atau merengek. Selain tidak melupakan tanggungjawab menunaikan solat subuh bersama-sama samada berjemaah di rumah atau ayah nya bawa ke surau. Malah anak bersemangat untuk ke sekolah setiap hari.  

ini gambaran sebenar dan bukan sama sekali berlakon. 
kerana saya mencari keberkatan dalam berniaga. bukan keuntungan semata-mata. 

APA TUNGGU LAGI!! JANGAN RAGU2 DENGAN PRODUK INI. BOLEH BELI DARI PENGEDAR YANG SAH SEPERTI SAYA 


NO ID : PGR 531


RM65.00 SEBOTOL
+ POSTAGE RM6 SM/RM9 SS


Monday, 18 April 2016

Sekolah Rendah Agama Integrasi Yang Ingin Diketahui dan Cara Kemasukan

Assalamualaikum wbt.

Dek kerana ramai yang bertanya pasal sekolah rendah agama integrasi ni melalui pm/whatsapp. Kawan-kawan dok tanya pandangan dan nak tahu pasal sekolah agama integrasi ni..rasa nyer macam terpanggil untuk buat 1 entry pasal SRAI ni. elok rasanya saya jawab di sini la yer, supaya ramai lagi yang blh dapat jawapan nya..saya boleh jawab secara general jela. maafla kalau tidak sempurna atau ada kekurangan. Maklumlah anak saya pun baru tahun ni masuk sekolah tu.


Kat bawah ni di antara soalan2 yang selalu di tanya: 

1. Sekolah Rendah Integrasi (SRAI) ni macamana? 

SRAI ni sekolah di bawah Jabatan  Agama Islam Selangor. Bukan macam sekolah harian bantuan kerajaan. Bermaksud, Akaun sekolah hanya 1 iaitu akaun sekolah SUWA (sumbangan wang awam). Peruntukan daripada JAIS sendiri dan sumbangan-sumbangan orang awam. Dengan erti kata lain, ibu bapa bersedia untuk berkorban membayar yuran-yuran untuk program-program sekolah. Kalau ikut kata guru besar masa taklimat peperiksaan tahun lepas, SRAI adalah sekolah swasta. cuma yuran SRAI masih berpatutan kalau dibandingkan sekolah swasta yang lain. Terdapat 17 buah sekolah SRAI yang didaftarkan di Selangor.

2. Yuran SRAI mahal tak?

hmmm.. jawapannya terpulang pada anda. memanglah kalau dibandingkan dengan sekolah bantuan kerajan sangatla berbeza. mungkin yuran sekolah harian biasa adalah RM50-RM200, Tetapi sekolah SRAI yuran plus minus RM1K untuk setahun. Yuran ini termasuk bayaran tambahan persekolahan, buku-buku latihan/ buku kerja, yuran PIBG, majalah sekolah, makan tengahari dan sewa loker. Oh ya, setiap murid diberi 1 loker untuk penyimpanan buku-buku teks dan buku kerja. Jadi, anak-anak tidaklah terbeban dengan berat buku-buku teks. 


3. Waktu pembelajaran sama ke ngan sekolah biasa?

Waktu persekolahannya daripada 7.20 pagi- 3.30 petang.

Tetapi selepas waktu 3.30 ptg tu, sekolah ada menyediakan kelas2 tambahan lain sehingga 5.30 petang. terpulang pada ibu bapa nak hantar ke tak  dan semestinya ada bayaran. Bayaran ini tidak termasuk dengan yuran yang kita bayar masa mula-mula daftar dulu.

Antara kelas tambahan ialah kelas iqra, kelas hafazan, kelas akademik pun ada. Ada ibu bapa ambik kelas tambahan ni untuk anak supaya sama dengan waktu bekerja mereka. Kalau tanya saya, saya belum ambil kelas tambahan buat masa ni. Saya transitkan anak di Little Caliph tempat anak belajar sebelum ni  (termasuk transport untuk ke LC) dan kami minta cikgu di sana untuk ajar mengaji dan selangseli ngan hafazan sementara tunggu kami balik kerja.

Ini bermakna anak-anak SRAI tidak sama dengan anak-anak yang  bersekolah harian biasa dan sekolah kafa yang memerlukan mereka ke sekolah 2 kali pagi dan petang. Sebab tu la mereka akan sembahyang zohor die sekolah.

4. Balik pukul 3.30, habistu pelajar makan macamana? takkan waktu pagi je makan?


Typical soalan mak-mak. Sangat risau bab makan anak. Di SRAI, ada 2x waktu rehat. yang pertama waktu rehat macam biasa di sekolah harian. Biasanya akan didulukan yang keciklah..darjah 1 dan 2. Barulah waktu rehat untuk yang dah besar-besar ni. Pahamlah budak kan. Baru-baru nak belajar membeli. Silap haribulan duit pun tak kenal lagi.


Waktu kedua ialah pukul 12.30 tengahari. Ok, waktu makan tengahari ini telah disediakan untuk setiap pelajar dan telah dibungkuskan sesiap. Memang tiada acara berebut-berebut. Murid darjah 1 dan 2 makan di kantin. yang selebihnya petender makanan tersebut akan hantar ke setiap kelas anak-anak.

Curi-curi snap masa orientasi. Dia sendiri tak tahu mama & papa dok perhati die. Die bajet kami dah balik masa hantar kat kelas tu. Begini lah rupa makan tengahari yang disedikan untuk mereka. InshaAllah berkhasiat.

5. Format kurikulum SRAI sama tak dengan sekolah harian biasa?

Ibu2 sekelian, mestilah sama dengan kurikulum sekolah harian biasa iaitu KSSR. cuma bezanya SRAI ada 1 lagi format iaitu KSRA. Waktu pagi akan belajar format KSSR dan KSRA pada sebelah petang. Di bawah adalah matapelajaran di SRAI.





selain matapelajaran di atas, diselitkan 1 masa untuk solat dhuha dan 1 masa untuk solat zuhur dalam jadual mereka.

6. Macamana kemasukan anak kat SRAI?

Jawapannya kena ambik peperiksaan terlebih dulu. Sebelum daftar exam, ibu-ibu kenalah prihatin dengan pembukaan pengambilan peperiksaan tu. Rasanya pembukaan ni 1-30 April setiap tahun dan peperiksaan dalam bulan Jun. Borang akan dikeluarkan di sekolah yang kita nak mohon tu. Diingatkan!! di pejabat sekolah tersebut bukan di JAIS ye. Peperiksaan ni akan dijalankan serentak di semua sekolah SRAI. contohnya Shah Alam ada 2 SRAI di Seksyen 7 dan Seksyen 19. So tak perlu tamak nak isi 2-2 borang.hihi


Nanti pejabat akan keluarkan surat dan beri tarikh peperiksaan tapisan tu.
Perkara paling penting ialah semak nama dan no my kid/surat beranak anak. Pastikan betul.Pernah terjadi, kawan kembar tapi tertukar no my kid/surat beranak. memang la boleh ambik exam. tetapi keputusannya 2-2 gagal. sedangkan anak kawan tu pelajar terbaik kat little caliph anak tu. modul pre tahfiz pulak tu. bila minta semak kembali di JAIS, mereka tak dapat nak cari semula.




7. Perlu ke mohon kemasukan darjah 1 sekolah harian biasa bila dah mohon untuk masuk SRAI?

Ya. wajib mohon online pendaftaran darjah 1. sila lakukan prosedur yang ditetapkan oleh sekolah harian kerajaan biasa. Biasanya pendaftaran sekolah harian kerajaan ni sekitar MAC. Isi online dan buat pengesahan kat sekolah tersebut terlebih dahulu. Sebab kita pun tak tahu anak kita ni berjaya/ tak dapat masuk SRAI. incase tak lulus, jenuhla nak cari sekolah yang kosong sebab kat Selangor ni pendaftaran sekolah dibuat 2 tahun awal.

Lagipun sekolah SRAI ni cuba ambil pelajar seramai 216 orang jer untuk darjah 1 di SRAI Seksyen 19.  Masa taklimat peperiksaan haritu, guru besar bagitahu yang menduduki peperiksaan tu 6++ orang. ni di SRAI Seksyen 19 lah. Kalau kat tempat lain tak sure pulak. Guru besar tu kata ckp lagi, saya pun tak tahu kenapalah ibu bapa kat Shah Alam nak sangat hantar anak ke SRAI. sedangkan sekolah ni sekolah swasta..hihihi. Pastu dia cakap lagi, kalau kat Sabak Bernam dijamin 100% dapat masuk asalkan berjaya menduduki peperiksaan.

 bila dah lulus peperiksaan SRAI, boleh batalkan pendaftaran darjah 1 di sekolah kerajaan yang anda mohon tu.

boleh semak keputusan peperiksaan SRAI di :  http://semaksrai.jais.gov.my/index.php

Keputusan juga akan dipamerkan di papan kenyataan sekolah yang dipohon. Kita cuma boleh semak samada berjaya / tidak. Tidak akan dipamerkan berapa markah sebenar yang diperolehi.

8. Peperiksaan tapisan kemasukan SRAI tu macamana? Takkan takde tips +__+

sila klik di sini saya dah kongsikan pengalaman anak sendiri peperiksaan tapisan kemasukan SRAI. 


Ujian Kemasukan Darjah 1 SRAI

9.   Hala tuju sekolah SRAI?

soalan ni paling mencabar pernah ditanya. pandangan orang lain-lain. kalau saya, memang berazam nak sekolah kan anak dengan aliran agama. memandangkan macam-macam la benda negatif kat luar sana. sekurang-kurangnya sebagai ibu bapa kami dah cuba untuk beri didikan agama sebagai bekalan di masa depan. Masa taklimat tu, ada beritahu yang SRAI menguruskan untuk kemasukan ke SMA Hisamuddin Sungai Bertik, SAMTAJ, SAMBES malah anak-anak boleh masuk ke Maahad Tahfiz Alam Impian.
Tetapi, saya pernah diberitahu sekolah SRAI ni susah nak dapat sekolah berasrama penuh kerajaan atau MRSM. tak pela, saya lebih prefer anak berada di aliran agama. Semoga bijak di dunia dan akhirat. boleh mendoakan kami di dunia dan apabila kami sudah pejam mata nanti. InshaAllah. 

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." 
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya) 








Ujian Kelayakan Tahun 1 SRAI (Peperiksaan Kemasukan Sekolah Rendah Integrasi )

Secara jujur dan terus terangnya, saya sendiri tidak tahu konsep dan format peperikasaan tapisan tu macamana. Kertas soalan akan meliputi soalan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Jawi, Bahasa Arab dan Hafazan. Masa anak nak peperiksaan haritu, saya memang bergantung sepenuhnya dengan apa yang die belajar di sekolah tadika. Peperiksaan akan dijalankan seawal 8.00 pagi dan akan habis lebih kurang pukul 11.30 pagi. 


kegigihan seorang adik menantikan si abg ambil peperiksaan .. hehe

Saya cuba bagitahu la pengalaman sendiri. tapi tak pasti lah its consider tips ke tak. harap ianya mampu membantu ibu bapa yang tengah cari tips nak ambil peperiksaan SRAI. 

Pertama - ibu bapa wajib alert tarikh peperiksaan tapisan tu ye. Pihak sekolah tidak sama sekali mengingatkan ye. Kalau terlepas memang tiada ertinya sebuah penyesalan. 
Apa nak bawak masa peperiksaan? jangan lupa ye bawak slip peperiksaan yang dah dapat masa hantar borang sebelum ni. Masa peperiksaan nanti, mereka akan di tempatkan di kelas-kelas. boleh semak ikut slip tu anak anda akan ditempatkan di kelas mana. murid-murid kena beratur ikut angka giliran. Kita hantar mereka beratur kemudian semua serah pada cikgu dah. cekap cikgu2 di situ. 



Sila bawa juga alat tulis secukupnya terutamanya pensel, pemadam dan pembaris. Pensel tu bawak lebih pun takpe. kalau tumpul, jgn bagi anak2 buang masa tuk sharp. soalan dia bukan sikit tau.hihi. Bawa juga pensel warna.  (pensel warna pun beli malam sebelum peperiksaan..hadoi, makbapak dengan anak 2x5 buat selamba). Format soalan nya ada bentuk yang memerlukan berwarna. ini contoh la. mungkin soalan die macam ni:

Sila warnakan benda hidup dengan warna hijau dan benda bukan hidup dengan warna merah.

Kedua- Kalau boleh pastikan anak anda boleh membaca dan cuba latih mereka faham soalan-soalan. kenapa saya cakap camtu?? ok, masa anak-anak sedang menduduki peperiksaan haritu, ibubapa diberi taklimat ringkas mengenai peperiksaan. Guru besar beritahu yang anak-anak kita akan jawab sepenuhnya melalui pemikiran anak sendiri. Guru-guru tidak sama sekali membantu mereka walaupun tanya soalan. Mestilah kena tegas, telus dan adil untuk semua orang. Dah namapun peperiksaan tapisan sekolah agama. 

Ketiga - Ada soalan hafazan/ lisan. ibu bapa cubalah ajar anak tuk hafal surah-surah dan doa-doa ringkas/ lazim.Yang penting anak-anak kena berani menjawab bila ditanya oleh cikgu. pengalaman masa tunggu haritu, ada pengumuman "kepada ibubapa bernama si a bin si b sila ambil anak anda di kelas c? " . Lepas tu kami tengok parent tu bawak anak dia yang menangis..huhu. hati mak ngan bapak nih dup dap dup dap tak tau nak kata lah.

Balik dari peperiksaan tu, saya tanya anak hafazan kena surah apa. dia jawab ayat kursi..ok, lega. sebab anak mmg kami ajar baca ayat kursi sebelum tidur dan keluar rumah. 

Ni last ni tips tuk anak saya sendiri lah..terpulanglah nak ikut ke tak.anak sendiri mesti kenal kan. macam anak saya, saya sangat faham dia seorang yang susah untuk hadap & membaca buku dan study sungguh2. Dapat ulangkaji sikit2 pun dah beruntung sangat..hihi.kalau ditanya pun apa die belajar di sekolah, ssh nak korek.jadi terpaksalah mak menggunakan kuasa bebelan dan pesan pada anak saya masa dalam perjalanan tu. 

++++tolong jawab semua soalan dan jangan sama sekali tinggal. walaupun tak tahu buat jangan biarkan kosong. Jawab jer, senang cakap hentam je la nakkk.. Lepas tu buat yang rasa senang dulu, yang rasa2 susah tu hentam cepat2 pastu beralih ke soalan yang lain.hihi. Jangan buang masa tergaru-garu untuk fikir 1 soalan je. 

last sekali, saya provok anak saya.. jawab soalan elok-elok. kalau tak buat elok2 nanti tak dapat sekolah SRAI yang kemas bersih ni. kena sekolah kerajaan yang ramai murid bercampur2 ngan semua bangsa. pastu pulak kena naik turun bas ke sekolah yang takde aircond, berpanas-panas berbau.bawak pulak beg berat2..hahah..semua citer yang buat die pikir sendiri... nasib la nakkkkk..mak die membebel2, si anak terbebil2.. ;-P

Masa beratur ikut kelas nak ke peperiksaan tu, saya sempat cium dan suruh dia baca doa terang hati dengan harapan anak boleh jawab dan faham mak bapak menaruh harapan yang tinggi untuk masukkan dia ke sekolah agama. 

muka ada sinyum selesai peperiksaan. Orang lain masuk peperiksaan gigih bawak beg, anak bujangku selambe die je just bawak pensel case. 

selesai peperiksaan, anak-anak akan dikumpulkan di tempat perhimpunan. so parent bolehla ambil anak mereka di situ. 

p/s : bila anak dah masuk darjah 1 ni barulah tahu ada jual buku panduan ujian kemasukan SRAI. boleh didapati di pejabat sekolah. Dijual dengan harga RM10. So bolehla beli dan praktis make perfect. hihi.. 


**Gud luck semua anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan SRAI dan ibu-bapa banyak2kan lah berdoa tuk anak-anak kita. Usaha , tawakal dan doa. InshaAllah.

Saturday, 9 April 2016

Jalan- Jalan : Taman Burung Kuala Lumpur


Salah 1 tempat menarik untuk anak-anak kita ialah Taman Burung Kuala Lumpur. Tempat di mana mendekatkan diri dan mengenali alam, back to nature gitu berkeluasan 20.9 ekar. Namapun taman  burung terbuka terbesar di dunia..huh! Memang bukan anak je teruja, dijamin makbapak pun teruja sama. Manakan tidak, burung- burung kat situ dilepaskan dan akan melintasi anda berjalan-jalan. 

Ni sedikit info bayaran masuk dan waktu operasi: 



credit to : http://www.klbirdpark.com/

Kat taman burung ni, ada burung yang dalam sangkar. ada yang dilepaskan macam tu je. Tak mustahil ada yang akan mengejar korang masa berjalan tu..lagi-lagi bila nampak korang pegang makanan. baekk punyee die tenang ok .

antara burung yang sempat kami snap : 

 takkan tak kenal..spesis paling garang lagi menyeramkan. burung hantu. 
dulu zaman sekolah, sapa garang je akan dapat gelaran si pulan burung hantu..



hmm, macam tu je diorang letak makanan..hehe..senang je kan. 


ada macam-macam spesis burung korang akan jumpa, dari yang berkaki panjang macam ni, kaki ketot badan besar..yang renek2, leher panjang, leher pendek. huhu..



bebudak kompom ralit punya lah. bersiap sedialah macam-macam soklan yang keluar. standby je jawapan yang munasabah. *__*

korang tengokla puas-puas. mama posing jap..wewewewe. 

ok, burung merak mmg ada byk kat sini..korang akan tengok atas pokok pun die. kat tanah pun dia. siap yang belagak pun ada.asal nak tangkap gambar je die pusing2, x nak kembang lah, die lari la..rasa nak pukul jer. anak yang kecik takut ngan merak ni..huhu.. sbb tetibe die akan kembang kuncup depan dia..amende la ko ni merak takde hala tujuan. 

spesis burung ni paling banyak kat situ. bersepah-sepah.Boleh kata setiap zon ada die ni. kang start la die kembangkan kepak die luas2 macam menayangkan keti++ die yang putih tu. Spesis ni tak reti dok diam.. die standby je makanan kite. agak bahaya.. sebab lebih kurang tinggi anak kita. pastu tengok ah die py paruh tu..huihhh.. baik2 nah. mau patuk tau.

 zon ni zon tengah2. biasanya mmg akan ramai orang kat zon ni. pastu ada 1 kiosk kat sini. 

panas-panas terus bebudak ni aim aiskrim..tak boleh blaaa papa selamba die dok buat2 bagi burung makan..cettt..pastu dah beli die kata, "belanje ek!!..mcm best jer sekerim hijau tu 1- RM3.50 ..haha (sambil gelak)"
gambar ni diala curi2 ambik...

daku pun jawab.. "haah best!! best giler sbb ambik dalam dompet u lah".

krik..krik..krik..

(nak kenakan orang, terkene balik) uwekkkkkkkk.. 
i am finance pipel lah ;-P. wrong person ok! 

 aktiviti kat dalam ni aktiviti bebas. korang boleh bagi burung makan sesuka hati




burung kasuari ni pun korang boleh bagi makan. ambik je daun sawi tu kat situ. laju aje die sambar kat tangan korang nnti. 
**tak pyh la sampai melopong nak oii tengok die sambar. 

kat sini korang akan rasa, burung akan ada jer atas bawah, kiri kanan korang. die takkan lari. jinak2 jer. tengok burung nuri ni. siap bersiul lagi..




start dahhh papa korang tu buat hal. diajak nyer bersembang bukan2. 
yang si aniq sampai ternganga sbb macamana burung boleh bercakap..hahaha..

kan dah cakap, akan ada je burung kat mana2 keliling korang. so cheq dah standby sesiap topi.. kalau die nak melepas pun tak kena kt tudung. kena kat topi jer. dak aniq sekali lagi pelik, apsal merak kembang tadi boleh kat atas pulak. bukan besar ker..

itik juga spesis burung rupenye...hahaha. 

antara landskap lain yang ada.boleh juga bagi ikan2 ni makan. ada jual makanan die kat situ. 

family potrait dulu
anak2 mesti dalam hati kata "hmm, ada aku kesah"

tempat ni menghala ke hornbill zone. kat sini paling tenang.. burung pun tak byk yang dibebaskan kat zone ni. kebanyakannya dalam sangkar. so korang bolehla berehat ke, nak family potrait ke, atau nak makan2 snek tanpa ada gangguan..hihi. tempat ni menghala ke zone 4 amphiteater untuk show burung. 

boleh la redup2kan diri kat sini sambil tengok2 landskap yang ada

Ni la amphiteater untuk pertunjukan show tu. sila pastikan anda tahu waktu pertunjukan burung yang jinak2 tu ye. masa ni kami dah terlepas. tapi sebelum2 ni diorang dah penah tengok pun. cuma masa kalini je tak sempat nak kejar  +__+

info waktu show : 12.30 tengahari & 3.30 petang di zone 4



Okeh, memandangkan tak tengok show..ingatkan diorang ajak balik. hmmm, tak puas lagi rupanya. di hajaknyer pulak ke taman permainan kat situ. betul2 depan amphiteater untuk show tu. pulun main haih sampai tak reti nak balik. hmmm, budak tetap budak. main jugak yang best tuk diorg
(tapi mak n pak dia pn join sekaki.kdg2 best juge jd budak2)

okehla, ni antara yang boleh kami bagi tips & tricks kalau berhajat nak ke sana:


Tip & Tricks : 

1. Jangan sukahati pegang makanan di tangan atau jatuh ke tanah. Mesti ada yang menunggu je..aim je makanan korang tu. Lalai sikit ngapppp.. tapi best juga kalau yang jenis kecik2 dan yang jinak. 

2. Makanan/ Minuman mahal kat dalam tu. Kalau jenis berjimat, elokla makan sesiap dulu.hihi.
Dinasihatkan bawa air mineral secukupnya.

3. Jangan terlalu ghairah nak dekatkan anak kita ngan burung-burung ni.  Ada jenis burung yang berparuh panjang menggigit tangan anak kita ye. Pengalaman sendiri, anak digigit di tangan sebab pegang makanan. Bahaya juga kalau terpatuk mata. Nauzubillah. So, makbapak kena prihatin sikit ye. Bukan semua burung jinak. apapun berhati2 tu penting juga. 

4. Bawa wet tisu atau air secukupnya untuk basuh tangan. Terutama anak-anak bila anak kita nak  makan. Lebih-lebih lagi nak susu tu kan.. Lagi elok bawa sanitizer. Maklumla kat dalam tu, najis burung mmg ada jelah..sampai ada yang berbau kurang enak. *__*

5. Macam biasa bawak payung. Panas ye..jgn ingat byk pokok kat dalam tu semuanya redup..hakikatnya kita akan berjalan berpanas2an.. ada setengah2 tempat je redup. 

6. Pastikan bawa duit syiling secukupnya. Senang nak beli makanan burung-burung tu nanti. Kekdahnya masukkan syiling dalam mesin. **Self service.**

7. Kalau anda masuk bersama anak kecil/ warga tua. Dinasihatkan silalah bawa stroller / kerusi roda sbb kawasan nya memang luas. 


okeh la tuk kalini..apapun pada kami, yang penting kebahagiaan anak-anak.. yang penting mereka gembira. jauh berjalan luas pengetahuan. (ikut bajet masing-masing). hihi.. 

bye...jumpa lagi taman burung.. 
balik jer semua zzzzzzz kepenatan... 


Bermain Pasir Untuk Kanak-Kanak (Kinetic Sand)

Anda mencari permainan anak-anak yang berfaedah??

 Ingin melupakan anak-anak kita dengan gadjet dan menonton tv?? 

Kinetic sand ini salah satu permainan yang menyeronokkan untuk anak-anak kita, malah memang memberi faedah kepada mereka. Pasti anak anda tidak lagi ketagih dengan gadjet malah menonton tv juga berkurangan.

Apa itu Kinetik Sand?


- produk yang hot di USA dan Sweeden untuk pendidikan anak

- campuran 98% pasir + 2% polimer organik

- mudah melekat antara satu sama lain dan senang dileraikan

-bebas kotoran dan bebas habuk/ alergi

- tidak melekat  dan tidak mengeras di tangan

- sesuai untuk kanak-kanak berumur 3 TAHUN dan ke atas



Apa Kebaikan bermain pasir untuk kanak-kanak?


1. Meransang motor halus

Menggengam, menghancurkan, menggumpal dan menyelerakkan pasir  membantu membina otot kasar dan otot halus. Anak- anak boleh berlari, melompat, berguling, menggali. Dan jika di pantai pula anak-anak boleh belajar berjalan di pasir yang kering ataupun basah.



2. Menjadikan deria lebih peka

Pasir adalah bahan deria yang sempurna untuk kanak-kanak yang suka kepada sentuhan. Kanak-kanak mahu menyentuh segala-galanya dan sentiasa mencari input sentuhan.  Dengan pasir anak- anak akan menyentuh, memerah, dan bermain dengan gembiranya.



3. Menulis dan melukis

Sebelum kanak-kanak cukup bersedia menggunakan pensil untuk belajar menulis, mereka perlu diberi peluang untuk mengamalkan kemahiran melukis dan pra-penulisan mereka dalam bahan pelbagai deria. Bermain pasir adalah jawapannya.
Kanak-kanak boleh menggunakan jari atau alat-alat kecil untuk menulis dan melukis. Ini boleh memberikan mereka beberapa input deria tambahan dan membantu mereka mengamalkan genggaman pensil mereka tanpa menggunakan pensil.

4. Pemikiran kreatif

Pasir boleh dimain dengan pelbagai cara dan gaya. Apabila bermain pasir, anak terdedah dengan cara bermain yang tidak terhad dan disini penjanaan idea kreatif itu berlaku. Setelah adanya idea, ada pula perlaksanaan bagaimana nak jadikan idea itu berlaku.
Dengan memberikan kanak-kanak itu sebesen pasir bersama-sama dengan beberapa alat, bahan-bahan untuk acuan atau bangunan, anda memberikan anak bahawa peluang untuk menjana idea kreatif.




5. Aktiviti ceria

Bermain pasir adalah aktiviti yang amat menceriakan anak. Boleh main macam-macam permainan dengan pasir ni. Acuan yang ada boleh bina kreativiti anak seperti bina istana, bangunan, lebuhraya, binatang, dan sebagainya. 
Kesan : anak2 dapat mengenali/merasai ciri-ciri pasir, bina konsep fahami isipadu dan dapat belajar untuk handle alatan yg digunkan (fine motor)



6.  Dari segi perkembangan bahasa dan juga sosial

Tanam mainan dalam pasir dapat bina kefahaman walaupun kita tak nampak objek tersebut, namun sebenarnya objek itu ada di situ. Ia juga membantu dalam memisahkan anak- anak dengan ibu bapa dalam tempoh tertentu dengan rasa selamat masih ada dalam diri anak2.


================================
Takde masa nak ke pantai mencari pasir!! jangan susah hati ye ibu2.
Jangan tak tahu ye sekarang kita boleh main pasir di rumah.Terdapat pasir yang selamat untuk anak-anak kita di rumah. Anak-anak anda pasti ceria dan bahagia di dunianya bila dapat pasir ini. 

Tak tahu cari di mana? Saya sedia membantu anda
Saya menjual kinetik sand ini  dengan harga : 


Sekotak 1 kilo pasir kinetik RM39
+ POS RM10

option tambahan: + RM 8 untuk mould pasir (6pcs)



--atau--



1kg pasir kinetic + mould + box >>>
 RM60 SAHAJA + RM10 POSTAGE 

whatsapp saya 019-2294212 




**BANYAK BERMAIN, BANYAK BELAJAR**
SEKIAN