+ADS+

Thursday 27 April 2017

Review : Larian Spectra, Krispy Kreme Run 2017

Venue    : Kolam Renang, Universiti Malaya
Tarikh   : 15 April 2017
Konsep ; Joy Run
Bayaran : RM45


Minggu lepas sempat join joy run anjuran krispy kreme di UM. rasa semacam masuk universiti, terus terimbau kenangan masa jadi student dulu2..macam biasa, sebelum flag off ada zumba dulu untuk sesi warmup. Join sekejap je zumba tu then terus cari tandas sebelum run (perkara wajib sebelum flag off bagiku) hihi .. memandang venue kt kolam renang, so mmg senang nak g tandas walaupun beratur panjang.

flag off pukul 8 pagi.

 welfie 1 kali sebelum flag off. (wajib) ;-P
**siapakah awek yang photobomb itu?? 

 bersesak2 jugak la nak kuar dari tempat tu..sebeginih dek non

Namapun konsep fun2 kan. so lari pun fun2 jelah.:-P .Sepanjang larian tu, kalau tak silap ada 3 checkpoint yang mana krew diorang akan baling runners dengan serbuk yang kalerful wonderful.. ada yang siap berhenti lagi direlakan untuk di saluti serbuk tu..siap ada yang macam party serbuk pulak aku tengok berbaring2 bagai, duduk atas jalan sambil berselfie wefie..hihi.. untuk orang sprint macam aku ni (poyonyer!), tak delah kotor sangat baju aku kan, kena pun sipi2 jer...tp kuangasam betul, tak kena tepat kat depan, diorang baling kat baju belakang pulak. apapun seronokla acara baling2 serbuk ni walaupun balik tu gagahla ko nak menyental baju dalam bilik air. 



cuma ada 1 bukit yg agak mencabar la untuk kaki mak2 yang dah beranak pinak ni. kalau naik bukit, mmg tune tuk berlari slow je,.ku daki dengan penuh sabar..hihi. Mujurla aku tak terdetik nak registerkan anak2 tuk join sekali run ni. agak jenuh gakla kalau kena sorong stroller. dengan nak flag off bersesak nya, dengan mendaki jalan berbukit lagi, kena baling ngan serbuk lagi. kompom berselaput la stroller nanti bertukar kaler.hahahah..

 nampak!! time jalan berbukit semua slow motion jer. pakat2 menapak jer time ni.. sapa yang lari laju2 tu mmg kaki dia tough ler. So ape lagi welfie ler. Lagipun kawasan ni je yang lapang sikit, dan takde kenderaan yang lalu lalang. 

Apa yang best?

1. Banyak yang kita dapat dalam goodies bag tu. (lupa nak snap gambar). Antaranya ada air hemaviton, keropok2 dari twisties dan ada bbrp baucer lain.

2. Habis run, masing2 dapat 2 ketul donut dari krispy kreme, sijil penyertaan dan medal.


 medal pun mcm donut. comel jer! 

3.  Lucky draw ada 58..Banyak tuh.. rasanya setakat join run2 ni, run ni lah paling byk sekali lucky draw. (tapi malangnyer, no bib tak sangkut)..+__+ redho!!

4.  Sponsor air milo lori. weh, milo lori mmg tak leh lawan la. bercup2 aku ambik.hihi..memang nyaman je masuk ke tekak, sejuk2 pulak.


5. Ada beberapa kiosk yg jual makanan untuk breakfast. so mmg sapa2 yg nak breakfast sementara tunggu lucky draw memang ada. (ni beli sendiri).

6. Fun sebab abis acara, ada party serbuk kaler2...tapi time ni dah cabut awal. sebab tak sanggup mak nak kalerkan muka i yang suci murni ni..hahahha..tengok dari jauh jer!



Apa yang tak best?

1. Laluan sempit. kecuali jalan berbukit yang kena daki tu jelah besar. tu yang ada orang boleh baring2 sambil berselfie atas jalan.

2. Agak sesak bila ada kereta2 dan bas masih lalu hampir kawasan pelari. Kadang2 rasa terancam jugak bila kereta lalu dekat je ngan pelari. *__* . ada setengah tempat yang terpaksa lari atas lane pejalan kaki. Tapi ok lagi. faham sebab larian ni untuk fun2 jer. 



3. The worst thing, adalah collection medal, sijil, dan refreshment.
TAK SISTEMATIK!!!!!part ni paling upset. lane macam mmmmmm..masa tu rasa agak mencarut gak lah (tapi dalam hati). Memula sampai lapang jer, tu pun lambat sangat nak sampai. macam tak bergerak. lama kelamaan makin ramai la yang menderu2 dtg.kita yg sampai awal pun tak dpt, then yang baru sampai terus masuk tak beratur dan bersesak2 dalam kawasan kompleks renang tu. adeh, time ni rasa nak terpengsan sebab hirup udara yang sangat 'segar'. masing2 dah berpeluh2 ko berasak2 pulak. rasa nak maki hamun sebab dahla aku sampai awal. tibe2 dah ke belakang2 tuk masuk ke dalam laluan collection tu yang terbengkok2 ibarat beratur nak beli tiket wayang.... weh, beratur collect medal lagi lama dari ko berlari 5km, ape kes. Tak tahu korang kira macamana 500 terawal tu. sebab ramai yang potong q. Dan kedengaran, ada jugak yang tak dapat goodies bag bila tunggu tempat collection tu dah reda sikit




serabut giler lah otak time ni... rasa macam tak cukup udara. ** sigh!!!

senyum gakla..walaupun ko baru lepas maki org belakang yang tolak2 tu..yela semua dah tak sabar nak duduk dah time tu. faham panas ye dak baru pas berlari pastu nak berhimpit2!


Overall:
Sebenarnya run anjuran krispy kreme ni berbaloi lah dengan harga yang kita bayar RM45 jer untuk semua yang kita dapat tu. Cuma part collection medal dan refeshment tu yang perlu diperbaiki di masa depan. Kalau ada lagi nak join ke tidak?? InshaAllah jawapan nya Join!! time tu akanku sprint laju2 supaya aku tak perlu beratur bersesak mcm haritu dan aku naik podium..hahah..(berangan)



Bye.... c u next year!! 

Nota kaki: ada sesetengah gambar yang saya ambil dari fb.