+ADS+

Thursday 27 April 2017

Review : Larian Spectra, Krispy Kreme Run 2017

Venue    : Kolam Renang, Universiti Malaya
Tarikh   : 15 April 2017
Konsep ; Joy Run
Bayaran : RM45


Minggu lepas sempat join joy run anjuran krispy kreme di UM. rasa semacam masuk universiti, terus terimbau kenangan masa jadi student dulu2..macam biasa, sebelum flag off ada zumba dulu untuk sesi warmup. Join sekejap je zumba tu then terus cari tandas sebelum run (perkara wajib sebelum flag off bagiku) hihi .. memandang venue kt kolam renang, so mmg senang nak g tandas walaupun beratur panjang.

flag off pukul 8 pagi.

 welfie 1 kali sebelum flag off. (wajib) ;-P
**siapakah awek yang photobomb itu?? 

 bersesak2 jugak la nak kuar dari tempat tu..sebeginih dek non

Namapun konsep fun2 kan. so lari pun fun2 jelah.:-P .Sepanjang larian tu, kalau tak silap ada 3 checkpoint yang mana krew diorang akan baling runners dengan serbuk yang kalerful wonderful.. ada yang siap berhenti lagi direlakan untuk di saluti serbuk tu..siap ada yang macam party serbuk pulak aku tengok berbaring2 bagai, duduk atas jalan sambil berselfie wefie..hihi.. untuk orang sprint macam aku ni (poyonyer!), tak delah kotor sangat baju aku kan, kena pun sipi2 jer...tp kuangasam betul, tak kena tepat kat depan, diorang baling kat baju belakang pulak. apapun seronokla acara baling2 serbuk ni walaupun balik tu gagahla ko nak menyental baju dalam bilik air. 



cuma ada 1 bukit yg agak mencabar la untuk kaki mak2 yang dah beranak pinak ni. kalau naik bukit, mmg tune tuk berlari slow je,.ku daki dengan penuh sabar..hihi. Mujurla aku tak terdetik nak registerkan anak2 tuk join sekali run ni. agak jenuh gakla kalau kena sorong stroller. dengan nak flag off bersesak nya, dengan mendaki jalan berbukit lagi, kena baling ngan serbuk lagi. kompom berselaput la stroller nanti bertukar kaler.hahahah..

 nampak!! time jalan berbukit semua slow motion jer. pakat2 menapak jer time ni.. sapa yang lari laju2 tu mmg kaki dia tough ler. So ape lagi welfie ler. Lagipun kawasan ni je yang lapang sikit, dan takde kenderaan yang lalu lalang. 

Apa yang best?

1. Banyak yang kita dapat dalam goodies bag tu. (lupa nak snap gambar). Antaranya ada air hemaviton, keropok2 dari twisties dan ada bbrp baucer lain.

2. Habis run, masing2 dapat 2 ketul donut dari krispy kreme, sijil penyertaan dan medal.


 medal pun mcm donut. comel jer! 

3.  Lucky draw ada 58..Banyak tuh.. rasanya setakat join run2 ni, run ni lah paling byk sekali lucky draw. (tapi malangnyer, no bib tak sangkut)..+__+ redho!!

4.  Sponsor air milo lori. weh, milo lori mmg tak leh lawan la. bercup2 aku ambik.hihi..memang nyaman je masuk ke tekak, sejuk2 pulak.


5. Ada beberapa kiosk yg jual makanan untuk breakfast. so mmg sapa2 yg nak breakfast sementara tunggu lucky draw memang ada. (ni beli sendiri).

6. Fun sebab abis acara, ada party serbuk kaler2...tapi time ni dah cabut awal. sebab tak sanggup mak nak kalerkan muka i yang suci murni ni..hahahha..tengok dari jauh jer!



Apa yang tak best?

1. Laluan sempit. kecuali jalan berbukit yang kena daki tu jelah besar. tu yang ada orang boleh baring2 sambil berselfie atas jalan.

2. Agak sesak bila ada kereta2 dan bas masih lalu hampir kawasan pelari. Kadang2 rasa terancam jugak bila kereta lalu dekat je ngan pelari. *__* . ada setengah tempat yang terpaksa lari atas lane pejalan kaki. Tapi ok lagi. faham sebab larian ni untuk fun2 jer. 



3. The worst thing, adalah collection medal, sijil, dan refreshment.
TAK SISTEMATIK!!!!!part ni paling upset. lane macam mmmmmm..masa tu rasa agak mencarut gak lah (tapi dalam hati). Memula sampai lapang jer, tu pun lambat sangat nak sampai. macam tak bergerak. lama kelamaan makin ramai la yang menderu2 dtg.kita yg sampai awal pun tak dpt, then yang baru sampai terus masuk tak beratur dan bersesak2 dalam kawasan kompleks renang tu. adeh, time ni rasa nak terpengsan sebab hirup udara yang sangat 'segar'. masing2 dah berpeluh2 ko berasak2 pulak. rasa nak maki hamun sebab dahla aku sampai awal. tibe2 dah ke belakang2 tuk masuk ke dalam laluan collection tu yang terbengkok2 ibarat beratur nak beli tiket wayang.... weh, beratur collect medal lagi lama dari ko berlari 5km, ape kes. Tak tahu korang kira macamana 500 terawal tu. sebab ramai yang potong q. Dan kedengaran, ada jugak yang tak dapat goodies bag bila tunggu tempat collection tu dah reda sikit




serabut giler lah otak time ni... rasa macam tak cukup udara. ** sigh!!!

senyum gakla..walaupun ko baru lepas maki org belakang yang tolak2 tu..yela semua dah tak sabar nak duduk dah time tu. faham panas ye dak baru pas berlari pastu nak berhimpit2!


Overall:
Sebenarnya run anjuran krispy kreme ni berbaloi lah dengan harga yang kita bayar RM45 jer untuk semua yang kita dapat tu. Cuma part collection medal dan refeshment tu yang perlu diperbaiki di masa depan. Kalau ada lagi nak join ke tidak?? InshaAllah jawapan nya Join!! time tu akanku sprint laju2 supaya aku tak perlu beratur bersesak mcm haritu dan aku naik podium..hahah..(berangan)



Bye.... c u next year!! 

Nota kaki: ada sesetengah gambar yang saya ambil dari fb. 





Wednesday 19 April 2017

Bercuti Ke Singapore: Part 2 (Hotel Boss)

okeyh, meh kita sambung hotel yang kami stay pulak.

Dari USS tu kami naik mrt ke hotel. keluar dari sentosa ikut MRT IMBIAH STATION to VIVO CITY (F.O.C)

Bila dah sampai vivo city , cari signage MRT level B1  (line purple) HARBOUR FRONT 
(kat vivo city ni mcm mall, so kalau rasa nak beli makanan ke keperluan apa2 boleh cari kat sini)

Beli tiket ke lavender (GREEN).  refer mrt route kat bawah.

dari harbour front berhenti di OUTRAM PARK  dan tukar line hijau untuk ke LAVENDER. 
dari lavender beli la makanan apa yang patut untuk bawak balik ke hotel. hotel boss tu tak jauh dari lavender MRT. Jalan kaki jer..kalau kami ada anak2 kecik boleh jalan kaki, takkan uols tak boleh..hehe



Kami pilih hotel boss ni sebab hotel ni hotel baru dan yang paling senang untuk kami merayau2 tempat -tempat wajib pergi kat singapore kat area hotel yang kami stay tu. antaranya bugis street(tempat shopping jugak bukak sampai malam ala2 petaling street KL), mustafa center (tempat shopping too), haji lane (tempat makanan hipster plus street yang cantik), lavender, kaylang. ha kauuu hover..mcm lah ko kuat sangat nak pergi semua. dan paling penting mestilah tempat yang senang cari makanan  halal. Dekat sangat dengan restoran zam2 yang wajib pergi tu ok. Lagi satu dekat2 ngan masjid sultan yang femes tu. 


lobby

kami stay bilik ni. superior with balcony


kalau dah malas nak berjalan , boleh abiskan masa kat swimming pool atau gym (level 4)

kat ground floor ada kedai runcit ala2 seven eleven. so mmg senang kalau nak cari benda2 urgent yang korang perlukan.

overall puashati 4.5/5 rates

++++ Booking by call +65 6664 0362 or email info@hotelboss.sg 
atau kalau percaya boleh la booking melalui agoda.com tu ++++

tulah hotel boss ..

okehlah boss, see u next entry------





Bercuti Ke Singapura :Part 1 (Universal Studios Singapore)

Hai...perghh lama giler tak menjengah dan coret2 kat blog sendiri..apehal yg bz sgt tak tahu lah.sejak2 dah niaga kecil2an tak sempat nak memblog.asyik update customer jer. Setelah sekian lamanya tak berjalan2..kami 1 family decide nak bercuti bawa anak2. kasik can have fun sbb sentiasa faham yang makbapak bz cari duit.

Ala, singapore jer..ada la suara2 tak enak cakap camni, buat ape g singapore?dahla mahal, pastu dekat jer pun, bukan ada apa pun kat singapore tu...elloooooo, suke hati ler...hahahah..weols cuti mengenangkan anak..bukan tuk syiokkkkk makpak jer okey.. byk jer  tempat boleh pergi..

OK stop membebel. now, here we go our ilternary day 1

Ilternary Day 1 :  Arrival At Singapore 

Daripada KLIA2 kul 7.05 pagi. .sampai +- 8.30 pg.. breakfast sesiap kat airport changi ..
Baru le gerak ke USS dan kami decided untuk naik teksi je memandangkan nak simpan tenaga anak2 & nak sampai sana awal. Turun je lepas imigresen dah boleh nampak pintu untuk teksi. Teksi bermeter dan  hantar terus sampai sentosa. ha kauu!!! mmg menikmati pemandangan kiri kanan jalan yang lengang macam suasana KL di kala musim hari raya..surprised weh!!! Fare RM29usd per taxi. 

Teksi hantar kat jalan bawah jer..maksudnya korang kena naik atas by escalator, jalan sikit dah nampak globe keramat USS yang sentiasa dikerumi ibarat semut hurung gula. Benda pertama yang cari ialah loker untuk simpan beg2 kitorang memandangkan kami tak checkin hotel lagi. so just bawak beg susu anak, beg telekong ngan beg kamera jer ke dalam.

Rental rate loker saiz besar : lebih kurang 2 beg 45L 30USD/ day
Lokasi : luar USS (sebelah pintu masuk)
                **tapi banyak je locker kat situ. luar dan dalam ada. (tak perlu risau)

Cara guna cuba klik sini (ihsan dari Youtube) : .Locker

snap dlu ..tahu balik kang kompom penuh keliling globe.ni pun jenuh la nak kasik clear org.mmg takde can punyer nak kosong..hahah


Tips and tricks :

1) Kalau boleh , sampai awal di sana. Buka seawal 10 pagi.
 Jangan lupa ambil jadual dan maps USS supaya tak terlepas show2 yang menarik di sana.

2) Terus pegi tempat-tempat yang ramai org akan pergi game2 kritikal macam transformers/ mummy/ lost world/ sci- fy city). Kalau tak mmg bercinta lah nak beratur ramai2 org, lagi2 kalau bawak budak2. So, tak perlu ambil gambar banyak2 dulu.dah abis korang buat tu, masa balik pun boleh gambar puas2.. +__+
**tips ini tidak terpakai kalau korang beli express pass.

3) game yg kritikal.slalu bratur panjang.
KORANG KENA MAIN GAME NI DULU

i) TRANSFORMERS


mmg ramai kat tempat ni. tapi penantian nya sangat berbaloi..si kecik tu pun ingatkan tak berani ride.mak dia mmg cuak lebih la nak bagi die masuk dalam ni. takut terpengsan ke apa anak aku nanti tengok 3d terjun bangunan, tengok robot gaduh2 nk selamatkan kita. sbb mak dah tahu macamana keadaannya kat dalam tu. rupanya bila dah keluar , dia boleh cerita 1-1 transformers tu selamatkan kita..hahaha.(thats my boy!! thumbs up)


tempat wajib posing lps ride transformers

elok masa kami sampai tu area ni, bumblebee ni tengah buat show. 
tu sebenarnya die tengah joget2 tu belakang kitorang. mujur budak2 ni tak lari.hihi
hakikatnya ramai beratur nak ambik gambar.  

ii) THE MUMMY
tapi kami tak masuk kat sini. tak sesuai for kids.
kat sini kami tumpang rehat. kesian pulak budak2 letih.

 terserlah kepenatannya tu..kikiki.. time to makbapak bercintan. boleh pulak suami aku ty camni:


sayang, sayang letih ker??

mestilah letih. tgk budak2 tu dah tido sana sini..

tiba2 dia jawab , tapi abang tak pernah letih mencintai sayang..

halamakkkkkkkkk..terus ilang letih aku weh!! chia3 sangat!!


iii) GALACTICO AND HUMAN
 (biru n merah)

iv) MADAGASCAR
budak2 sangat suka area ni. berani jamin korang akan stuck kat sini berejam2. dari 1 tempat ke 1 tempat kat sini menyeronokkan untuk diorang. Tapi kadang2 aku pun heran jugak bapak budak pun excited lebih kat sini.kikikiki

 melebih2 ko kan papa.. mengalahkan budak2 kenapa?? cucuk langit nampak!!!

melingkar2 org beratur tunggu ride nak masuk ke dalam gua madagascar tu

kat area ni gak ada cafe makanan halal dan yang paling penting ada nasik (wajib weh). mana tak berejam2..hahahaha..main lapar makan.main lapar makan. repeat!!!

4) kalau nak jimat, bawak makanan yang boleh mengenyangkan.. atau any snacks.
kat sana takde orang yang nak cek beg korang pun..
**tips ni jugak tak terpakai kalau korang jenis malas nak bawak atau rasa leceh. macam kitorang ritu mmg tak bawak apa2 sebab direct dari Malaysia dan tak checkin hotel lagi.tak kuasa nak bawak berat2..kikiki

5) Surau ada di belakang (acient egypt) . sila bawa telekung sendiri, tempat ni kecik je tau.

6) Makanan Halal :


 Madagascar (Marty's Casa Del Wild Food Court)
-nasi lemak, nasi beriyani, roasted chicken
kami makan di sini..nasi beriyani kat sini sedap. 15 usd kalau tak silap.
4 beranak cam kami beli 2 jer dah cukup..

Far-far away zone  (goldilocks - burgers, fries, sandwich)

Ancient Egypt (Oasis Spice Cafe- Nasi beriyani)

Hollyword (Mel's Drive In- Burgers, fries) 

Okeh tu jer.. tapi kalau di tanya apa yang paling best atau wajib pergi ialah TRANSFORMERS DAN SHOW UNDERWATER. Underwater ni ibarat berlakon real depan mata kita. dengan api marak, air terpercik2, bot lalu lalang, bergaduh sana sini...hahah.. melopong woo..kalau budak pulak yang best show sesame street ngan madagascar ..berjoget2 la jawabnya.

Macam ni lah gambaran show di underwater world. kalau tak silap show ni pukul 3.30 mcmtu. better korang jangan lepaskan peluang ni. lokasinya di belakang tempat dinosaur/ jurassic.



 ha nampak!!! kena tawan sampai tergantung macamtu. 

bajet2 nak jadi heroin selamatkan boifren die. kikiki. tapi kena kejar ngan lanun.
splash air ni akan terkena pada orang2 yang dok barisan hadapan tau..haha..get ready to get wet

dah ku cakap weh, mesti melopong punya korang tengok. 

Lagi tempat yang anak kami suka kat minion ni. melompat2 anak weols dpt jumpa karektor kartun feveret diorang.


eh sorry, mama pun terjebak sama tengok engkorang melompat..kikiki

+++ kami tak ambik gambar sangat.. byk ambik video jer memandang ni kali ke 3 diriku dah sampai ke USS. (baru ni merasa nak bawak si kecik tu). meh la layan beberapa gambar yg ada ni ha.

comel sangat marilyn monroe.putih mulus gebu abis. makan qu puteh barangkali.
awal2 dah ckp kat somi, awk jgn nak gatal2 dok sebelah dia yang pegang payung tu ek. 
takot2 kang awk kena cocok ngan payung kang.  :-P







apapun gambar ni paling win..(ampun aqil, mama tersnap  & terpost pulak) 
ni kenangan bila aqil dah besar nanti.hihihi.


Pukul 7 malam kami keluar dari sentosa by MRT dan checkin hotel yang kami dah booked.

Sambung ke part 2. (ROUTE MRT DAN HOTEL BOSS) 


~arfah yang menulis~